BAB 11

250 15 0
                                    

Uyaina melirik pada sekeliling ladang getah tersebut. Kakinya terhenti apabila pasangan tua menegur Ikhwanul. Ikhwanul tersenyum lebar dan terus bersalaman dengan suami wanita tua tersebut.

"Lamanya tak nampak Wan! Bila balik?" soal pak cik tua

"Hehehe semalam. Pak Ngah kan nak berangkat ke tanah suci minggu depan? Itu yang datang tahlil ni,"

Pasangan tua angguk. Pandangan mereka tertoleh pada Uyaina yang berdiri segan di belakang Ikhwanul. Mak cik tua tersebut mendekati Uyaina dengan senyuman lebar. Tangan Uyaina digenggam halus.

"Ya Allah cantiknya~ siapa ni Wan? Isteri kamu ke?"

Ikhwanul mengangguk. Mak cik itu terus teruja. Badan Uyaina dipeluk erat. Melihat kemesraan warga Kampung Jambu membuatkan Uyaina janggal. Badannya turut mengeras. Selepas beberapa minit, mak cik tersebut meleraikan pelukan.

Ikhwanul tersenyum suam. Dia mendekati Uyaina lalu menggapai tangannya. Dia menoleh pada pasangan tua tersebut lalu menjelaskan segalanya.

"Mereka ni rakan sekerja saya dulu. Ya sayang, saya seorang penoreh getah. Ladang getah ni sebahagian daripada hidup saya,"

Tergamam Uyaina. Dalam banyak-banyak kerja, kerja ini paling dia tidak jangka. Dia ingat, Ikhwanul setidaknya berkerja sebagai peniaga rupanya hanya dinobatkan sebagai penoreh getah. Waktu itu, pasangan tua kembali melaksanakan kerja mereka yang tertangguh.

"Awak mesti kecewa dengan saya kan Nasuha? Saya minta maaf... kekayaan yang awak nampak selama ini hanyalah daripada harta pinjaman abang saya. Kalau nak diikutkan, dengan kerja yang tak seberapa, kita takkan hidup mewah seperti sekarang. Tapi nak tak nak, disebabkan perjanjian abang, saya kena teruskan. Saya minta maaf sekali lagi."

Uyaina menghela nafas berat. Dia merenung Ikhwanul yang sudah menundukkan kepalanya dengan rasa bersalah. Uyaina kemudian merapatkan diri untuk berdiri di hadapan Ikhwanul. Tangan Uyaina kemudian mengelus sebelah pipi Ikhwanul membuatkan Ikhwanul tersentak. Mata mereka saling berpandangan.

"Tapi awak jangan risau, segala duit nafkah yang saya bank in dalam bank awak tu semua daripada hasil titik peluh saya sendiri. Tak guna duit har--"

"Tak apa Ikhwan... saya faham."

Suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba. Mereka tidak berkata apa selain memandang pada iris masing-masing. Uyaina tersenyum tawar manakala Ikhwanul masih rasa bersalah. Kedua-dua tangan Ikhwanul digenggam kuat.

"Saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya antara abang awak dan awak. Tak tahu bagaimana situasi antara kita boleh berlaku. Ya, sejujurnya saya panasaran. Banyak persoalan dan kekeliruan yang menghantui kepala saya,"

Mata Ikhwanul tiba-tiba berair. Tetapi tidak pada Uyaina. Mata Uyaina sudah merembeskan air mata tanpa disedari. Uyaina menghela nafas lembut dan tersenyum manis. Kedua-dua pipi Ikhwanul akhirnya dielus lembut sekali lagi.

"Tapi semakin masa berlalu, saya mula sedar. Saya mula sedar semua ini tidak la seteruk yang saya sangka. Saya tak menyesal semua ni berlaku pada saya. Awak nak tahu sebab apa? Tapi saya rasa awak memang dah tahu sebab apa..."

"Sebab apa Uyaina Nasuha?"

Uyaina terdiam lama. Dia hanya merenung Ikhwanul yang tenang di hadapannya. Ikhwanul tersenyum lalu menyeka air mata isterinya perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, Uyaina menghelakan nafas. Dia mengangguk setuju sambil tersenyum suam.

"Sebab saya dah terjatuh cinta dengan awak Ikhwanul Al-Fattah... Saya cintakan awak sejak pertama kali awak menyulamkan cinta pada hati saya."

Ikhwanul melilitkan kedua-dua tangannya pada pinggang kecil Uyaina manakala Uyaina pula melilitkan kedua-dua tangannya di belakang tengkuk Ikhwanul. Mereka saling merapat lalu melagakan hidung. Dahi licin masing-masing digeserkan antara satu sama lain. Senyuman senget terukir pada bibir.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now