BAB 1

404 23 0
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Uyaina Nasuha binti Ahmad Zarhuddin dengan mas kahwin nya RM500 Tunai."

Terus tangan Ikhwanul berjabat dengan tok kadi Masjid Qariah. Saksi memandang satu sama lain lalu mengangguk.

"Alhamdulillah, mari sama-sama berdoa."

Semua menadah tangan sebaik sahaja tok kadi berkata sedemikian. Ikhwanul mengerling ke belakang untuk melihat keadaan isterinya, Uyaina. Tanpa sedar, mereka telah mengunci pandangan antara satu sama lain.

[FLASHBACK]

Sebaik sahaja rambutnya disisir oleh jejaka tampan itu, dia terus melepaskan kaca yang digenggam tangan. Matanya mengumpul air mata suam.

"Saya minta maaf atas segala dosa abang saya. Saya akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku."

"Bertanggungjawab? Awak boleh buat apa? Saya tetap akan dipandang hina!"

Kelihatan seperti Uyaina mahu meronta-ronta sekali lagi. Pipinya juga sudah dibasahi air mata. Namun, pergerakan Uyaina dihalang Ikhwanul. Kedua-dua lengan Uyaina digenggam erat membuatkan Uyaina kini berfokus menatap Ikhwanul dengan polos.

"Sebab tu saya datang ke sini, jumpa awak. Izinkan saya untuk jaga awak Uyaina. Kita kahwin?"

Badan Uyaina terasa longlai. Dia sudah penat. Hanya tangisan yang menjawab soalan atau lamaran daripada Ikhwanul. Ikhwanul tidak berkata apa dan hanya memberi ruang pada Uyaina. Kini, Uyaina berada di dalam dakapannya. Badan Uyaina diusap lembut.

"Saya minta maaf Uyaina... Saya minta maaf sebab dah luka kan awak... "

Uyaina teresak-esak memandang ke arah iris berwarna hazel milik Ikhwanul. Ikhwanul turut mengagumi mata coklat milik Uyaina. Ikhwanul tersenyum manis dan berkata.

"Saya janji saya akan bahagiakan awak. Saya janji akan sayang awak sampai mati Uyaina."

Kedua-dua tangan Uyaina digenggam lembut. Mata Ikhwanul turut merembeskan air mata. Ikhwanul menarik nafas lalu tersenyum.

"Because you deserve it. The happiness is belong to you. No one but you, My Uyaina."

[END FLASHBACK]

Selepas beberapa minit dia termenung, akhirnya disedarkan dengan sarungan cincin pada jari manisnya. Dia menatap Ikhwanul yang tidak lekang daripada tersenyum melihatnya.

"Cantik isteri Wan ni... betul tak ayah?"

Ikhwanul menoleh pada ayahnya yang berada di sisi. Rahman ketawa hambar lalu menepuk bahu anak bongsunya itu dengan janggal. Sempat pulak budak ni main-main. Ikhwanul hanya terkekeh kecil lalu menatap Uyaina kembali. Pipi putih gebu Uyaina dielus lembut.

"Tak perlu validation, Uyaina kita dah memang cantik~"

Tiba-tiba wajah Uyaina menjadi merah padam. Uyaina berdehem dan terus menyarungkan cincin pada jari manis Ikhwanul. Tatapan Ikhwanul langsung tidak dibalas. Bahang pada muka ni kuat sangat ya Tuhan! Ikhwanul hanya tersenyum melihat isterinya yang berkelakuan comel.

Beberapa jam sebelum Ikhwanul dan Uyaina pulang ke rumah mereka, Rahman menyapa.
Rahman memeluk anaknya sebelum mereka sukar untuk berjumpa kembali. Agak sebak untuk melepaskan anak bongsunya tersebut. Beberapa minit kemudian, Rahman beralih pada Uyaina yang masih kelihatan takut dan tidak selesa. Rahman hanya tersenyum.

"Lepas ni kalau Uyaina nak apa-apa, cakap je dengan Wan. Jangan segan. Kalau Wan ada buat benda tak elok, bagitahu ayah cepat-cepat tau? Biar ayah sebat bontot dia ni puas-puas."

"Ish! Apo lahhh malu la Wan!"

Ikhwanul memuncung bibir apabila diusik Rahman sedemikian. Melihat hubungan Rahman dan Ikhwanul membuatkan Uyaina sedikit cemburu tetapi agak gembira. Tanpa sedar, Uyaina meletuskan tawa yang agak tipis.
Rahman dan Ikhwanul terhenti dan memandang satu sama lain.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now