BAB 6

283 14 0
                                    

Tiba sahaja di pantai, mereka terus membeli sedikit jajan untuk dimakan sambil berjalan. Perlahan-lahan mereka melalui segala jenis manusia sambil menikmati angin.

"Tenangnya... kan sayang?"

Uyaina mengerling dan hanya mengangguk. Hairan, Ikhwanul memang sejenis redha dengan cepat ke? Tadi baru sahaja aku bergaduh dan luah perasaan sebenar aku. Takkan dia dah lupa.

"Mata awak sembab, nak saya belikan spek ke? Kat depan sana ada jual kalau nak..."

Uyaina terhenti lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Dia melihat dirinya pada skrin hitam telefon. Alamak! Betul la... haih malunya. Macam budak-budak menangis.

"Tapi mata sembab pun, awak still cantik! Tak payah la beli."

"E--eh!"

Ikhwanul tidak mengendahkan Uyaina dan hanya berjalan ke hadapan. Uyaina dengan kelam-kabut membututi Ikhwanul daripada belakang. Bibir munggil itu memuncung apabila Ikhwanul mengusik dirinya sedemikian.

Mereka kemudian tiba di hadapan gerai bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga. Ikhwanul tersenyum lebar dan menghampiri gerai tersebut membuatkan Uyaina membutang. Uyaina turut terkaku.

"Sayang? Buat apa lagi kat situ, meh la sini tengok bunga,"

Uyaina tidak menjawab. Uyaina hanya terkaku dan berwajah hambar. Dia mengundurkan diri dan menggeleng tipis. Ikhwanul mengangkat sebelah kening hairan. Dia tersenyum hambar pada penjual lalu menghampiri Uyaina.

"Awak kenapa makin menjauh? Bunga ada banyak ni, babybreath kesukaan semua orang pun ada. Kalau awak nak, saya belanja."

Uyaina menatap Ikhwanul lama. Ikhwanul masih lagi tersenyum sambil mengangguk. Dia mahu menarik Uyaina namun kali ini Uyaina pantas menepis. Kepala Uyaina digeleng serta bibirnya tersenyum tawar.

"Tak apa. Tak nak,"

"Tak nak? Betul ni? Awak tak percaya ke yang saya belanja?"

"Bukan.. saya betul-betul tak nak... "

"Kenapa? Bukan ke perempuan suka bunga? Tengah hari tadi saya intai awak happy betul tengok video lelaki bagi girlfriend dia bunga dekat dalam tiktok. So sekarang disebabkan saya sudah berjanji nak buat awak happy, apa kata kita recreate video tersebut."

Uyaina menghela nafas berat. Dia tersenyum tawar dan menggeleng kepala lagi. Kali ini, Ikhwanul betul-betul bingung kerana Uyaina sangat sukar untuk dibaca.

"Tak apa Ikhwan... saya tak nak. Memang lah saya happy, perempuan mana je tak happy kan?"

"Yes sebab tu saya offer diri. Jom, kita recreate video yang awak repost tu,"

Uyaina mendiamkan diri manakala Ikhwanul menoleh ke arah kedai. Dia tersenyum lebar sambil memikirkan bunga apa yang bakal dipilih Uyaina.

"Tak sabar saya nak beli bunga ni dekat awak. Jap biar saya teka, awak mesti suk--"

"Saya tak suka bunga, Ikhwanul."

Ikhwanul terhenti. Dia menoleh pada Uyaina dan merenung wajah tenang gadis tersebut. Uyaina menarik nafas lalu menjelaskan dengan lembut.

"Saya suka bunga. Tapi tak suka baunya."

Ikhwanul memandang Uyaina polos. Hari ini, dia belajar benda baharu tentang peribadi Uyaina. Dia mengangguk faham sambil memandang pasir. Uyaina tersenyum lalu mendekatkan diri dengan suaminya. Pipi Ikhwanul digenggam membuatkan lelaki itu canggung.

"Saya suka effort, dan awak telah pun tunjukkan nya."

Muka Ikhwanul menjadi merah. Inilah kali pertama dia melihat senyuman Uyaina yang cukup manis. Sebelumnya gadis ini agak ragu-ragu terhadapnya. Uyaina terkekeh lalu menggomol pipi Ikhwanul.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now