BAB 18

139 11 0
                                    

Ikhwanul hanya mendiamkan diri serta berwajah bingung. Begitu polos untuk memahami keadaan. Uyaina yang melihat reaksi comel tersebut hanya meletuskan tawa besar. Ikhwanul menggarukan kepala.

"Cintaaaa~ Kawan kita tu perempuan la. Awak jangan la terkejut sangat,"

Setelah beberapa minit, Ikhwanul mula tersedar. Ikhwanul tersenyum hambar kemudian menundukkan kepala ke bawah. Malu. Muka Ikhwanul juga memerah padam. Uyaina terkekeh kecil melihat suaminya segan.

"Mana la kita tahu... awak macam happy sangat je," memuncung bibir Ikhwanul ketika dia mengomel sendirian

Uyaina ketawa lagi lalu mencubit kedua-dua pipi Ikhwanul dengan geram. Ikhwanul terjerit kecil kerana sakit namun akhirnya ketawa. Uyaina dan Ikhwanul kini saling membalas senyuman.

"Comel betul suami Nas ni~"

"Tengok la bini dia siapa,"

Uyaina agak segan namun berhasil ketawa. Mereka memeluk erat antara satu sama lain. Uyaina merehatkan dagunya pada bahu lebar Ikhwanul dengan tenang. Nafas dihembus lega.

"Saya sayang awak Nasuha. Sayang sangat."

Ikhwanul mengusap belakang Uyaina lembut. Hampir 10 minit mereka menikmati pelukan hangat masing-masing. Setelah itu, Uyaina meleraikan pelukan. Tangan kanan Uyaina meraup rambut Ikhwanul sedikit.

"Hari ni cinta pergi mana? Lambat balik. Sebelum ni tak pernah-pernah balik lambat."

Ikhwanul tersenyum. Dia mengeluarkan satu kertas iklan daripada poket seluar. Ikhwanul menghulurkan kertas tersebut kepada Uyaina untuk dibaca.

"Pameran khas TUDM? kenapa dengan pameran ni cinta?"

"Haider minta tolong saya untuk control dekat bahagian pelepasan since saya dah ada basic. Orang yang pihak mereka upah tak boleh nak datang."

Uyaina mengangguk faham. Dia membaca kertas iklan tersebut dengan teliti. Mata Uyaina tiba-tiba bersinar gembira.

"Program ni kan public so saya boleh ikut?!"

"Saya semestinya akan bawa awak Uyaina, sayang. Kita tengok jet Sukhoi sama-sama ya?"

"Yeayyyy terima kasih cinta!"

Uyaina mencium pipi Ikhwanul dengan gembira. Uyaina kemudian mula riuh seperti murai. Gadis itu memikirkan pakaian apa yang mahu dibawa, apa aktiviti menarik yang bakal dia jumpa, apa makanan yang dijual di sana.

Ikhwanul yang duduk di sisi Uyaina hanya merenung isterinya dengan penuh cinta. Tidak langsung dia mencelah akan kegembiraan Uyaina. Dia mengangguk dan mendengar setiap perkataan yang diluah Uyaina.

"Hari kejadian ialah hari minggu. Eryna kemungkinan besar cuti. Mhm.... cinta?"

"Ya, sayang. Kenapa?"

"Boleh saya ajak kawan lama saya? Kitorang dah lama tak spend time sama-sama,"

"Oh kawan yang awak chat tersengih-sengih tu ke? Boleh~ bawa la. Saya tak kisah, itu kan kawan awak."

Uyaina tersenyum lebar. Dia bergegas mencapai telefon pintar kemudian memberitahu Eryna secepat mungkin. Uyaina berharap sangat Eryna cuti agar dia boleh bersemuka buat kali kedua.

Eryna :
"Lucky! Aku cuti. Boleh la, aku ikut. Tapi ada satu syarat,"

Me:
"Aik? Syarat apa pula ni Ery,"

Eryna :
"Jangan terlampau sweet dengan laki kau. Hormat sikit orang single."

Uyaina meletuskan tawa. Aduhai Eryna ni, ada-ada je. Uyaina mengangguk sendiri dan membalas mesej tersebut dengan tenang. Selesai sahaja membalas, dia memandang Ikhwanul.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now