EPILOG

476 16 0
                                    

Mata Zarhuddin tidak lekang daripada surat yang diletakkan pada atas mejanya. Lelaki tua itu kemudian memanahkan pandangan tajam kepada susuk sasa yang berada di hadapan. Ikhwanul berwajah dingin, dia menghelakan nafas yang pasrah.

"Seperti yang dipinta, aku serahkan semula segala yang dipinjam abang kepada kau."

"Tsk, sembang. Kalau betul kau serahkan semua, mana Uyaina? Mana anak aku yang tak guna tu?"

Ikhwanul merenung kuyu pada mata Zarhuddin. Seketika Ikhwanul tergelak sinis membuatkan Zarhuddin sedikit bengang. Zarhuddin cuba menahan dirinya dengan menggenggamkan tangan yang erat.

"Kenapa kau gelak? Lawak ya? Aku cakap mana anak aku yang tak guna tu!"

Ikhwanul kembali menjadi serius. Pandangan Ikhwanul kepada Zarhuddin tiba-tiba menjadi suram dan seram. Gigi Ikhwanul diketap geram.

"Bahkan sampai sekarang aku tak faham kenapa kau benci sangat dengan Uyaina. Dia ada buat dosa ke dengan kau?"

Zarhuddin terdiam. Dia mengalihkan pandangan daripada bertatapan dengan Ikhwanul. Enggan untuk menjawab mengapa dirinya berubah setelah kematian isteri tercinta. Ikhwanul kemudian menghela sayu.

"Kalau arwah ada buat dosa dengan kau, aku wakil minta maaf."

Zarhuddin mengeras terkaku. Dia menoleh memandang Ikhwanul setelah mendengar perkataan 'arwah' yang meniti di bibir. Zarhuddin berdiri membutangkan mata.

"A--apa maksud kau?"

Ikhwanul tersenyum tawar. Menyeka air mata yang tidak sedar sudah mengalir ke pipi. Ikhwanul kemudian mengeluarkan surat yang pernah ditulis oleh Uyaina sewaktu mereka berada di Makkah berbulan lepas.

Ikhwanul meletakkan surat itu di sebelah surat perjanjian pinjaman abangnya. Ikhwanul kemudian menoleh dan ingin melangkah pergi Namun sebelum itu, dia sempat berpesan.

"Kau boleh melawat dia di tanah perkuburan (xxxxx). Dan jika benar dia ada buat salah dengan kau... aku harap kau maafkan dia. Cukup lah hidup dia hanya terseksa di dunia."

Ikhwanul beredar pulang. Saat itu, lidah Zarhuddin menjadi kelu. Bergetar badannya seolah-olah tidak percaya. Perlahan-lahan dia menggapai surat yang ditulis Uyaina. Dia membuka surat tersebut sambil menyimpan sedikit air mata.

""

Teruntuk ayahku, Ahmad Zarhuddin.

— Assalamualaikum papa, papa apa khabar? Kalau papa dah baca surat ni... itu bermakna Nas sudah tiada lagi di muka bumi. Nas minta maaf, Nas terpaksa tinggalkan papa untuk menemani mama. Hihihi.
••••• Nas sakit papa. Nas sakit kanser pangkal rahim stage terakhir. Nas nak bagitahu papa tapi papa langsung tak nak jumpa Nas. Papa reject semua panggilan Nas. Tapi tak apa, Nas ada suami yang sedang jaga Nas dengan baik! Ya papa, Nas dah kahwin. Nas nak bagitahu papa tapi kahwin ni pun papa still reject daripada bersua dengan Nas. Tak apa papa, Nas faham. Tapi sejujurnya, Nas sedih. Nas nak tahu... Nas ada buat salah ke? Kalau ada, papa maafkan Nas ya? Nas pun dah maafkan papa.
Terima kasih sebab dah jadi ayah yang terbaik buat Nas. Nas bersyukur sangat sebab dapat ayah yang hebat macam papa. Nas janji, Nas akan jadi anak yang hebat juga. Nas rindukan papa. Nanti papa lawat Nas dengan mama ya? Nas dan mama akan pantau papa daripada atas. Papa jangan sedih-sedih tau? Papa kan kuat~ Okaylah itu sahaja, Nas pergi dulu. Assalamualaikum my Raja!

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now