BAB 24

124 9 0
                                    

Dua minggu sahaja selepas hari yang paling membahagiakan, cafe berkonsepkan gabungan superbike dan buku. Konsep menggabungkan minat antara Uyaina dan Ikhwanul. Cafe itu akhirnya siap.

Uyaina menapak ke hadapan cafe tersebut, dada terasa sebak. Kelopak matanya sudah mengumpul berbagai jenis mutiara. Uyaina melihat sekeliling cafe secara perlahan-lahan. Dia mengagumi setiap titik lelah.

"Tahniah sayang... impian awak dah jadi kenyataan," sapa Ikhwanul sambil memeluk pinggang Uyaina daripada belakang

Uyaina tersenyum gembira. Air matanya mengalir membasahi pipi. Dagu Ikhwanul direhatkan di atas bahu Uyaina. Uyaina menarik nafas lalu menghela lembut.

"Semua ni takkan berlaku kalau bukan disebabkan awak, cinta. Terima kasih dan taniah juga."

Ikhwanul tersenyum. Dia mengangguk lembut. Mereka terdiam, masih mengagumi cafe tersebut. Luas, selesa dan cantik. Tiada kata-kata yang dapat menjelaskan betapa gembiranya Uyaina dan Ikhwanul.

"Kalau lah papa boleh tengok kejayaan Nas... "

Sebak Uyaina berlanjutan. Dia amat merindui kasih sayang papa. Sepanjang bermulanya Uyaina berkahwin dengan Ikhwanul, ayahnya tidak pernah mengangkat panggilan telefon. Ayahnya seperti betul-betul membuangnya tanpa sebab.

"Nas rindu papa... "

Ikhwanul memusingkan Uyaina agar menghadapnya. Ikhwanul terus memeluk Uyaina erat dan memujuknya lembut. Teresak-esak Uyaina menangis di dalam dakapan Ikhwanul.

"Kenapa papa benci Nas?"

"Papa awak tak benci awak Nasuha..."

"Tapi kenapa dia langsung tak nak cari Nas waktu Nas betul-betul memerlukan dia?"

Ikhwanul terdiam. Dia juga tidak tahu. Walaupun Uyaina sudah bercerita akan latar belakang keluarganya, Ikhwanul juga tidak faham. Tidak faham mengapa Ahmad Zarhuddin menjadi begitu dingin selepas kematian isteri. Apa yang disembunyikan oleh Ahmad Zarhuddin?

"Dah la... jangan menangis."

Uyaina kembali meraung dalam dakapan Ikhwanul. Ikhwanul tidak mampu berkata lebih selain mengusap belakang Uyaina dengan lembut. Mereka meratapi momen tersebut selama beberapa minit.

Cafe dirancang untuk dibuka pada esok hari. Sebelum Ikhwanul dan Uyaina pulang, Ikhwanul menyapa beberapa arkitek yang berjaya menolongnya daripada awal hingga ke akhir. Ikhwanul berborak sakan bersama-sama arkitek-arkitek tersebut.

Manakala di sisi lain, Uyaina sedang membancuh air teh untuk dihidangkan kepada mereka yang berada di meja makan. Fikiran Uyaina menjadi kosong ketika itu, tanpa sedar tangannya terkena water litter yang panas.

"Auch!" jerit Uyaina perlahan.

Uyaina membelek jari yang terkena water litter yang panas tersebut. Dia terus membuka paip lalu membasahkan tangannya. Selesai sahaja, dia kembali untuk menyambung bancuh. Namun, selangkah kakinya bergerak, kepala tiba-tiba berdenyut.

Kepalanya pening. Sangat sakit dan pening. Waktu itu juga, dadanya terasa sakit. Pandangan menjadi kabur. Dia merasakan bahawa dia akan pitam. Lantas dia menoleh ke arah suaminya yang sedang ketawa sakan.

"Ikhwa--"

Buk! Uyaina akhirnya rebah pengsan. Bunyi gelas yang terjatuh ke dalam singki kuat. Uyaina sempat menyentuh dan menolak gelas tersebut agar terjatuh ke dalam singki. Ikhwanul dan arkitek-arkitek lain terkejut.

"Sayang? Kenapa tu?"

Tidak dijawab. Ikhwanul mula risau. Dia meminta diri kepada arkitek-arkitek tersebut. Ikhwanul perlahan-lahan bergerak ke dapur.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now