Surat 'PINJAMAN'

426 22 0
                                    

Mata jejaka itu tekun memerhati setiap gerak-geri 'ketua' agensi. Kelihatan ketua tersebut sungguh sibuk dalam meneliti setiap perkataan yang tertulis pada surat Perjanjian.
Beberapa minit kemudian, ketua tersebut meletakkan surat itu ke atas meja.

"Aku bagi kau baca sekali lagi. Sekali kau tandatangan... there's no turning back."

Jejaka itu menelan air liur dan angguk dengan gugup. Surat itu dicapai lalu dibaca perlahan-lahan. Nafas berat turut dihela olehnya.

***

Surat Pengesahan Pinjaman

Saya, Ikhsanul Al-Fatteh, Saya memohon untuk membuat beberapa pinjaman dengan pihak AZ Empire atas alasan terdesak. Di sini, saya akan senaraikan beberapa harta yang mahu dipinjam.

1. Wang Tunai sebanyak RM100,100,100.00
2. Banglo Mewah
3. Uyaina Nasuha

JIKA SAYA GAGAL MENJAGA/MENGGUNAKAN BARANG-BARANG DI ATAS, SAYA ATAU KETURUNAN SAYA AKAN SUKARELA UNTUK DISEKSA. SAYA JUGA DIKEHENDAKI BAYAR PINJAMAN TERSEBUT SELAGI SAYA MASIH HIDUP.

!! JIKA NAMA AZ EMPIRE SERTA SURAT INI JATUH KE DALAM TANGAN POLIS, SAYA DAN KETURUNAN SAYA AKAN MEMBAYAR GANTI RUGI DENGAN SETIMPAL IAITU MATI !!

Tandatangan

..............................

(Ikhsanul Al-Fatteh bin Abdul Rahman)

***

Setelah lama dalam merenung surat tersebut, Ikhsanul hanya menggapai pen lalu menandatangan tanpa ragu-ragu. Ketua agensi tersenyum sinis lalu ketawa membuatkan Ikhsanul keliru.

"Kenapa Tuan Ahmad ketawa?" soal Ikhsanul

Ahmad Zarhuddin tidak menyambut soalan tersebut dan hanya ketawa. Kepalanya menggeleng kemudian kakinya disilang. Dia menarik nafas sebelum meneruskan kata.

"Dalam banyak-banyak perempuan dalam katalog, kenapa Uyaina Nasuha?"

Ikhsanul terdiam. Dia menundukkan kepala dek menggenggam tangannya. Reaksi Ikhsanul membuatkan Zarhuddin turut terdiam. Pandangan dingin diberikan kepada Ikhsanul.

"Aku tanya sekali lagi.... "

Zarhuddin yang melabuhkan punggung di atas kerusi rehatnya bangun menghampiri Ikhsanul dengan gerun. Langkah Zarhuddin membuatkan Ikhsanul terkaku serta sangat gugup.

"Kenapa dalam banyak-banyak orang... kenapa mesti anak aku?"

Pistol dessert eagle dihala kepada dahi licin Ikhsanul. Bilik tersebut menjadi sunyi dan tegang. Mata mereka tidak lekang antara satu sama lain.

Kenapa mesti Uyaina Nasuha? Sebab dia paling susah nak dapat.

"Saya suka awak Uyaina! Sudi tak awak terima saya?"

Waktu itu, Uyaina seperti biasa menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu bercinta. Penolakan Uyaina terhadap lelaki daripada semesta satu membuatkan semua orang lega.

"Alhamdulillah dia single lagi~"

"Sampai mati la dia single,"

Semua pelajar lelaki menundukkan kepala, sayu dan kecewa kerana takkan ada inisiatif lain yang boleh memikat hati Uyaina.

"Yang korang nak sangat pikat dia pahal? Perempuan lain kat luar sana bukan main berlambak,"

Persoalan daripada satu-satunya gadis dalam kumpulan kami membuatkan kami semua berpandangan. Kami tersengih, ada juga yang berdehem.

"Rupa semestinya mempengaruhi makanan itu sedap atau tak kan?"

Gadis itu mengangguk kepalanya. Sekumpulan lelaki mula tersenyum lebar secara sinis. Gadis itu mulai curiga lalu membutangkan mata. Gadis itu menggeleng.

"Dengan perangai jual mahal dia semestinya makanan tu tidak disentuh lagi... "

"Korang semua ni memang gila!"

Ikhsanul tersedar daripada lamunan mimpi. Kini dia mengelipkan mata setelah lama berperang dengan Zarhuddin. Ikhsanul tersenyum sinis lalu menggenggam pistol yang dihala. Pistol itu diturunkan membuatkan Zarhuddin agak tersentak.

"Lalu bagaimana pula dengan kau? Kenapa dalam banyak-banyak orang... "

Ikhsanul bangun daripada terduduk. Dia merapatkan dirinya dengan Zarhuddin. Dia kemudian mendekati telinga kanan Zarhuddin lalu membisik.

"Anak kau juga yang diletakkan namanya di dalam katalog?"

Zarhuddin mendiamkan diri. Tiada sebab lain kecuali tujuannya untuk kaya. Lebih-lebih lagi dia tahu anaknya masih tidak disentuh oleh sesiapa. Amatlah dukacita kerana Uyaina tidak sedar akan perkara ini. Lagipun hubungan antara anak dan ayah mereka tidak lah erat seperti yang dijangka.

Zarhuddin merenung iris hijau gelap Ikhsanul. Jejaka muda itu kini tidak langsung ada perasaan takut. Ikhsanul hanya tersenyum sinis dan menanti jawapan Zarhuddin. Zarhuddin tidak berkata apa selain mengenggam tangannya dengan erat.

"Hayes... "

"Ya, Tuan."

Pembantu kanannya menghampiri mereka yang masih dalam situasi tegang. Beberapa minit kemudian, Zarhuddin akhirnya menghela berat. Zarhuddin tersenyum lalu menoleh pada Hayes.

"Pergi ambil cop dan kau boleh print surat ini dengan serta merta. Yes, loan accepted."

Apabila mendengar perkataan itu terkeluar daripada mulut Zarhuddin, Ikhsanul terus mengangkat kepala. Hayes pula hanya menurut arahan. Setelah membongkok hormat, dia bergerak melaksanakan tugas.

"Aku nak kau guna harta-harta aku ni elok-elok. Kalau aku dapat tahu rosak.... SIAP KAU!"

"Huh, baik Tuan!"

Mereka akhiri pertemuan tersebut dengan berjabat tangan. Maka, detik PINJAMAN bermula.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now