BAB 3

372 17 0
                                    

Keesokkan pagi, Uyaina hanya memandang pantulan dirinya di cermin. Lama dia merenung dirinya sendiri. Tak dinafikan, luahan Ikhwanul masih lagi berlegar-legar di dalam kepala.

"Saya sayang awak Uyaina Nasuha,"

Gila! Tidak pernah Uyaina menyimpan perasaan sebegini terhadap mana-mana lelaki tetapi kenapa Ikhwanul? Kenapa hati aku terasa bahagia setiap kali perkataan manis keluar daripada bibirnya?

Tidak mahu besar-besarkan masalah. Uyaina menghela nafas berat lalu membawa diri untuk turun ke bawah. Lapar juga perut ni sebenarnya namun selain daripada makanan... ada satu lagi perkara yang menganggu fikiran aku.

"Agaknya dia tidur mana ya semalam...?"

Lantas dia tersedar. Dia terus menggelengkan kepala, masih menafikan bahawa dia sangat ambil kisah terhadap jejaka bernama Ikhwanul. Dia menerkup kedua-dua telinganya sambil memejam mata. Mukanya sudah merah.

"Kau memang gila Nas, memang gila!"

Beberapa minit kemudian, dia tiba di tingkat bawah. Langkah kakinya terhenti apabila dia terhidu bau makanan. Bau makanan tersebut datang dari dapur. Senyuman Uyaina tiba-tiba melebar.

Namun senyuman yang lebar tiba-tiba berubah menjadi hambar apabila dia melihat Ikhwanul sedang khusyuk memasak. Matanya juga membutang kerana suaminya itu tidak memakai baju. Hanya memakai seluar tidur.

"Astraghfirullah!"

Kedua-dua tangan kecilnya segera menutup mata suci itu. Apabila Ikhwanul terdengar suara yang sangat dicintainya, terus dia menolehkan badan. Senyuman manis terukir.

"Awal nya sayang bangun? kita tak siap masak lagi~"

"Eee tak kisah lah!! sekarang ni mana baju awak?!"

Ikhwanul dengan bingung melihat dirinya sendiri. Setelah beberapa minit, dia tersenyum sinis. Terus dia memeluk tubuh dek keningnya terangkat sebelah.

"Kenapa? too hot too handle ke?"

"Tak yah nak mengarut la Ikhwan! Pergi la pakai baju!"

"Bukannya dosa pun, kita kan dah kahwin?"

Seketika itu Uyaina baru teringat. Ada betulnya apa yang Ikhwanul cakap. Uyaina yang menerkup kedua-dua matanya perlahan-lahan memandang ke arah suaminya tersebut. Tidak dinafikan, badan Ikhwanul yang tegap membuatkan badannya terasa longlai. Haih handsomenya!

"Awak tak yah la tengok kita lama-lama~ Malu la kita kalau macam tu~"

Nakal betul seorang Ikhwanul ini. Muka Uyaina terus dikerut. Seperti semalam namun kali ini pen yang berwarna biru berada berhampiran. Pen itu digapai Uyaina lalu dibaling nya ke arah Ikhwanul. Ikhwanul mengelak dengan pantas lalu meletuskan tawa yang besar.

"Eeee tak payah gelak la!!! Saya serious ni!"

"Reaksi awak tu lawak sangat la sayang!! Hahahahah kenapa muka merah sangat tu?"

"Ikhwanul!"

Ikhwanul mengangguk sambil ketawa. Dia memohon keampunan. Tanpa melengahkan masa, dia menghalakan diri menuju ke bilik tetamu, tempat dia tidur semalam. Ikhwanul terus menyarungkan baju t-shirt hitam.

Setelah selesai, dia menuju ke dapur semula. Senyuman daripada bibirnya tidak pernah lekang. Dia menarik kerusi untuk Uyaina melabuhkan punggung. Uyaina masih bingung dan terpaku.

"Duduk, sayang. Awak tak nak ke rasa masakan kita?"

Tanpa membalas, Uyaina berdehem kemudian melabuhkan punggung pada kerusi yang ditarik Ikhwanul. Ikhwanul tersenyum manis. Pinggan yang berisi bihun goreng dihidangkan di hadapan Uyaina.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now