BAB 17

142 12 0
                                    

Sudah hampir 2 minggu Uyaina dan Ikhwanul tiba di Malaysia. Hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi semakin rapat. Namun, penyakit yang dihadapi Uyaina menjadi semakin sarat.

Hari ini, Uyaina tekad untuk berjumpa doktor tanpa pengetahuan Ikhwanul. Dia menuju ke hospital untuk tahu perkembangan kanser yang dihadapi. Kini, Uyaina sudah berada di hadapan doktor dengan gugup.

"Macam mana dengan penyakit saya doktor?" soal Uyaina sambil mengetap bibirnya

Doktor melirik pada kertas dan hanya mendiamkan diri. Seketika itu, doktor menghela nafas dengan berat. Doktor tersebut memandang Uyaina dengan pandangan terkilan. Uyaina mulai gugup serta sempat menelan air liur.

"It's sad reality. You are getting worse, Uyaina. Penyakit kanser you mula bertindak untuk menyerang jantung. Jangkitan kuman yang you hadapi ni bukan calang-calang kuman."

Tersentak Uyaina. Lidah Uyaina turut menjadi kelu, kedua-dua tangan kecilnya mencengkam baju. Melihat reaksi Uyaina membuatkan doktor semakin berasa bersalah.

"Lepas ni you kena berhati-hati. Jangan skip makan ubat yang I akan provide nanti. Elakkan daripada buat kerja berat. Stress boleh buat you pengsan dan ia boleh effect jantung. Selebihnya kita ikhtiar dengan izin Allah,"

Uyaina akhirnya merembeskan air matanya ke pipi. Dia hanya menangis tanpa satu suara yang keluar daripada mulut. Kepalanya menunduk ke bawah. Doktor menghulurkan kertas ubat yang perlu diambil sebentar lagi. Doktor kemudian bangun untuk beredar.

"I'm sorry Uyaina... I did my best,"

Doktor meninggalkan Uyaina sendirian di dalam bilik. Uyaina akhirnya mengeluarkan suara pedih yang lama tersimpan. Dia turut melentokkan kepala ke atas meja. Uyaina meratapi segala kesedihannya selama beberapa minit.

Selesai sahaja sesi bersama doktor, Uyaina bercadang untuk pulang. Sebelum pulang, dia sempat menuju ke arah mesin gedegang. Uyaina membeli beberapa air yang diingini. Sementara menunggu air itu siap, Uyaina termenung. Lamunannya terganggu apabila...

Buk!

Terdapat seorang wanita telah berlanggar bahu dengannya. Uyaina menoleh ke arah wanita itu untuk meminta maaf namun terhenti. Matanya membutang terkejut.

"I'm sorry. I nak--"

Wanita itu turut terhenti. Terbutang mata dengan terkejut. Beberapa minit kemudian, masing-masing tersedar. Wanita yang melanggar bahu Uyaina tiba-tiba menjadi dingin. Baru sahaja mahu beredar namun Uyaina sempat menahan.

"Eryna!"

Kaki Eryna terhenti. Dia mengenggam tangan. Uyaina yang melihat Eryna terhenti, terus menapak ke hadapan. Uyaina kini berdiri di hadapan Eryna. Uyaina menayangkan senyuman manakala Eryna hanya menatap Uyaina yang kelihatan teruja.

-

Setelah bersusah-payah memujuk, akhirnya mereka berdua bersua di kedai makan. Uyaina memesan dua air sebelum mereka mula berborak.

"Eryna... lama tak jumpa kau. Kau macam mana sekarang? Sihat?"

Eryna tidak menyahut dan hanya menunduk ke bawah. Ego masih merangkumi hidupnya. Melihat Eryna yang masih enggan bercakap dengannya membuatkan Uyaina tersenyum. Uyaina menghela nafas berat lalu menoleh ke luar permandangan.

"Alhamdulillah aku dapat jumpa satu-satunya sahabat aku semula. In case kalau kau tertanya... aku macam ni la Ery, dah bertudung... dah tertutup. Banyak benda yang terjadi dekat aku."

Eryna masih mendiamkan diri. Dia hanya menyedut air yang berada di hadapannya. Eryna langsung tidak bertatapan dengan Uyaina. Namun, Uyaina masih lagi boleh tersenyum.

C | PINJAMANHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin