BAB 31 [END]

442 18 3
                                    

Tepat pukul 5.00 pagi, Ikhwanul bangun untuk mula memasak. Ikhwanul turun menuju ke dapur lalu menyiapkan semua barang. Sedang dia mengacau bihun goreng tersebut, tiba-tiba air matanya gugur ke pipi. Perlahan-lahan Ikhwanul rebah mencangkung.

Ikhwanul menangis tanpa satu suara dikeluarkan. Agak sesak dadanya untuk bernafas. Dia memandang gelang hitam yang diberi Uyaina. Teresak-esak dia memeluk gelang tersebut. Lama dia meratapi kesedihan, akhirnya Ikhwanul bangkit.

Usai selesai memasak bihun goreng, Ikhwanul naik ke tingkat atas menuju masuk ke dalam bilik. Ikhwanul mengambil wuduk kemudian membentangkan sejadah. Sebelum dia memulakan solat tahajud, dia menarik nafas.

(Beberapa minit kemudian)

"Assalamualaikum warahmatullah," ujarnya sambil menoleh ke kiri

Ikhwanul menerkup seluruh wajahnya sekilas lalu merenung pada sejadah. Wajahnya kosong, hatinya sakit. Ikhwanul melihat sekeliling bilik tersebut kerana dia tahu dia bakal merindui semua kenangan yang telah tercipta.

Pandangan Ikhwanul akhirnya terkunci tepat pada gambar kahwin. Terdapat Uyaina dan Rahman di sisinya ketika itu. Ikhwanul tersenyum suam, tanpa sedar air mata ikut mengalir ke pipi.

"Hari ini ialah hari nya. Seperti yang diulang, Wan paling takut hari ini tiba."

Wajah Ikhwanul berubah sedih. Dia menundukkan kepala lalu meneruskan tangisan yang teresak-esak. Beberapa minit kemudian, dia mengangkat kepala lalu menadah tangan.

"Ya Allah... hari ini sudah tiba. Hari di mana aku sangat takut. Aku dapat merasakan bahawa aku akan kehilangan bidadari syurga. Mengapa Ya Allah? Mengapa semua ini berlaku kepada aku?"

Ikhwanul terhenti. Perit untuk dia meneruskan. Ikhwanul mengambil masa sebelum dia sambung berdoa. Setelah perasaannya lega sedikit, Ikhwanul menarik nafas.

"Tapi jika difikirkan semula, mungkin ada hikmah. Jika dengan mengambil Uyaina dapat mendekatkan aku dengan Islam, maka aku redha. Aku redha dengan segala ketentuan yang kau telah tetapkan. Namun begitu Ya Allah, jagakan dia untuk aku di akhirat kelak. Jagakan hatinya, lindungilah Uyaina Nasuha agar sentiasa berada dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga segala urusannya dipermudahkan. Dengan lafaz Bismillah.... aku sedia untuk melepaskan pinjaman ini. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana sudah meminjamkan aku satu harta dan kebahagiaan yang sangat berharga."

Selepas itu, Ikhwanul turut mendoakan seluruh keluarga dan kenalan nya sama ada masih hidup atau mati. Ikhwanul sempat membaca beberapa surah sebelum mengaminkan doa.

Pada pukul 8.30 pagi, Ikhwanul bersiap-siap sebelum dia bertemu dengan isterinya tercinta. Sedang leka dengan gaya rambut, tiba-tiba dia mendapat satu notifikasi. Ikhwanul terhenti lalu mengerling pada telefon.

"Alhamdulillah... " ujarnya sambil menyunggingkan senyuman

Tepat pukul 9, Ikhwanul turun dan bergegas masuk ke dalam perut kereta. Dia membaca doa kenderaan dan berselawat lalu beredar daripada situ.

(Di hospital)

Dengan berhemat, Ikhwanul menyuapkan bihun ke dalam mulut Uyaina. Uyaina makan dengan riak wajah yang comel. Selera betul gadis ini pada waktu itu.

"Sedap?" soal Ikhwanul

"Mestilah sedap! Ini kan suami Nas yang masak~"

Ikhwanul terkekeh kecil. Segan pula. Tanpa melengahkan masa, Ikhwanul sambung menyuap Uyaina agar bihun itu habis tidak dibuang. Habis sahaja menyuap, Ikhwanul menghulurkan air mineral kepada Uyaina.

"Cinta tukar style rambut ke? Nampak lain,"

Ikhwanul tersenyum lebar. Dia mengangguk pantas kerana teruja. Uyaina mula menerkup mulut, tergamam. Tidak dia jangka, Ikhwanul akan menjadi sesegak itu apabila menukarkan gaya rambut mengikut cita rasa Uyaina.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now