BAB 21

150 9 0
                                    

Pili air ditutup rapat. Ikhwanul mencapai tuala mandi yang disangkut pada cakuk. Dia lap seluruh badannya kemudian mencapai satu lagi tuala kecil. Tuala kecil tersebut mengeringkan rambut basah.

Selesai sahaja mengeringkan diri, Ikhwanul membalut bahagian pinggang dan ke bawah menggunakan tuala. Hanya dada sasa yang berotot terpapar. Tuala kecil masih diletakkan di atas kepala.

Kreakk!

Ikhwanul melangkah keluar daripada tandas. Kakinya terhenti apabila dia ternampak Uyaina masih lagi tidak tidur. Uyaina khusyuk dalam bermain telefon. Ikhwanul mula menghela pasrah lalu menyandarkan bahu pada birai pintu.

"Ehem..." sergah Ikhwanul ringkas

Tangan Uyaina yang pantas menekan skrin telefon terhenti mengeras. Perlahan-lahan dia mengerling ke arah Ikhwanul yang sudah memeluk tubuh. Jejaka itu menjongketkan kening.

"Err hehehe.... Tadi niat nak jawab call Eryna je eh terleka la pulak,"

Ikhwanul mengangguk dengan gerun. Wajah itu telah membuat Uyaina menelan air liur. Gugup. Telefon serta-merta dimatikan dan diletakkan di atas laci.

Selimut yang menutupi kaki Uyaina ditarik hingga ke paras badan. Uyaina mula melentokkan badannya untuk tidur. Namun, seketika itu dia tersedar. Dia membuka mata semula lalu memandang Ikhwanul bersama wajah kerutan. Ikhwanul tercengang.

"Kenapa saya kena tidur awal sedangkan awak boleh tidur sesuka hati. Awak pun pergi aktiviti ekstrem esok."

"Saya morning person. Saya tidur lambat pun tak apa sebab nanti saya juga yang kejut awak solat subuh,"

Wajah Uyaina semakin suram. Dia mengetap bibir serta mengenggam tangan, geram. Memanglah betul apa yang dikatakan tetapi ianya tetap tidak adil! Dia tak boleh kongkong aku macam ni, aku bukan budak! Lagipun aku tua lagi daripada dia!

"Tak nak! Saya nak tidur lambat. Saya bukan budak-budak lagi untuk ditetapkan waktu tidur. Saya tak nak ikut cakap awak, hmph!"

Uyaina bangun terduduk. Dia memeluk tubuhnya lalu menayangkan muka menyampah. Ikhwanul mencungap kemudian tersenyum sinis. Oooo melawan cakap suami ya?

"Dah pandai nakal-nakal, belajar dari siapa Nasuha? awak nak kena geletek ke? Kalau awak tak nak kena geletek lebih baik awak pergi tidur sekarang."

"Hmph! Tak nak jugak, werkkk~ Biar saya lah saya nakal pun. Awak ingat saya goyang ke dengan geletek awak tu. Eh ini Nasuha la, wa kental."

Makin mencabar ya Uyaina? Deal. Ikhwanul mengangguk faham. Dia menuju ke almari untuk memakai baju. Setelah berpakaian sopan, Ikhwanul membaiki urat-urat lehernya. Jari-jemari direnggang ke belakang.

"Kita tengok siapa yang tumbang. Sini kau budakk,"

Ikhwanul belari ke arah Uyaina membuatkan Uyaina membutangkan mata sambil menahan rasa ketawa. Ikhwanul melompat ke atas katil kemudian mengeletek Uyaina kuat. Sedaya-upaya Uyaina menahan ketawa, sehingga merah wajahnya.

Mendengar Uyaina ketawa bagaikan alunan musik yang paling indah. Ikhwanul tetap meneruskan tingkah nakalnya dengan menggeletek Uyaina kuat. Namun, sampai masa Uyaina membalas. Tiba-tiba sahaja gadis ini berada di atas Ikhwanul. Gadis itu pula yang menggeletek Ikhwanul.

"HAHAHAHA Sa--sayang!! geli laa!!"

Uyaina menyungging senyuman sinis. Dia tidak menghiraukan rayuan Ikhwanul yang meminta untuk dilepaskan. Pertarungan masih perlu diteruskan. Di larut malam yang sunyi itu, diwarnakan oleh gelak tawa sebuah pasangan.

"Okay okay ni serious. Lebih baik awak tidur sekarang atau program esok saya batalkan,"

"Alaaa janganlah! Okay okay saya tidur."

C | PINJAMANOn viuen les histories. Descobreix ara