BAB 7

269 14 0
                                    

"After a long time~ finally dapat juga 'barang' limited ni MUAHAHAHA"

CUP!

Mata Uyaina terbutang luas, badannya yang terbaring terus bangun terduduk. Dadanya terasa sempit, kulitnya dibasahi peluh. Mimpi ngeri itu masih lagi menghantui diri Uyaina. Uyaina menoleh ke kiri, kelihatan Ikhwanul tidur nyenyak. Lega hatinya apabila susuk sasa itu sentiasa di sisi.

Tanpa melengahkan masa, dia mencuit Ikhwanul sambil mengalirkan air mata ke pipi. Dia sangat takut. Bahkan hanya pelukan daripada suami sahaja mungkin dapat menenangkan dirinya. Beberapa minit kemudian, Ikhwanul membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia terkejut.

"Astraghfirullah sayang?! kenapa menangis ni?"

"Awak saya takut... mimpi tu tertayang lagi... "

Ikhwanul terus bangun dan menatap Uyaina yang menangis. Tangan kecil Uyaina mencengkam baju Ikhwanul. Tersedu-sedan Uyaina menjelaskan perasaannya.

"Awak tolong saya... saya takut... "

Ikhwanul hanya mendiamkan diri dan merenung isterinya yang tersedu-sedan. Dia kemudian melirik pada jam dinding. Kebetulan, sekarang ialah waktu yang tepat untuk melaksanakan solat tahajud. Ikhwanul tersenyum.

"Jom, saya teman awak ambil air wuduk."

Uyaina hanya akur dengan arahan. Dia dan Ikhwanul terus menuju masuk ke dalam tandas. Selesai sahaja berwuduk, Uyaina memandang Ikhwanul bingung. Ikhwanul terus membentangkan sejadah lalu mengerling pada isterinya. Ikhwanul tersenyum manis.

"Pergi ambil telekung awak, kita solat tahajud sama-sama,"

"Ta--tahajud? Tapi saya tak reti..."

Ikhwanul tersenyum lagi. Dia mendekatkan diri dengan Uyaina dan hanya berpandangan antara satu sama lain.

"Itulah guna suami. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing awak. Awak jangan risau, saya akan jadi imam awak untuk kali ini. Awak ikut je apa yang saya buat. Lepas ni kalau awak nak solat tahajud seorang-seorang pun boleh kalau dah tahu basic,"

Tersentak hati Uyaina. Gadis itu akhirnya mengukir senyuman. Dia mengangguk pada suaminya dan lantas memakai telekung putih berhampiran. Ikhwanul pula menyarungkan songkok hitam pada kepala. Terus dia menghalakan diri pada bahagian depan.

Beberapa minit kemudian, mereka selesai solat tahajud. Ikhwanul membacakan doa dengan begitu syahdu membuatkan Uyaina tidak lekang daripada menatapnya. Selesai sahaja berdoa, Ikhwanul menoleh ke belakang pada Uyaina. Dia tersenyum apabila Uyaina pantas menggapai tangannya untuk disalam.

"Terima kasih sebab ajar saya cara solat tahajud. Alhamdulillah, hati saya tenang sedikit."

"Doa yang dibuat ketika solat tahajud seperti anak panah yang tidak terlepas sasarannya. (Imam Asy-Syafi'e). "

Uyaina mendiamkan diri dan hanya tersenyum suam. Tangan kecilnya dielus lembut oleh Ikhwanul. Ikhwanul menghela nafas lalu memejamkan mata. Ikhwanul yang menyepi membuatkan Uyaina bingung.

Tidak sempat dia bertanya tiba-tiba Ikhwanul berbunyi dengan membacakan beberapa potongan ayat daripada beberapa surah seperti Al-Waqiah, Al-Mulk serta Ar-Rahman. Tingkah laku tersebut secara tak langsung mengundang air mata suam pada kelopak mata pasangan tersebut. Perlahan-lahan Ikhwanul membuka matanya serta menatap isterinya dengan senyuman.

"Wan harap... doa wan untuk melihat Nasuha bahagia tercapai. Wan harap Allah pinjamkan Nasuha kepada Wan dengan masa yang cukup."

Ikhwanul terhenti dan hanya menangis tanpa suara. Uyaina tahu bahawa Ikhwanul takut akan kehilangannya. Degupan jantungnya bila-bila masa sahaja boleh berhenti kerana penyakit kanser pangkal rahim yang ditanggung. Uyaina terus memeluk suaminya. Kini dagu Ikhwanul direhatkan pada bahu Uyaina.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now