BAB 19

136 10 0
                                    

Pada ruang tamu yang sunyi, Uyaina mengelus satu keychain berbentuk jet sukhoi. Uyaina tersenyum kemudian menghela nafas berat. Situasi yang berlaku ketika program berlangsung membuatkan dia berfikir panjang.

[FLASHBACK]

Uyaina sangat gembira dalam bermain stereng jet. Dia ketawa dengan sangat comel apabila dia gagal mengikut arahan profesional guider.

"Mhm... sayang?"

"Ya cinta kena--"

Uyaina terkaku apabila menoleh ke arah Ikhwanul. Ikhwanul tersenyum lebar sambil menunjukkan satu kotak kecil yang dipegang. Uyaina melepaskan tangannya yang memegang stereng. Dia terus menggapai kotak kecil tersebut.

"Apa ni cinta?"

"Buka la,"

Uyaina terdiam lalu membuka kotak tersebut. Matanya terbutang, dia juga mula mencungap terkejut. Uyaina mengeluarkan keychain yang berbentuk sukhoi itu.

"Ya Allah cantiknya cinta!! Cinta beli dekat booth yang hujung tu ke?"

Ikhwanul mengangguk sambil memegang senyuman lebar pada bibir. Uyaina sangat terkejut, dia menerkup mulut kerana masih tidak percaya.

"Tapi keychain ni mahal la cinta! Keychain ni siap custom nama and material dia... arghh kan dah membazir!"

"Hahahaha tak apa lah sayang~ kita tengok awak lama tenung keychain-keychain dekat situ waktu ronda-ronda tadi. Lagipun kita dah set dalam kepala, dalam hati, kalau awak nak apa-apa kita akan beli."

Uyaina mula sebak, dia memuncung bibir. Mata Uyaina tiba-tiba berkaca. Uyaina kemudian memeluk Ikhwanul erat.

"So awak jangan risau okay? Lepas ni kalau nak apa-apa cakap je. Kita akan tunaikan dengan ikhlas. Awak tak perlu rasa terhutang budi."

"Terima kasih cinta huaaa. Nas sayang Ikhwanul sangat-sangat! Tapi... kalau kita tetap rasa terhutang budi macam mana? Ya lah... awak dah banyak berkorban untuk kita,"

"Mhm... kalau awak masih rasa terhutang budi..."

Seketika Ikhwanul terdiam. Dia merenung Uyaina yang sedang menatapnya. Setelah beberapa minit, dia tersenyum. Dia juga tolong untuk menutup selendang yang memaparkan bahagian leher isterinya.

"Kalau awak masih terhutang budi... ada satu sahaja cara bayaran yang boleh awak gunakan."

"Cara bayaran? Apa tu?"

Ikhwanul tersenyum lagi. Dia memaparkan lesung pipit yang manis di pipi. Uyaina yang memandang suaminya turut sejuk hati. Manisnya Ikhwanul hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Awak kena janji dengan saya yang kita akan sehidup semati bersama."

Permintaan yang tak diduga. Senyuman Uyaina mengendur dan menjadi tawar. Tangan yang memeluk leher Ikhwanul dilepaskan perlahan-lahan.

"Ikhwan saya kan--"

"Saya tahu. Awak tak perlu ingatkan saya, sayang. Sebab tu saya cakap, tak payah terhutang budi. Kalau tak, saya akan sedih. Saya masih perlukan awak di sisi."

Uyaina terdiam. Suasana tiba-tiba menjadi tegang. Tepat pada waktu, Eryna tiba menyapa kedua-dua daripada mereka. Mereka perlahan-lahan menjauhkan diri dengan janggal.

[END FLASHBACK]

Nafas berat Uyaina dihelanya lagi. Tanpa sedar, air matanya telah jatuh menyembah bumi. Keychain yang berbentuk jet sukhoi juga berukir namanya turut dibasahi air mata.

"Sayang? Kenapa tu?"

Suara Ikhwanul yang kedengaran daripada tingkat atas membuatkan Uyaina yang tersedu-sedan tiba-tiba membisu. Uyaina menyeka air matanya lalu cuba mengukirkan senyuman.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now