BAB 22

133 9 0
                                    

Uyaina melihat pantulan nya pada cermin. Tergamam sendiri kerana dia terasa dirinya bak bidadari walaupun mengenakan pakaian sukan serta berpurdah. Uyaina memusing mengikut bulatan kecil.

"Cantik betul awak Puan Uyaina. Patutlah suami awak sayang sangat dengan awak," sampuk pelatih perempuan

Uyaina menoleh ke arah pelatih tersebut dan tersenyum. Dia mengangguk setuju. Uyaina kemudian menghelakan nafas dan bersedia untuk keluar bersemuka.

"Eh Puan sekejap!"

Suara itu telah menahan Uyaina daripada melangkah pergi. Uyaina menoleh pada pelatih tersebut dengan bingung. Pelatih itu hanya tersenyum suam kemudian menghampiri Uyaina. Pelatih itu mengenggam sebelah tangan Uyaina secara tiba-tiba.

"Disebabkan Encik Ikhwanul sudah pilih pakage berbaloi, kami sediakan sapu tangan free custom kepada pelanggan. Mari ikut saya pilih design and warna untuk step seterusnya?"

"O--oh baik... "

Uyaina membututi pelatih tersebut tanpa membantah. Mereka kini berada dalam satu bilik khas yang menayangkan setiap design baru. Bibir Uyaina melopong manakala mata bulatnya bersinar.

"Silakan duduk, puan."

Pelatih tersebut menarik kerusi untuk diberikan kepada Uyaina. Uyaina semakin teruja, dia mengangguk pantas. Maka, sesi berseni bermula.

Sepanjang mereka menuntut ilmu pada pusat ladang kuda tersebut, bermacam-macam yang diajar. Mereka diberitahu secara am akan jenis-jenis kuda, bila waktu yang sesuai untuk menunggang dan sebagainya.

Mereka juga belajar cara menunggang kuda secara fizikal. Pada mulanya agak sukar dan gayat namun kedua-dua daripada mereka ialah seorang pelajar yang mudah tangkap. Sekelip mata sahaja mereka kelihatan seperti seorang profesional.

"Oh ya ke... Faham." Uyaina mengangguk sambil menoleh ke kiri. Terlatah Uyaina apabila menyedari bahawa Ikhwanul sudah merenungnya lama.

Uyaina ketawa hambar dan cuba membasahkan tekak. Nak sergah pun tak boleh, jurulatih berada di hadapan. Uyaina hanya mampu menelan air liur dan bermain bersama jari-jemari sendiri.

"Ehem, Ikhwanul awak fokus ke tidak?" jerkah jurulatih tersebut

Ikhwanul tersedar. Dia memandang jurulatih tersebut dengan selamba. Tersengih nakal sambil mengurut belakang lehernya.

"Maaf, Tuan. Saya akan fokus sekarang."

Ikhwanul berdiri tegak. Jurulatih akhirnya menghela nafas pasrah. Dia menggelengkan kepala namun berhasil untuk sambung pelajaran. Ketika jurulatih fokus di hadapan, Ikhwanul mencondong ke kanan.

"Angau saya tengok awak. Tak pasal-pasal kena tegur hihi. Lain kali cantik-cantik lagi ya sayang~" bisik Ikhwanul kepada Uyaina

Muka Uyaina menjadi merah memalu. Sedaya-upaya dirinya menahan daripada tersenyum. Hanya telinga sahaja yang menjadi merah membahang. Uyaina akhirnya berdahak dan itu telah membuat kedua-dua daripada mereka kembali tekun.

Berjam-jam kemudian, hari menjadi semakin senja. Matahari akan terbenam beberapa minit lagi. Mereka kini membawa kuda pada pesisiran pantai. Mereka diiringi pembantu-pembantu terlibat.

"Baiklah Encik Ikhwanul, Puan Uyaina. Kami akan meninggalkan encik berdua sendirian di sini. Lepas azan berkumandang, encik dan isteri dah boleh balik ke kandang. Kami akan menamatkan kontrak di situ. Tapi apa-apa pun... selamat enjoy! Semoga berbahagia sentiasa. Assalamualaikum."

Ujar pelatih perempuan kepada pasangan tersebut. Pelatih perempuan beredar bersama dua pembantu kanannya. Usai beberapa saat, bayangan mereka hilang daripada radar. Uyaina menghela nafas lalu memandang suaminya. Ikhwanul tersenyum.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now