BAB 25

137 9 0
                                    

Keesokan pagi, Uyaina bangun. Dia melihat sekeliling bilik. Bersepah. Oh... lupa, semalam aku hilang waras. Uyaina turun daripada katil, perlahan-lahan dia menatap akan apa yang diperlakukan. Uyaina sendiri mengeluh.

Kepalanya tertoleh pada pintu. Terdapat beberapa kertas putih yang dihulurkan melalui lubang bawah. Uyaina terus bergegas dan menggapai kertas tersebut. Satu per satu Uyaina membaca. Tiba-tiba di pagi hari, terasa ingin menangis.

'Sayang hati-hati dekat dalam tu ya? Janji tak cederakan diri sendiri?

'Sayang... bukalah pintu. Saya minta maaf atas segalanya

'You are damn perfect princess. Jangan pernah rasa rendah

'Saya teman awak ya? Buka lah pintu

'Wan tidur dekat luar. Kalau ada apa-apa, awak buka pintu

Uyaina terus menguak daun pintu. Betul, Ikhwanul tidur di hadapan pintu bilik. Tanpa beralas tilam, tanpa seutas selimut, Ikhwanul tidur di sini. Uyaina menunduk lalu memegang pipi suaminya. Tiba-tiba mata yang dipejam, terbuka.

"Sayang dah bangun ya..."

Suara Ikhwanul terdengar serak namun jejaka ini masih lagi boleh tersenyum. Ikhwanul bangun lalu memegang pipi Uyaina. Uyaina hanya terdiam dan merenung wajah Ikhwanul yang agak pucat. Pasti suami ku ini sejuk pada larut malam tadi.

"Sayang okay? Felt better?"

Uyaina masih mendiamkan diri. Ikhwanul tetap tersenyum walaupun agak tawar. Tangan yang memegang pipi Uyaina kemudian dijatuhkan untuk memegang kedua-dua tangan kecil Uyaina. Ikhwanul menghela berat

"Walau apa pun yang terjadi, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Walau beribu mana pun yang buang awak, saya akan menjadi seseorang yang selalu simpan awak. Biar lah saya sakit, jangan awak yang sakit. Saya rela hilang segalanya tetapi bukan awak. Saya akan jaga awak Uyaina. Saya akan sentiasa jaga awak. Awak tak pernah jijik."

Ikhwanul yang terlampau baik hati telah mengundang air mata pada kelopak mata Uyaina. Uyaina akhirnya membasahi pipinya. Dia memeluk Ikhwanul erat tanpa sepatah kata. Ikhwanul tersenyum tawar, mengusap Uyaina lembut.

"Jangan tinggalkan saya Uyaina Nasuha."

...
...

Ikhwanul terhenti apabila dia mengerling ke arah dapur. Bihun goreng yang dimasak tidak langsung disentuh. Uyaina hanya merenung kosong pada bihun tersebut. Ikhwanul tersenyum suam kemudian menghela nafas lembut.

"Makan la sikit, sayang... awak tak nak jadi sihat ke hrm?"

Uyaina menggeleng. Dia menolak pinggan itu ke tepi. Uyaina bangun lalu menuju ke ruang tamu. Ikhwanul menghela nafas berat. Dia mengambil bihun goreng tersebut lalu memasukkan kembali ke dalam bekas.

Selepas menjemur kain, Ikhwanul menyertai Uyaina yang menonton televisyen. Ikhwanul tahu bahawa Uyaina tidak fokus. Gadis itu masih lagi berwajah kosong. Sebagai suami, dia mahu yang terbaik. Ikhwanul cuba untuk menggembirakan Uyaina.

"Jom kita main board game nak? Tak pun kita tengok movie ke~ Which one you want?"

Uyaina menoleh dengan wajah mendatar. Sekali lagi, gadis itu menolak. Dia menggelengkan kepala kemudian bangun membawa diri naik ke tingkat atas. Ikhwanul tidak bersuara dan hanya melihat kelibat Uyaina yang berlangsung pergi.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now