BAB 12

223 16 0
                                    

Beberapa buku dihulurkan kepada Uyaina. Uyaina mengambil tanpa menyoal sebarang soalan. Uyaina membelek-belek muka surat yang tertera pada buku tersebut.

Dua buku sudah Uyaina tilik. Kepalanya mengangguk. Dia mula faham akan minat Ikhwanul. Lelaki ini berbeza dengan aku. Aku ni nampak je lembut, tapi minat aku more to benda ganas. Macam superbike tadi hehehe.

"Kita sangat berbeza Ikhwan,"

"Tapi yang berbeza itulah yang melengkapkan kita,"

Uyaina berdahak lalu tersenyum hambar. Dia ni, kalau ada peluang... menyempat je! Tapi jujur lah kan... siapa je takkan cair dengan suami yang sweet macam Ikhwanul ni? Hahahaha aku ni beruntung sungguh~

Buku keempat digapai olehnya. Dia menarik nafas lalu menghela lembut. Dia juga meneguk segelas air yang telah diletakkan Ikhwanul beberapa minit lepas. Tangan Uyaina yang membelek-belek muka surat buku keempat itu tiba-tiba terhenti. Matanya membulat, tergamam.

"Buku ni cinta binding sendiri ke?"

"Wow! Macam mana sayang tahu?"

"Saya tahu la~ daripada cara penulisan dan cara awak sampaikan cerita ni pun saya dah boleh agak, Ini mesti Ikhwanul!"

Ikhwanul meletuskan tawa. Dia mengangguk faham. Dia menghela nafas lalu mengambil buku tersebut yang sekarang berada di tangan Uyaina. Ikhwanul tersenyum suam sambil mengusap kulit buku itu dengan lembut.

"Teruk betul penulisan saya, kan? Tak apa lah~ kena belajar dengan lebih mendalam la kalau macam ni! hehehe,"

Uyaina tersenyum dan mengangguk setuju. Dia kemudian hanya merenung suaminya yang masih mengagumi karya sendiri.

Tengok lah tu, mata dia daripada tadi tenung karya sendiri. Mesti passion dia dalam menulis ni dah lama. Uyaina terkekeh membuatkan Ikhwanul mengerling dengan bingung.

"Kenapa awak memilih untuk menulis? Kenapa dalam banyak-banyak minat, kenapa mesti imaginasi? Boleh saya tahu?"

Lama Ikhwanul mendiamkan diri. Dia memandang isterinya selepas lama berfikir. Uyaina tidak berbuat apa selain melawan pandangan yang diberikan Ikhwanul.

"Kalau macam tu... boleh saya tanya awak? Minat awak apa?"

"Saya suka superbike! Saya suka boxing, benda-benda yang melibatkan sport!"

"Kenapa awak minat semua tu? Kenapa mesti semua tu?"

"Sebab semua tu buat saya tenang daripada segala jenis masalah! Semua tu juga buat saya teruja! Semua tu juga--- Haih~ banyak la sebab kalau nak diberitahu! Saya pun tak tahu nak explain macam mana hehehe,"

Tertawa kecil Ikhwanul melihat Uyaina yang semakin comel. Hidung mancung Uyaina dicubit nya menggunakan dua jari. Uyaina tersenyum hambar lalu menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Macam tu juga la alasan saya kepada awak. I found peace the moment I wrote something on the paper. I felt excited whenever I imagine something. Jika bukan di dunia nyata, saya mahu cari keindahan itu di dunia sebaliknya. There was many reason why I choose fiction over the reality world, sayang. It's hard for me to explain it, But I can make it certain that I'm happy to choose this path. This was the best path out of my life,"

Uyaina mengangguk perlahan-lahan. Kepalanya menunduk ke bawah kerana segan. Mungkin aku dah melebih-lebih. Mesti Ikhwanul terasa dengan apa yang aku cakap.

"Tak semua perkara mampu mengolah melalui lisan. Pada akhirnya, semua yang tersimpan akan menjadi sebuah tulisan."

"Maafkan Nas, cinta. Nas tak sengaja buat cinta terasa... "

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now