BAB 30

233 9 0
                                    

Sepanjang Uyaina sedar, Ikhwanul menepati janjinya untuk menunaikan setiap permintaan yang dipinta. Melihat Uyaina tersenyum adalah kebahagiaan dirinya sendiri.

"Cinta... boleh tak saya nak dengar cinta cerita? Perhaps about something you wrote? Nak tengok improvement hehehe,"

"Boleh sayang... nanti saya bawa laptop esok. Sekarang ni saya nak tengok awak makan dulu."

Uyaina mengangguk menayangkan lesung pipit. Ikhwanul mengoyak senyum. Bubur yang disediakan hospital kemudian disuap ke dalam mulut Uyaina. Kadang-kala suapan tersebut menyebabkan comot di bibir.

"Eishh tengok ni? Comot lagi~" ujar Uyaina gurau

"Hihihi. Alaaa tak apa lah, awak comot pun tetap comel." balas Ikhwanul lembut

Uyaina tergelak. Pipi Ikhwanul dicubit lembut. Ikhwanul memuncung bibir dengan manja. Dia kemudian menggeletek Uyaina perlahan. Ruang kecil bilik hospital tersebut hanya bergema suara gembira.

"Cinta... boleh tak saya nak main board game yang kita tak sempat main tu?"

"Boleh, sayang... sekejap ya? Saya ambil dalam beg."

Ikhwanul mengeluarkan permainan dam ular daripada beg silangnya. Dia berjalan menghampiri Uyaina semula. Permainan dam ular tersebut diletakkan di atas meja makan pesakit. Uyaina membuka plastik dam ular tersebut dengan teruja.

"Alaaa! saya kena makan dengan ular," ngomel Uyaina

"Hahahaha werkk werkk saya maju ke hadapan dulu~" usik Ikhwanul

Uyaina mencekak pinggang sambil memuncung comel. Beberapa minit kemudian, Uyaina terhambur ketawa. Ikhwanul yang sentiasa berada di sisi hanya tersenyum suam.

"Cinta... saya rasa nak keluar. Bosan la duduk terperap dalam bilik ni. Dah seminggu saya sedar takkan tak boleh nak bergerak langsung?"

Ikhwanul hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke arah pintu. Dia kemudian menatap Uyaina semula. Ikhwanul mengoyak senyum sambil mengelus tangan lembut Uyaina.

"Sayang tunggu sini sekejap boleh? Saya keluar pergi minta izin hospital."

Mata Uyaina bersinar memberi harapan. Kepalanya diangguk pantas. Ikhwanul tersenyum lalu membelai kepala Uyaina lembut. Ikhwanul akhirnya keluar untuk mencari pihak berkaitan.

Setelah satu jam, akhirnya pihak hospital membenarkan Uyaina untuk keluar menikmati pemandangan. Uyaina perlu kembali ke hospital sebelum pukul 12 malam. Ikhwanul turut membawa kerusi roda demi memudahkan Uyaina.

"Jadi, kita nak pergi mana?" soal Ikhwanul sebaik sahaja dia memakai tali pinggang

"Hihihi nak pergi cafe! Cafe kita dah mula operasi kan? Sebagai bos apa kata kita melawat!"

Ikhwanul mengangguk setuju. Kereta mereka kemudian beredar meninggalkan hospital. Usai beberapa minit, mereka telah tiba di hadapan cafe yang bernama NUNI cafe.

"comel je bila teringat kenapa kita pilih nama cafe ni NUNI hihihi,"

"Awak kan suka gabung-gabungkan nama kita hahahaha," sambung Ikhwanul

Uyaina terkekeh kecil. Kerusi rodanya kemudian ditolak Ikhwanul untuk masuk. Mereka disambut oleh semua pekerja dan pelanggan yang cukup mesra. Rasa sebak Uyaina mula menimbul.

"Awak nak makan apa sayang? Kita ada bermacam-macam menu,"

Uyaina mendongak ke atas. Dia kemudian tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia hanya mahu melihat keadaan cafe. Dia hanya melihat semula kejayaan yang telah dia capai.

Setengah jam kemudian, Ikhwanul membawa Uyaina keluar untuk menuju ke taman reakreasi berdekatan. Ikhwanul sempat menyinggah untuk membeli ais krim vanilla.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now