BAB 8

246 12 0
                                    

Jam menunjukkan sudah pukul 2 petang. Setelah mendapat tidur yang mencukupi, Uyaina bangun dan membawa diri untuk mencari Ikhwanul. Uyaina melihat sekeliling rumah dan akhirnya terhenti apabila tersedar Ikhwanul khusyuk membuka banyak 'parcel'.

"Awak buat apa tu Ikhwanul?"

Ikhwanul menoleh pada Uyaina dan tersenyum. Dia memanggil Uyaina agar mendekat. Uyaina dengan polos menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Macam mana tidur? Okay? Lapar tak?"

"Alhamdulillah. Itulah tidur paling puas saya penah rasa. Erm... tak ada lah lapar sangat sebenarnya,"

Ikhwanul mengangguk. Dia sambung untuk mengeluarkan beberapa baju daripada plastik 'parcel'. Uyaina menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Banyak nya, siapa punya semua ni?"

"Awak lah sayang~"

Uyaina mengangguk namun terhenti. Dia membutangkan mata lalu memandang Ikhwanul dengan terkejut. Ikhwanul tersenyum lalu menyambung untuk mengeluarkan segala baju yang dibeli.

"Ba--banyak nya! Seingat saya, saya beli satu je baju dekat online. Tapi ini banyak sangat! Siapa punya duit?! Awak ke?!"

"Ha ah. Alah tak apa, saya belanja."

"Ya Allah Ikhwan. Kenapa awak membazir ni! Duit tu awak boleh simpan buat belanja la!"

Ikhwanul terhenti lalu mengeluh. Dia memandang Uyaina yang masih melopong. Ikhwanul tersenyum.

"Apa salahnya kalau saya nak belanja? Lagipun awak jangan risau~ Semua barang yang saya beli ni, semua berfaedah. Meh sini tengok,"

Uyaina terdiam serta mengetap bibirnya. Dia perlahan-lahan mendekati Ikhwanul. Setelah duduk di sebelah suaminya, Ikhwanul menghulurkan semua baju yang disusun serta dikumpul. Uyaina menggapai dengan ragu-ragu namun berhasil menggenggam erat.

"Buka lah~"

Uyaina merenung Ikhwanul tulus. Dia menghelakan nafas berat dan cuba membuka plastik baju tersebut. Dia terkejut kerana terdapat pelbagai jenis abaya, tudung, stokin serta handsock yang dibeli. Uyaina memandang Ikhwanul yang tersenyum manis.

"Lepas ni kalau kita keluar, awak pakai baju-baju ni sahaja. Baju-baju lama boleh nak pakai, tapi dalam rumah je okay?"

"Ikhwanul... "

Ikhwanul menyekat kata-kata Uyaina dengan memakaikan selendang putih padanya. Ikhwanul mengelus pipi gebu Uyaina lembut. Tanpa sedar masing-masing telah mengumpulkan air mata.

"Terima kasih sebab awak sudi nak belajar menutup demi kita. So sebagai penyokong, anggaplah hadiah saya ni sebagai titik mula. Fighting kesayangan Wan!"

Uyaina memuncung bibir, sedih. Dia terus memeluk Ikhwanul dengan erat. Akhirnya gadis itu menangis dalam dakapan jejaka sasa tersebut. Perlahan-lahan dan lembut sahaja Ikhwanul cuba memujuk Uyaina.

"Terima kasih Ikhwanul. Terima kasih sangat-sangat!"

"Sama-sama sayang. Dah la, tak mo nangis. Nanti dah tak comel~"

Uyaina akhirnya ketawa. Dia mengangguk comel lalu sambung memeluk Ikhwanul erat. Ikhwanul turut membalas pelukan tersebut dengan lembut. Kedua-dua daripada mereka mengukir senyuman yang manis.

-

Uyaina yang sedang makan terhenti apabila dia mengerling pada Ikhwanul yang dari tadi tidak lekang daripada memerhatikan dirinya. Uyaina berdahak membuatkan Ikhwanul menghulurkan air.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

"Sebab awak cantik."

Tiba-tiba rasa bahang pula dekat muka. Uyaina menundukkan muka, memandang makanan yang dimakan dengan segan. Ikhwanul tergelak kecil. Seronoknya mengusik isteri. Ikhwanul kemudian menarik nafas lantas menghela lembut. Uyaina mengangkat sebelah kening, bingung.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now