SPECIAL CHAPTER

254 11 0
                                    

Selepas sahaja aku menolak pelawaan 'cinta' seorang junior lelaki, aku terus membawa langkah menuju ke perpustakaan. Sejujurnya aku bukan lah seseorang yang minat membaca tetapi tujuan aku datang ke sini kerana suasananya. Tenang dan sepi.

Aku membuka telefon pintar ku. Kot-kot la ada mesej baru daripada papa. Tetapi seperti biasa. Seperti biasa, tiada langsung kata-kata daripadanya. Mesej yang aku hantar masih dibiarkan, tidak terjawab.

Me :
"Papa hari ni... papa tak free ke? Jom la pergi makan. Hari ni birthday Nas,"

Aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat seorang Ahmad Zarhuddin. Nak kata kerja... selalu sahaja aku nampak dia di rumah. Namun walaupun serumah, kami jarang bertegur.

"Selepas mama meninggal... papa jadi lain. Papa dingin. Papa dah tak sayang Nas,"

Mata Uyaina tiba-tiba dibanjiri air mata. Tidak mahu menganggu orang lain, dia cuba memujuk dirinya perlahan-lahan.

"Nas sunyi bila papa menjauh. Nas tak ada siapa-siapa dah dekat dunia ni,"

Kenyataan yang perit untuk ditelan. Walaupun cantik bak bidadari, pandai bak puteri, sejujurnya dia sendiri tiada seseorang yang bergelar 'kawan'. Entah kenapa, semua pelajar perempuan yang menuntut ilmu di Universiti yang sama dengannya enggan menegur.

"Muka aku kerek sangat ke? Aku rasa aku senyum je dengan semua orang,"

Memuncung bibirnya. Hairan mengapa hanya Eryna sahaja yang berani mendekat. Itupun atas alasan lain mungkin? Aku tak nampak dia seperti ikhlas berkawan. Aku sering direndahkan bila bersama kelompok nya. Aku juga sering diketepikan.

Me :
"Mana? jom sambut birthday aku berdua hari ni nak? rindu kau la hahaha,"

Eryna Qaisara :
"Erm sorry Nas. Tapi mak aku suruh aku balik rumah terus lepas habis je kelas. Sorry sangat-sangat. Lain kali ya?"

Penipu. Cakap je la kau tak nak keluar dengan aku kan? Hahaha. Kepala Uyaina menoleh pada luar tingkap yang tersedia pada perpustakaan tersebut. Kelihatan Eryna dan kelompoknya rancak bergembira menuju ke mall berhampiran. Uyaina tersenyum tawar.

"Semua nikmat bahagia Nas dah ditarik balik semenjak mama pergi."

Senyuman tawar itu ditemani air mata yang perlahan-lahan dirembeskan ke pipi. Tangan kanannya meraba-raba rantai yang dipakai dengan lembut.

"Kalau diberi pilihan... Nas nak ikut mama..."

Uyaina rebah, mencangkung. Dia menangis tanpa mengeluarkan suara yang kuat. Tersedu-sedan dia merindui akan ibunya, Puan Wardah.

"Nas rindu mama sangat-sangat... "

Sementara itu, Ikhwanul dan dua orang rakannya sedang tergamam dalam melihat sekeliling perpustakaan. Haider yang sudah tersenyum lebar memandang ke arah Kevin.

"Terima kasih do~ Tak sia-sia ada kawan 'bandar' macam kau!" ujar Haider teruja

"Hahahaha tak de hal~ Dah, tadi siapa nak cari buku rujukan untuk subjek sejarah dan perniagaan?"

Ikhwanul terus mengangkat tangannya. Mereka semua angguk dan berpecah mengikut sudut. Tak terkejut jika Ikhwanul begitu fasih dalam selok-belok perpustakaan ini kerana Ikhsanul, abang sulungnya sering juga membawanya dan Rahman berkunjung ke sini.

"Abang Ikhsan buat dia punya Assignment selalunya dekat sini~"

"Oooo patutlah~ faham!!" jawab Kevin dan Haider serentak

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now