BAB 15

164 13 0
                                    

"Cinta... Ooh cinta... bangun. Kita dah sampai,"

Alunan suara yang cukup merdu itu telah membukakan matanya. Dia menoleh pada Uyaina yang sudah tersenyum. Kedua-dua matanya digosok sebelum sebetulnya celik.

"Ini bayaran ye bang, terima kasih."

Abang grab menayangkan senyuman sambil mengangguk. Selesai sahaja menghulurkan wang, Uyaina membuka pintu. Mereka keluar daripada perut kereta hanya untuk disambut oleh pekerja-pekerja cafe.

"Selamat datang ke kedai kami~ Jemput masuk?"

Ikhwanul tercengang. Badannya terkaku manakala kepalanya menatap Uyaina. Uyaina pula hanya fokus melayan pekerja tersebut. Tanpa amaran, Uyaina menarik lengan Ikhwanul sekali lagi.

Selangkah sahaja kaki mereka masuk ke dalam cafe, mereka tergamam. Semua jenis kucing yang berada di dalam cafe tersebut tiba-tiba berkerumun pada sekeliling Ikhwanul.

"Taaadaaaa~ inilah cat cafe. Kita boleh makan sambil bermain dengan kucing dekat sini. Untuk treats for cat diorang ada sediakan dekat hujung sana. Jom? Grab the treats nak?"

"Sa-- sayang... "

Uyaina mengerutkan muka dan sekali lagi menarik lengan Ikhwanul untuk pergi ke sudut makanan kucing. Setelah selesai, mereka menuju ke kaunter pesanan. Uyaina memesan beberapa jenis makanan manis serta coffee sebagai pencuci mulut untuk Ikhwanul.

Mereka terus ke tingkat atas. Uyaina membawa Ikhwanul pergi dekat menghampiri kucing-kucing. Uyaina tersenyum dan mengangkat satu kucing.

"Orang cakap... kucing boleh buat kita hilang stress. Nas tengok awak macam stress sangat, tak tenang nak membaca. Jadi, Nas tekad nak bawa awak kat sini."

Ikhwanul merenung Uyaina yang begitu mengambil berat terhadapnya. Terasa sebak di dalam dada. Matanya tiba-tiba terasa suam bagai mutiara putih sedang mengelilingi kelopak. Uyaina kemudian meletakkan kucing yang didukung, dia mengambil tangan kanan Ikhwanul lalu mengelus lembut.

"Lepaskan semuanya dekat sini Ikhwanul... saya tahu awak mesti penat, bersalah. Jangan risau dan sentiasa ingat... semua yang berlaku ini bukan salah awak. Saya tak pernah menyesal membesar dengan keturunan awak. Mungkin abang awak tu ada sebab yang patut dia sembunyikan."

"Tapi kenapa dia pilih untuk sakit seorang diri? Kenapa tak nak gapai tangan kami, Nasuha?"

"Bukan semua masalah boleh dicerita secara besar-besaran. Lagipun abang awak tak keseorangan... dia masih ada Tuhan. Tuhan yang membimbing dia dalam setiap keputusan yang dia buat."

Dia mula faham dan berasa tenang. Tanpa sedar air matanya sudah mengalir ke pipi. Namun, senyuman masih elok terukir pada bibir. Uyaina menyeka air mata suaminya menggunakan ibu jari.

"Sudah la... jangan menangis okay? Ikhwanul kan kuat? Kalau awak menangis dah tak terselah kekuatan dan kehenseman awak tu,"

Ikhwanul tertawa seraya mengangguk kepalanya. Mereka bangun dan mula bermain dengan semua jenis kucing yang berada di situ. Makanan yang dipesan diletakkan oleh pelayan di atas meja berdekatan.

"Awww comelnya!! Nama apa ni agak-agak?" ujar Uyaina teruja

"Tengokkk ni ada tulis dekat rantai dia la," balas Ikhwanul sambil melirik pada gelang leher kucing

Mereka turut berlari bekerjaran bersama kucing. Mujur mereka sahaja pelanggan di cafe tersebut ketika itu. Kalau tak malu sebab masing-masing menjerit hahahaha.

"Cin-- cintaa!! Eeeee tak nak la! Orang nak makan!"

"Alah awak makan je la~ si comel ni nak tengok je~ Nahhh,"

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now