BAB 9

242 12 0
                                    

Matanya terbutang luas apabila Ikhwanul meluahkan bahawa dia mahu balik ke kampung. Ikhwanul terus mengenggam kedua-dua tangan kecil Uyaina. Ikhwanul turut menghela nafas dan tersenyum tenang.

"Awak jangan risau... saya boleh yakin yang keluarga kedua saya tu semua baik-baik."

"Atas tujuan kenapa kita perlu balik kampung?"

Ikhwanul melirik ke arah telefon pintarnya. Dia menggapai telefon tersebut lalu membuka chat antara dia dan Pak Ngah. Dia menunjukkan pada Uyaina tanpa ragu-ragu. Uyaina kemudian menyentuh telefon pintar tersebut dan membaca setiap ayat yang tertulis.

"Pak Ngah kata dia nak buat tahlil doa selamat sebelum dia berangkat ke tanah suci untuk minggu depan."

Uyaina menangguk faham dan terus membaca mesej tersebut dengan tekun. Ikhwanul tersenyum lagi dan lantas menerangkan dengan lebih lanjut.

"Lepas sahaja saya berhenti kerja untuk kahwin dengan awak... saya langsung tak jumpa mahupun menjenguk dia. Sementara masing-masing tiada kerja penting nak dilakukan jadi apa salahnya kita datang tahlil ni. Awak boleh kenal-kenal dengan Mak Ngah dan anak sulungnya."

"Anak sulung?"

Ikhwanul mengangguk. Dia mengambil telefon pintarnya yang dipegang Uyaina. Dengan tekun dia mencari gambar mereka secara beramai-ramai. Setelah jumpa, Ikhwanul kembali memulangkan telefon pintar tersebut.

"Pasangan yang berumur ni la Pak Ngah dan Mak Ngah. Mereka majikan saya. Ha yang tepi diorang, pasangan muda tersebut bersama dua orang anak itu ialah anak sulung. Anak sulung mereka perempuan. Namanya Haidar. Manakala yang berdiri sebelah saya tu anak bongsu mereka. Namanya Haider. Dia baik dan peramah orangnya."

Uyaina mengangguk lagi. Kali ini dia tergamam. Daripada gambar, mereka tidak lah menakutkan seperti yang aku gambarkan. Tapi aku tak boleh 100 persen percaya! Entah-entah indah khabar dari rupa.

Sedang tekun dalam mengalamun, tiba-tiba tangannya digenggam lagi. Kali ini dia terkejut namun tidak langsung menepis. Dia menatap suaminya yang sedang tersenyum. Kepalanya diusap lembut.

"Saya tahu awak takut dengan manusia. Manusia yang ukir semua pain tersebut dalam diri awak. Saya minta maaf... saya minta maaf kerana sebelum ini awak terpaksa lalui semua itu sendirian."

Uyaina menundukkan kepala dengan sayu. Ikhwanul menghela nafas berat. Bahu Uyaina kemudian digenggam.

"Now... awak tak perlu risau dan takut lagi Nasuha. Awak nak tahu sebab apa?"

"Sebab apa?"

Ikhwanul tersenyum. Dia menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan.

"Sebab awak ada saya. Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya akan pastikan tiada siapa yang boleh sakitkan awak. Saya boleh jamin untuk bawa awak keluar daripada circle toxic yang awak lalui sebelum ini."

"Seyakin itu Ikhwanul?"

"Ya. Bahkan jika kita diuji sekali pun, saya akan pastikan kita hadap benda tu sama-sama. Bukan sendirian tapi together. Trust me, sayang. I promise to show you what's happiness really looks like."

Uyaina merenung iris hazel Ikhwanul lama. Mereka saling berpandangan tanpa berkata-kata. Ikhwanul mengenggam tangan Uyaina lalu mengetap bibirnya.

"Tolong percaya saya Uyaina Nasuha. Tolong beri peluang kedua pada diri awak. Mungkin sebelum ini, semesta menetapkan kegelapan di dalam hidup awak tetapi bukan untuk kali ini sayang. Oleh itu, tolong beri peluang kedua untuk diri awak supaya kebahagiaan yang lama terkubur itu menyerlah kembali. Saya minta maaf sayang.. saya minta maaf sebab tak datang dengan lebih awal."

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now