BAB 14

185 11 0
                                    

Rezeki Uyaina dan Ikhwanul dikurniakan dengan lebih awal. Umrah dapat dilaksanakan sebelum birthday Uyaina tiba. Mendengar berita baik daripada Ikhwanul itu membuatkan Uyaina berasa lebih teruja.

Kini, Uyaina sibuk mengemas barang-barang yang penting untuk dibawa ke tanah suci. Satu per satu dia memeriksa pada senarai yang ditulis. Dia turut mengemas bagasi suaminya, Ikhwanul. Uyaina tersenyum lebar.

"Rasanya macam dah lebih dari cukup~"

Uyaina menutup bagasi mereka dengan gembira. Kedengaran bunyi kereta menandakan Ikhwanul sudah pulang membuatkan Uyaina semakin teruja. Dia bangun dan bergegas turun ke bawah untuk menyambut suaminya.

"Cintaaa~ Selamat kembali," sapa Uyaina

Ikhwanul mengangkat kepalanya yang sayu dan hanya tersenyum tawar. Dia menuju ke ruang tamu dan melabuhkan diri. Ikhwanul tutup matanya seraya menghela nafas yang sangat berat.

"Cinta macam mana? Cinta dah makan?" soal Uyaina sambil melabuhkan diri juga di sebelah Ikhwanul

Ikhwanul hanya berdehem. Matanya masih terpejam memikirkan hal yang berlaku. Uyaina mula rasa curiga. Dia mengesyaki bahawa Ikhwanul semestinya berada dalam tekanan. Uyaina menyentuh bahu Ikhwanul dengan lembut membuatkan sebelah mata Ikhwanul terbuka untuk mengerling.

"Cinta okay tak ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?"

Ikhwanul menggelengkan kepala dan hanya menatap siling. Lama dia termenung membuatkan Uyaina semakin bingung.

"Macam mana awak dengan ayah melawat abang Ikhsanul dekat sana tadi?"

Ikhwanul terhenti. Dia menoleh pada wajah cantik di sebelahnya itu. Wajah itu hanya tersenyum suam, sedia untuk mendengar apa yang telah terjadi.

"Dia macam mana? Sihat? Awak dah sampaikan salam saya pada dia kan?"

Ikhwanul merenung Uyaina lama. Terasa sebak dan bersalah. Bagaimana wanita ini masih boleh tenang setelah apa yang berlaku kepadanya? Keturunan aku ialah punca kerosakan dirinya...

Ikhwanul dengan dingin bangun daripada tempat duduk lalu menoleh. Dia tidak sanggup untuk melihat Ikhsanul setelah apa yang dilakukan. Lebih-lebih lagi Ikhsanul enggan untuk bercerita mengapa dia melakukan perkara-perkara terkutuk sebegitu.

"Eh Wan kejap, at least ucap la beberapa kata akhir dekat abang Ikhsan ni... Nanti dah susah nak datang sini, Wan pun nak pergi umrah kan?"

Pujuk Rahman kepada anak bongsunya itu. Telefon yang menghubungkan pelawat dan banduan masih lagi dipegang Rahman dengan erat.

"Wan... mari la sini... aku nak cakap dengan kau,"

Suara Ikhsanul bergema pada telefon membuatkan dia menoleh sambil menahan air mata. Ikhwanul mengenggam tangan dengan erat lalu melangkah untuk mendekati telefon tersebut.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now