BAB 4

329 13 0
                                    

Dagu Uyaina diangkat lembut agar dia mendongak kepada Ikhwanul. Mata Ikhwanul yang penuh dengan perasaan cinta membuatkan Uyaina menelan air liur.

"Saya? Tak sayangkan awak? Awak yakin?"

Uyaina tidak membalas dan hanya menelan air liur. Mereka saling berpandangan tanpa bergerak satu inci. Ikhwanul tersenyum sinis kemudian bermain dengan rambut ikal Uyaina. Badan Uyaina terasa seperti menggigil.

"Saya suruh awak pakai cantik-cantik... sebab saya tahu awak cantik. Saya bangga nak tunjuk perempuan cantik depan saya ni... Milik saya,"

Terbutang mata Uyaina apabila Ikhwanul menekankan 'Milik saya' dengan tegas dan garau. Wajah Uyaina tidak dapat disorok lagi, wajahnya merah padam. Uyaina berdehem lalu memalingkan wajahnya ke arah berlawanan. Dia segan.

Tetapi tidak kepada Ikhwanul. Ikhwanul tergelak sinis. Dia menundukkan kepala lalu memandang ke arah Uyaina semula. Dengan bingung dia memandang Ikhwanul kembali kerana jejaka itu tiba-tiba menyepi dan hanya merenung pada wajahnya. Uyaina mengangkat sebelah kening.

"Awak nak tahu kenapa saya tak takut kalau ada orang nak mengorat awak?"

Perlahan-lahan Uyaina mengangguk. Ikhwanul tersenyum dan lantas mengusap pipi kiri isterinya menggunakan tangan kanannya. Ikhwanul menarik nafas lalu menghela lembut.

"Sebab saya tahu.... "

Badan mereka yang saling merapat, dirapatkan lagi sehingga melekat pada dinding. Seperti terhenti rasanya degupan jantung Uyaina. Aksi Ikhwanul membuatkan wajah Uyaina menjadi semakin merah.

"Datang la banyak mana sekali pun jenis lelaki, tak kisah mereka hebat dalam memikat hati wanita sekali pun, pada akhirnya awak akan tetap pilih saya."

"Jangan yakin sangat." cepat sahaja Uyaina membalas dengan dingin.

Sekali lagi, Ikhwanul meletuskan ketawa yang agak sinis. Setelah beberapa minit, dia memanah pandangan yang serious pada Uyaina membuatkan gadis itu berdahak. Tangan Uyaina digenggam nya gugup.

"Ke---kenapa awak yakin yang saya akan pilih awak walau bagaimana cara sekalipun?"

Ikhwanul mendiamkan diri dan hanya meneruskan pandangan cinta pada bola mata Uyaina. Ikhwanul tersenyum manis. Dia menarik nafas lalu membongkokkan badannya pada paras ketinggian Uyaina. Dia menghalakan diri untuk berbisik pada telinga kanan Uyaina.

"Dari luaran pun dah nampak Nas..."

"Na--nampak? nampak apa?!"

"That you're deeply in love with me, sayang"

[KLAPS!]

Matanya terkebil-kebil apabila tangan Ikhwanul mengawang di hadapan wajahnya. Dia menoleh pada suaminya dan membutang polos. Dia melihat sekeliling dan tersedar, oh lupa... kami kan dah rancang nak keluar.

"Sayang fikir apa tu sampai kita panggil awak tiga kali pun awak tak sedar?"

Uyaina tidak membalas soalan tersebut. Dia hanya kembali merenung wajah suaminya pula. Hairan Ikhwanul melihat keadaan isterinya yang agak aneh. Uyaina berdehem lalu menggosokkan telapak tangannya pada belakang leher.

"Awak kata apa tadi? Saya tak dengar..."

"Ini kita nak tanya... patut ke kita beli bekas aluminium untuk buat bread butter pudding?"

"Kalau awak nak makan, beli la. Kalau tak... tak payah"

Balasan Uyaina yang dingin itu membuatkan Ikhwanul agak kecewa. Namun, Ikhwanul tetap tersenyum tawar. Dia mengangguk kepala lalu meletakkan bekas aluminium pada tempat asal. Ngomelan daripada Ikhwanul membuatkan Uyaina memandangnya.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now