BAB 16

165 11 0
                                    

Hari yang paling dinanti-nantikan kian tiba. Gadis berpurdah itu menapak perlahan ke hadapan. Tidak sangka Kaabah yang hanya dilihat daripada gambaran kini menjadi kenyataan. Kelopak matanya tiba-tiba dibajiri air mata.

Beberapa saat kemudian, Uyaina disapa Ikhwanul melalui belakang. Uyaina menoleh ke arah Ikhwanul yang sudah tersenyum tenang. Dengan lembut Ikhwanul mengelus lengan Uyaina.

"Finally... I did it cinta. Saya akhirnya jejak ke tanah suci ni,"

Ikhwanul mengangguk setuju. Dia memberi ruang kepada Uyaina yang masih lagi sebak. Walaupun sudah hari kelima mereka berada di tanah suci, Uyaina pasti berasa terkilan. Uyaina kini menarik nafas lalu menghembus berat.

"Layak ke seorang pendosa seperti saya bertaubat?"

"Tiada yang mustahil. Allah suka kita berlari ke arahnya. Insyaallah semua dipermudahkan, sayang."

Uyaina akhirnya menangis di sebalik purdah. Badan terasa longlai apabila memikirkan semula betapa banyaknya dosa-dosa lama. Ikhwanul hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu menganggu. Setelah beberapa minit, Uyaina menoleh ke arah Ikhwanul.

"Terima kasih sebab dah bawa saya sampai ke sini Ikhwanul."

"Terima kasih dekat Allah sebab dah pinjamkan saya untuk awak."

Uyaina mengangguk serta tersenyum. Kedua-dua tangan Uyaina digenggam halus. Ikhwanul menarik nafas lalu menghela lembut.

"Saya pun seorang pendosa yang masih mencari jalan. Saya pun kadang leka terjatuh."

Uyaina merenung iris hazel Ikhwanul. Ikhwanul mulai terasa sebak namun dia tetap cuba untuk kuat. Ikhwanul tersenyum tipis dek terkekeh kecil.

"Tapi Allah dah satukan kita dan saya yakin semuanya pasti ada sebab. Dan saya harap sebab tu dapat mendekatkan kita dengan Allah. Dapat buat Uyaina dan Ikhwanul lebih sujud kepada Allah,"

Giliran Uyaina pula terkekeh kecil. Mereka membalas senyuman tanpa berpetah kata. Hanya renungan cinta pada mata masing-masing.

"ana uhibbuki fillah, Uyaina Nasuha."

"ana uhibbuka fillah, Ikhwanul Al-Fattah,"

Sudah beribu kali aku mencari ketenangan,
Rupanya ketenangan itu datang dari sujudnya kepada Tuhan. — Uyaina Nasuha

Hidayah itu perlu dicari bukan tunggu. Jikalau engkau bersungguh, maka engkau akan rasa manisnya kehidupan.

Semoga kita sentiasa dalam bimbingan,
Semoga juga kita berada dalam lindungan, Ampunkan hamba-hamba mu ini,
Ya Tuhan... — Ikhwanul Al-Fattah

-

Selesai sahaja daripada menikmati senja di Masjid Nabawi, mereka pulang ke hotel. Mereka membersihkan diri kemudian menikmati masa-masa lapang.

Larut malam tiba, Uyaina sepatutnya membuat aktiviti 'skincare' di dalam tandas. Semasa berada di dalam tandas, tepat sahaja waktu untuk menempel pelembap muka, tiba-tiba perut dan bahagian rahimnya sakit.

Sakitnya amat mencengkam pada badan. Pedih dan perit. Sakit itu kemudian terasa di kawasan hulu hati. Waktu itu, Uyaina terasa longlai. Sesak dadanya sehingga mahu menggapai tangan Ikhwanul.

"Allahu Akbar... " bisik hatinya

Seketika kemudian, sakit itu hilang dengan serta merta. Kini, dia boleh bernafas seperti biasa. Uyaina bangun dan menghadap dirinya ke arah cermin. Wajahnya terang-terangan kelihatan pucat.

"Astraghfirullah... "

Uyaina menggelengkan kepala, dia menyimpan semua peralatan 'skincare' masuk ke dalam beg kecil. Dia membasuh mukanya lalu lap menggunakan tuala kecil. Dia menarik nafas dengan sangat dalam lalu menghela dengan berat.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now