BAB 23

124 8 0
                                    

***

Surat jemputan

You, Nur Uyaina Nasuha, will you go on special date with me?

○ Yes
○ Yes

Choose and contact me after that.

Already choose? Okay!

I will see you at xxxxx place, on 24/9 okay? Saya doakan semoga hari awak dipermudahkan selalu~ Bye 👋

From :
Your handsome husband

***

Tersenyum Uyaina apabila teringat akan peristiwa minggu lepas. Hari ini, hari di mana dia bakal melaksanakan aktiviti yang tertera pada surat jemputan hahahaha. Hari ini juga ialah hari lahirnya. 24/9.

Uyaina mengelus surat jemputan tersebut kemudian secara langsung meletuskan tawa kecil. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi hon kereta daripada tingkat bawah. Uyaina terus bangun dan bersedia. Sentuhan terakhir ialah dengan memastikan purdahnya dipakai rapi.

"Okay~ ready to go!"

Uyaina membawa dirinya turun ke bawah. Dia membuka pintu hanya untuk disambut oleh Haider. Haider menundukkan hormat dan lantas membuka pintu kereta kepadanya. Uyaina tersenyum manis lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Dah sedia?" soal Haider selepas dia memakai tali pinggang

"Um!"

Haider tersenyum. Dia menoleh ke hadapan dan akhirnya beredar. Sepanjang perjalanan, Uyaina tidak lekang daripada memberi senyuman. Dia cukup angau dengan surat yang diberi Ikhwanul. Haider yang mengerling ke belakang hanya menggelengkan kepala.

Usai beberapa minit, mereka akhirnya sampai pada suatu tempat. Haider membawa Uyaina menuju ke arah satu cruise mewah yang ditempah Ikhwanul. Tergamam wajah Uyaina selangkah sahaja mereka masuk ke dalam.

"Cantiknya tempat ni Haider!"

"Of course la, Ikhwanul yang pilih kot."

Uyaina ketawa. Terlalu tergamam sehingga dia berkeliaran pada setiap sudut. Haider memeluk tubuh, dia memandang ke tingkat atas. Kelihatan Eryna memberi isyarat bahawa semuanya telah sedia. Haider mengangguk dan kembali memandang Uyaina yang khusyuk bermain.

"Nas, naik atas jom? Nas tak makan lagi kan?"

Uyaina mengangguk setuju. Dia membututi Haider dari belakang. Hanya beberapa saat, mereka akhirnya tiba di sebuah restoran. Uyaina melopong mulut sambil melihat sekeliling. Design, design dekat sini cantik sangat!

"Selamat datang Puan Uyaina. Saya pelayan awak untuk hari ini." sapa seorang pelayan perempuan

Uyaina hanya mengangguk. Dia dan Haider tersenyum suam kepada pelayan. Haider kemudian menghela nafas lembut. Dia menoleh ke arah Uyaina.

"Okay Uyaina Nasuha, saya akan mengundur sekarang. Enjoy your food~"

Haider meninggalkan Uyaina sendirian bersama pelayan tersebut. Uyaina memandang semula ke arah pelanggan yang tersenyum manis.

"Sila ikut saya, Puan."

Uyaina menelan air liur. Dia mengangguk perlahan-lahan lalu mengekori pelayan tersebut menuju ke tempat duduk. Tiba sahaja di tempat duduk, dia melabuhkan punggung pada kerusi yang ditarik. Pelayan tersebut menuang air kosong sejuk pada gelas Uyaina.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now