BAB 27

142 9 0
                                    

Malam yang cukup bermakna kepada pasangan suami isteri tersebut. Mereka tidur dengan sangat nyenyak. Bermaksud, ini ialah pengakhiran yang gembira?

Tidak. Ujian itu diturunkan untuk orang yang kuat. Malam itu selepas berasmara, Uyaina terasa seperti mahu muntah. Dadanya turut menekan sakit. Cepat-cepat dia bangun dan bergegas masuk ke dalam tandas.

Uyaina memuntahkan beberapa cecair ke dalam sinki. Usai muntah, tiba-tiba mahu batuk. Uyaina berdahak kuat sambil menutupkan mulutnya menggunakan tisu.
Beberapa minit kemudian, Uyaina mula reda. Cumanya... dada terasa sesak untuk bernafas.

Uyaina melepaskan tisu yang menerkup mulutnya. Matanya terbutang apabila tisu tersebut dipenuhi dengan kahak yang berdarah. Uyaina kini berasa resah. Kakinya menggigil, badannya mengundur ke belakang.

BAM!

Badannya tersentuh barang mandian. Dia menoleh terkejut kerana penutup botol syampu terbuka menyebabkan isi di dalam tertumpah. Uyaina mahu membersihkan namun selangkah dia bergerak, kepalanya pening. Kepalanya sangat pening, matanya mulai kabur.

"Mhm... sayang? Sayang kat bilik air ke?" seru Ikhwanul dengan nada yang mamai

Uyaina tidak menjawab. Kepalanya sangat pening membuatkan badannya hilang kestabilan. Walaupun begitu, Uyaina sedaya-upaya mencapai sesuatu untuk membantunya bergerak.

"Sayang? Sayang dekat mana?" seru Ikhwanul lagi

Uyaina mengangkat kepala, memandang pintu bilik air yang agak jauh dengannya. Uyaina cuba melangkah perlahan-lahan bersama mata kabur.

"Ikhwan--"

Buk! Uyaina tidak boleh lagi menahan. Dia akhirnya pengsan tanpa pengetahuan Ikhwanul. Namun disebabkan bunyi yang kuat berterusan datang daripada bilik air, Ikhwanul gagahkan diri untuk bangun memeriksa.

"Sayang awak-- YA ALLAH SAYANG!"

Ikhwanul melutut, meletakkan kepala Uyaina ke atas pehanya. Serta-merta mata Ikhwanul menjadi basah. Pipi Uyaina pula dielus olehnya lembut.

"Sayang jangan buat saya macam ni! Bangun sayang, bangun!"

Panggilan daripada Ikhwanul tidak dijawab. Badan Uyaina tiba-tiba menjadi sejuk. Ikhwanul menjadi semakin risau. Tanpa melengahkan masa, dia mendukung Uyaina lalu bergegas ke hospital.

Di hospital, Ikhwanul menolong doktor serta beberapa jururawat menolak katil Uyaina masuk ke dalam wad kecemasan. Sepanjang perjalanan, Uyaina langsung tidak sedar. Ikhwanul tidak mampu berkata apa selain menangis dalam keperitan.

"Encik Ikhwanul tidak dibenarkan masuk. Sila tunggu di luar sebentar." arah doktor

Tidak sanggup untuk melihat Uyaina bersendirian, Ikhwanul akhirnya rebah ke lantai. Kepalanya terangkat melihat susuk Uyaina dan pembantu-pembantu bertugas yang lain masuk ke dalam wad kecemasan.

"Ikhwanul?"

Suara Eryna membuatkan Ikhwanul tertoleh. Ikhwanul terus berdiri menatap Eryna yang bingung kerisauan. Ikhwanul menghamburkan tangisan di hadapan rakan baik Uyaina.

"Ery.... tolong aku Ery. Tolong!"

Mata Eryna terbutang luas. Dia memandang pintu wad kecemasan kemudian memandang semula ke arah Ikhwanul yang sedang dalam tangisan. Eryna mengetap bibir sambil menggenggam tangan.

Eryna melepasi Ikhwanul dan bergegas mencari Uyaina di dalam wad kecemasan. Ikhwanul menundukkan kepala, masih meratapi akan apa yang sedang berlaku. Ikhwanul melabuhkan punggung pada bangku berhampiran, menerkup seluruh wajahnya.

(2 Jam kemudian)

Bunyi sahaja pintu bilik kecemasan dibuka, Ikhwanul terus mengangkat kepala. Ikhwanul bangun dan bergegas menghampiri doktor yang bertugas akan Uyaina.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now