BAB 26

141 10 0
                                    

Uyaina merenung gadis hamil itu lama. Cukup buat gadis hamil itu terkejut. Gadis itu tersenyum hambar. Uyaina turut membalas senyuman. Tanpa berlapis, Uyaina mempertikaikan apa yang dingomel gadis itu sebentar tadi. Gadis itu tersenyum suam, dia memandang perut besarnya lalu mengusap lembut.

"Anak yang saya kandung ni... anak luar nikah. Bapa budak ni tak nak bertanggungjawab."

Tersedak Uyaina. Tiba-tiba terasa segan. Uyaina mengalihkan pandangan lalu menunduk. Gadis itu menarik nafas lalu menghela berat.

"Saya jijik dengan diri saya. Saya rasa nak mati waktu tu tapi nasib... ada ibu bapa yang masih menyokong."

"Saya minta maaf, awak tak perlu sambung."

Gadis itu menggelengkan kepala. Dia menarik nafas sekali lagi lalu menghela lembut. Semakin lembut perut besarnya diusap.

"Semua dah ditetapkan oleh Allah. Meskipun sakit, saya redha. Nak buat macam mana? yang lepas biarlah lepas. Saya pun tak boleh paksa untuk buat bapa budak ni suka saya semula kan? Hati manusia tu Allah yang pegang. Kalau betul dia sayangkan saya, kalau betul dia akan berada di sisi saya, dia akan kembali. Setiap yang tertulis pada kita akan kembali. Oleh itu, buat sementara ni saya perlu sentiasa kuat. Saya kena kuat dan gembira untuk orang sekeliling. Saya sayangkan orang sekeliling saya tapi kalau saya memilih untuk tidak gembira, bagaimana pula orang sekeliling saya dapat bahagia? Disebabkan mereka sudah kuat dan gembira, apa kata saya membalas dengan penuh rasa cinta. Saya kelihatan lemah tapi saya tak nak baby kelihatan lemah. Sebab tu saya selalu mengumam ayat yang awak dengar sebentar tadi. Saya mahu baby tahu betapa berharganya dirinya. Ayat yang saya gumam itu juga ialah penguat semangat saya."

Kata-kata yang panjang lebar itu sungguh menusuk hati Uyaina. Uyaina terasa sebak kerana setiap kata-kata tersebut mempunyai maksud tersirat. Waktu itu, nama perempuan hamil tersebut dipanggil. Ketika itu juga, Ikhwanul tiba memegang satu plastik.

"Sorry saya lambat sayang, tadi kedai tu tak terima transfer. Jenuh saya cari mesin--"

Ikhwanul dipeluk Uyaina erat. Kepala Uyaina direhatkan pada dada sasa Ikhwanul. Uyaina tersenyum tenang. Begitu juga Ikhwanul walaupun dirinya agak keliru.

"Saya sayang awak Ikhwanul. Sayang sangat. Maafkan saya tentang semalam."

Ikhwanul meleraikan pelukan. Dia memegang kedua-dua bahu Uyaina lalu merenung iris coklat.

"Berhenti fikir pasal masa lalu. Saya masa depan awak, kita masa depan awak."

"Saya janji akan berhenti. Saya nak awak gembira. In order to do that, saya kena gembira."

Ikhwanul tersenyum lebar. Lega hatinya apabila melihat perubahan Uyaina. Ikhwanul kembali memeluk isterinya erat. Dahi licin isterinya dikucup.

...
...
...

Matanya membutang terkejut. Badannya mengeras apabila Ikhwanul membelakangi dirinya dengan dingin. Dia tidak mengalah, dia mengejar Ikhwanul sehingga ke hujung pintu.

"Cinta please!! Don't leave me, I need you!!"

Pintaan daripada Uyaina langsung tidak dihirau. Ikhwanul memejam mata, dingin. Tombol pintu disentuh namun Uyaina sempat menghalang. Silap besar. Tangan yang menghalang itu ditepis kasar. Uyaina jatuh rebah ke lantai.

"Sudah! Kau jangan halang aku lagi. Aku dah tak tahan dengan buku kita. Aku nak pergi."

"Tapi awak dah janji!"

Sekali lagi tangan yang menyentuh tombol pintu itu terhenti. Dia memandang ke arah Uyaina yang berada di lantai. Mata Ikhwanul tiba-tiba mengeluarkan air mata. Wajahnya kelihatan kecewa.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now