BAB 2

367 16 0
                                    

Panahan mata Uyaina yang tajam tepat pada jejaka jijik, Ikhsanul Al-Fatteh. Kedua-dua tangan yang dicengkam oleh jejaka tersebut, cuba dia lepaskan. Namun jejaka ini mempunyai kekuatan yang amat menggerunkan.

"EH KAU DIAM KEJAP LA PEREMPUAN!"

Sebaik sahaja menengking gadis muda itu, dia terus menggari pergelangan tangan tersebut. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya perasaan Uyaina ketika diculik oleh jejaka tidak dikenalinya itu. Perlahan-lahan mutiara putih mengalir pada pipi yang kemerahan.

Manakala Ikhsanul menggapai telefon pintarnya yang terletak di atas meja. Segera dia menghubungi seluruh ahli kumpulannya yang pernah menuntut ilmu sekali di Universiti yang sama. Selepas itu, Ikhsanul juga tidak lupa memberitahu akan info terkini di group WhatsApp. Maklumlah... bukan semua nombor dia 'save'.

"Tolong! Saya merayu! Tolong lepaskan saya,"

"Lepaskan kau? Susah payah aku kumpul tenaga, cara, untuk puaskan hati semua orang... kau boleh minta untuk aku lepaskan kau? JANGAN HARAP!"

Pipi gebu Uyaina ditampar kuat olehnya. Uyaina tidak mampu berkata apa selain menangis meminta tolong. Setelah hampir 30 minit, Ikhsanul mengeluarkan sepucung rokok. Lama sangat menunggu rakan, sempat dia berasap.

Gari yang mencengkam pergelangan tangan Uyaina dibuka untuk sementara. Ikhsanul tahu bagaimana rasa dicengkam. Dia tidak sekejam itu. Ikhsanul tidak langsung memandang Uyaina sebaliknya hanya tertumpu pada telefon pintar.

"Lepaskan saya... Kenapa awak culik saya?"

Hairan juga Uyaina. Betul, apa tujuan lelaki ini menculik dirinya sedangkan lelaki ini seperti tiada minat langsung terhadapnya. Hampir 30 minit lelaki ini bermain dengan telefon pintarnya.

Soalan Uyaina tidak terbalas. Ikhsanul hanya membiarkan gadis itu tertanya-tanya. Uyaina menghela nafas berat dan hanya merenung Ikhsanul. Lama dia merenung... entah kenapa lelaki ini kelihatan seperti seorang yang sangat baik.

Ting!

'Kau betul-betul ke buat kerja gila ni Ikhsan?'

Ikhsanul terdiam. Dia menggenggam kedua-dua tangannya. Uyaina hanya berwajah bingung, masih tertanya-tanya apa tujuan mereka datang ke dalam bangunan usang ini.

Ting!

'Kau ada masa lagi untuk bawa Uyaina keluar daripada situ. Kalau tak... aku tak ada pilihan Ikhsan'

Ikhsanul menghentakkan telefon pintarnya lalu menerkup seluruh wajah. Matanya terasa suam, nafasnya dihela berat. Uyaina turut menghela nafas berat. Seketika itu, dia sedar pintu keluar terlopong luas.

Uyaina memandang Ikhsanul yang masih menerkup wajahnya. Uyaina menelan air liur, inilah satu-satunya peluang untuk dia lepaskan diri. Dia menarik nafas lalu menghembus berat. Dia mengangguk dan bertekad untuk lari tanpa sebarang bunyi.

1....2....3....

CAKS!

Disebabkan terlalu cuai, kaki Uyaina terlanggar satu pasu bunga berhampiran dengan birai pintu. Lantas kepala Ikhsanul terangkat membuatkan Uyaina terus berlari keluar.

"WOI SINI!"

Uyaina agak pantas dan akhirnya keluar daripada bangunan. Walaupun hujan agak lebat, dia memastikan dirinya untuk bertemu setidaknya hanya sebuah kereta. Lantas dia membawa langkahnya menuju ke jalan raya berhampiran.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now