BAB 5

321 13 0
                                    

Matanya membulat memandang ke arah suaminya yang sudah mengenyit mata. Juruwang yang menyaksikan 'kemanisan' tersebut berdahak secara tiba-tiba. Juruwang lantas meminta maaf dan langsung memasukkan semua barangan dapur ke dalam plastik.

Melihat Ikhwanul yang masih angau dengan kecantikannya membuatkan dirinya mula segan. Lantas juga dia menolak dada sasa Ikhwanul lalu keluar daripada situ secepat mungkin. Ikhwanul tergelak kecil dan hanya menghulurkan kad debit kepada Juruwang untuk membayar.

Setelah selesai, Ikhwanul terus bergegas ke arah Uyaina yang sedang berpura-pura bermain telefon. Uyaina tidak sedar bahawa Ikhwanul tahu yang sebenarnya dia diperhatikan sejak tadi.

"Settle barang dapur. Now nak pergi mana?"

"Entah. Awak yang kata nak lepak. Kalau tak ada idea kita balik je la. Jimat minyak,"

Ikhwanul memuncung sambil mengangguk. Uyaina ni memang dry ke? Haih tak apa. Aku takkan mengalah. Ikhwanul terus mengangkat barang-barang dapur kemudian menuju ke bonet kereta. Uyaina membututi suaminya daripada belakang.

"Apa kata kita pergi pantai? Tengok sunset nak tak?"

Uyaina mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat jam. Dia mengangkat sebelah kening.

"Sekarang dah pukul 6. Asar dah nak habis. Saya ni memanglah tak cukup kain tapi nak tinggalkan 5 waktu tu tak sampai hati lagi eh,"

Ikhwanul terus meletuskan ketawa. Dia memegang perutnya yang senak menahan ketawa. Gelagat Ikhwanul membuatkan Uyaina tiba-tiba malu dan kemerahan. Uyain mengetap bibir sambil mengerut muka.

"Kenapa awak gelak! Saya tahu la saya hin--"

Jari telunjuk diletakkan pada bibir munggil Uyaina membuatkan gadis itu terkejut. Wajah Ikhwanul yang ketawa tiba-tiba menjadi serious. Kening Ikhwanul terangkat sebelah.

"Awak tak pernah hina Nur Uyaina Nasuha. Awak ialah wanita paling sempurna,"

"Habis tu kenapa awak ketawa?!"

Tangan Uyaina terus menepis tangan dan jari telunjuk Ikhwanul yang menyentuh bibirnya. Ikhwanul mendiamkan diri sambil tersenyum.

"Mestilah saya akan singgah masjid atau surau berdekatan sebelum ke pantai. Apa awak ingat saya ni period ke sampai nak fikir berseronok je,"

Eh... Ya tak ya.... Uyaina mula berasa segan. Dia menundukkan kepala serta menghela nafas berat. Ikhwanul menggelengkan kepala serta tersenyum suam.

"Sampai macam tu sekali tanggapan awak pada saya. Jahat sangat ya saya di mata awak? Tak apa saya faham,"

Uyaina mula berasa bersalah. Dia mengangkat kepala dan memandang wajah Ikhwanul yang mula mengendur. Ikhwanul tersenyum tawar.

"Sampai macam tu sekali awak tak nak keluar dengan saya... Tak apa. Saya faham juga Uyaina... "

"Ikhwan--"

"Tak apa. Sekarang kita nak kena gerak. Terlepas pula asar hahaha."

Ikhwanul melepasi Uyaina untuk menuju pada tempat pemandu. Agaknya kali ini... suami ku Ikhwanul betul-betul terasa akan perbuatan dan layanan ku terhadapnya. Mengapa aku tebak begini? Aku tebak begini kerana sebelumnya Ikhwanul akan membukakan pintu kepada ku. Kali ini, dia hanya membiarkan aku buka sendiri...

"Awak termenung apa lagi tu? Jom. Kita dah lambat ni,"

Uyaina cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Dia memasang tali pinggang sambil mengerling pada Ikhwanul. Ya, dia pasti sedih dengan aku. Sebelum ni juga... dia selalu renung aku tapi kali ini dia tidak mengendahkan kehadiran aku.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now