BAB 28

158 11 0
                                    

Rutin biasa, hari yang biasa, Ikhsanul masih merenung siling yang begitu suram di dalam penjara. Dia mengerling pada luar biliknya, banduan-banduan lain kelihatan gembira bermain bersama. Dia menghela nafas, berharap dia merasai kegembiraan itu semula.

"23465, awak ada pelawat." sapa polis bertugas

Ikhsanul bangun lalu mengekori polis tersebut menuju ke bilik pertemuan. Ikhsanul menundukkan kepala ke bawah, segan. Walaupun sudah berbulan dirinya berada di dalam lokap, dia masih segan terhadap Rahman. Dia malu akan sikap lalunya.

Kali ini, dia pasti Rahman melawatnya. Rahman sering melawatnya untuk bertanya khabar. Kadang-kadang, Rahman membekalkan sedikit makanan. Andai waktu boleh berulang, Ikhsanul tidak mahu membuat pinjaman dengan Zarhuddin.

"Aku pasti dapat hidup dengan bahagia bersama-sama ayah." bisik hatinya perlahan

Maafkan Ikhsan, ayah. Ikhsan buat semua benda ni bersebab. Ikhsan nak keluarga kita bahagia. Ikhsan nak memenuhi impian semua orang yang Ikhsan sayang.

"Assalamualaikum aya--"

Kakinya terhenti apabila dia memasuki bilik pertemuan tersebut. Matanya membutang, itu bukan ayah namun sebaliknya--

"Ikhsanul Al-Fatteh, it's been a long time right?"

Meremang badan Ikhsanul sebaik sahaja susuk Zarhuddin ditemani Hayes di sebelah menegurnya. Air liur Ikhsanul menjadi kelu. Dia turut mengundur selangkah ke belakang. Takut.

Zarhuddin masih mendiamkan diri. Dia hanya merenung maut pada Ikhsanul. Beberapa minit kemudian, senyuman sinis terukir. Zarhuddin bangun dan menghampiri Ikhsanul perlahan-lahan.

"Aku tak sangka... Ikhsanul yang begitu yakin akhirnya langgar peraturan AZ Empire."

"Kau buat apa kat sini?! Mana ayah dan adik aku!!"

Zarhuddin terhenti. Dia menundukkan ke bawah lalu tergelak sinis. Kepalanya kembali terangkat, memandang Ikhsanul yang ketakutan.

"Sayang juga kau dengan keluarga kau. Tak apa, jangan risau. Aku tak buat apa-apa lagi pun sebab surat perjanjian kita masih tidak jatuh ke tangan polis. Kan aku kata, sekali jatuh semua lenyap. Aku ni masih berpegang pada janji."

Ikhsanul mengetap gigi. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Ikhsanul menoleh ke belakang, melihat keadaan polis-polis di sekeliling. Nampaknya, mereka ini semua sudah dibayar. Ikhsanul kembali menatap Zarhuddin dengan maut.

"Aku datang ni nak bagitahu, ada orang lain yang berminat dengan Uyaina. Bayaran yang diberi sangat tinggi, bagi manfaat pada aku."

Ikhsanul membutangkan mata. Adakah ini bermakna Zarhuddin mahu menuntut Uyaina kembali? Tidak! Walaupun aku sedikit pun tidak kisah akan gadis itu namun, aku tidak lupa. Dia milik Ikhwanul. Dia milik adik aku!

"Aku tahu kau sayangkan dia Wan, aku akan cuba pertahankan dia," bisik hatinya tekad

Ikhsanul menjongketkan kening. Melihat setiap pergerakan Zarhuddin yang begitu selamba.

"Aku ubah fikiran, aku nak tuntut anak aku semula. Aku perlu bagi Uyaina pada pelabur kaya tersebut."

"Uyaina tak ada. Dia lari."

Zarhuddin terdiam. Lama dia merenung Ikhsanul yang tersenyum sinis. Zarhuddin kemudian menunduk sayu. Tiba-tiba sahaja lelaki itu meletuskan tawa besar. Ikhsanul tercengang, bingung.

"Kau tak payah nak tipu aku Ikhsanul. Baru beberapa hari lepas... adik kau call aku."

Pandangan Ikhsanul berubah risau. Kenapa Wan tiba-tiba menghubungi Zarhuddin? Apa yang sudah berlaku?! Genggaman tangan Ikhsanul menjadi semakin erat.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now