'Sudut Pandangan' Sementara

4.2K 267 7
                                    

Sudut Pandangan Hanie

Aku berjalan-jalan di dalam kelas bagi mencari pensel kesayanganku yang hilang sejak dua minit yang lepas. Ke mana ya pensel itu pergi agaknya?

"Nah." Ucap seseorang sambil menghulurkan sebatang pensel bewarna ungu cair bercorakkan bunga.

Aku mengangkat kepala. Kelihatan Ahnaf tersenyum ke arahku.

"Oh, awak ke? Okey, thank you." Ujarku, acuh tak acuh. Seraya itu, aku menyambut huluran Ahnaf.

Terdengar siulan-siulan daripada para lelaki dan jeritan daripada para gadis. Apa jadi?

"Wah, mentang-mentang tiada cikgu di dalam kelas, kalian bermesra pula ya?" Ucap seorang gadis bernama Aida. Dia tersenyum-senyum.

Aku menggeleng laju. "Astaghfirullahalazim... Awak fikir saya ni siapa? Saya tak ada masa nak berbuat perkara yang sebegitu." Tukasku, geram.

Satu cahaya yang terang mengganggu penglihatan aku secara tiba-tiba. Apa benda tu?

•••••

Sudut Pandangan Aineen

Aku ketawa gembira tatkala terlihat masa hadapan milik rakan kelasku, Amiyrah yang cerah sekali.

Sedang aku mengelamun jauh, seorang jejaka berdiri di sebelahku. "Aineen." Panggilnya.

"Ya?" Aku menoleh ke arah Fazli.

Fazli mendiamkan diri, lama. Kemudian, wajahnya kelihatan merah.

"Maya? Ish, awak ni.. Jangan tanya saya. Dia kan kat kelas sebelah sana. Tanya saya pula." Balasku secara tiba-tiba. Aku dapat merasakan bahawa dia sedang mencari Maya.

Fazli menepuk dahinya. "Eh, ha'ahlah. Saya lupa." Ucapnya, malu. Dia melarikan diri dari mejaku.

Secara tiba-tiba, satu pancaran cahaya yang sangat terang memancar ke setiap tempat. Kenapa ni?

•••••

Sudut Pandangan Niysa

"Eh?" Itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Makhluk itu memandang wajahku. Dia berkata dengan serius. "Ya betul. Nanti akan ada masalah yang datang ke akademi ini."

Aku ketawa perlahan. "Kenapa pula? Akademi ini terlindung dek kubah pelindung yang telah dicipta oleh ustaz-ustaz kita terdahulu." Hujahku kepadanya.

"Kau ni, tak percaya apa yang aku cakap. Sedangkan aku yang makhluk halus ni pun boleh masuk." Katanya.

"Kau tu makhluk yang kecil. Bolehlah terlepas. Cuba pontianak ke pocong ke, tak ada pun kan?" Balasku. Sedangkan dahulu aku pernah dikejar dengan pocong di kantin akademi ini.

Hameezah menghampiri mejaku. "Niysa, awak bercakap dengan siapa?"

Aku tersenyum sambil menampakkan gigi. "Dengan sesuatu yang... Awak tahu, kan."

Hameezah mengangguk laju lalu beredar. Aku menghela nafas lega.

Tiba-tiba...

"Eh, eh? Cahaya apa tu? Terangnya!"

•••••

Sudut Pandangan Aisyah

"Hmm... Apa saya nak buat?" Soalku kepada diriku sendiri. Dalam masa yang sama, aku tersentuh tangan Arissa.

Kemudian, aku terkejut. "Arissa! Apa awak buat tadi?"

Arissa menoleh ke arahku dengan wajah yang sukar ditafsirkan. "Apa aku dah buat?"

Aku hanya mendiamkan diri lalu mengetuk kepalaku berkali-kali.

Arissa ketawa. "Naluri aku mengatakan yang kau ternampak ada seorang pakcik yang membuat wajah pelik sedang tersenyum ke arah kau. Kan? Benda tu terjadi semalam kat aku." Jelasnya.

Aku mengeluh perlahan lalu mengangguk kecil. Kemudian, terdapat satu cahaya terang menerangi akademi.

•••••

Sudut Pandangan Yazmin

Aku hanya merenung papan putih tanpa menulis apa-apa pada buku. Sejak kebelakangan ini, hari menjadi semakin bosan.

"Janganlah sedih-sedih. Baru empat bulan kita masuk sekolah ni semula." Maya berkata sambil menepuk bahuku.

Aku mencebik. "Bosan betul masuk tingkatan tiga. Rasa macam dah tua." Balasku.

"Yazmin dan Maya, salin cepat apa yang ada dekat papan putih. Saya nak padam sekejap lagi." Tegur Ustazah Hasyimah.

Aku dan Maya terdiam. Terus sahaja tangan kami menyalin.

Tak lama kemudian, satu pancaran cahaya yang bersinar kelihatan.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now