Bab 12

2.1K 219 13
                                    

Malam itu, mereka semua ditempatkan di sebuah dewan yang dinamakan 'Dewan Askara' yang mana dewan tersebut terletak jauh sedikit dari akademi. Dewan tersebut dibina bagi memudahkan penghuni akademi melarikan diri jika ada kecemasan seperti kebakaran.

Terdapat ramai pelajar yang sedang melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang sudah lena, ada yang berbual kosong, ada yang berceramah, ada yang menyiapkan kerja sekolah dan ada juga yang membaca Al-Quran. Para guru pula berkumpul di dalam sebuah bilik mesyuarat yang besar yang berada di hujung dewan. Kelihatan lima orang gadis sedang membentuk satu bulatan di suatu sudut.

"Yazmin, awak rasa patut ke kita ikut cadangan si gadis kecil tu?" Soal Hanie sambil menongkat dagu kerana kebosanan.

Yazmin yang sedang mengunyah biskut menoleh ke arah Hanie. "Gadis kecil? Oh, maksud awak Damiya?" Soalnya. Hanie menganggukkan kepala.

"Kenapa awak tanya?" Soal Yazmin lagi.

Aineen menepuk dahinya. "Awak ni, awak sepatutnya mengambil tugas sebagai seorang pengintip. Bacalah fikiran pelajar perempuan tadi tu." Katanya, pasrah.

Yazmin mencebik kemudian berkata. "Saya tak suka."

"Haih, itu sajalah yang akan awak kata." Keluh Niysa. Dia meletakkan buku tulisnya ke atas pehanya.

Aisyah mengimbas semula kejadian tadi. Dia berdiam diri buat beberapa ketika.

........

"Saya ada cadangan."

"Apa cadangan kamu?" Soal Cikgu Fazleenda. "Lagi satu, siapa kamu?" Soal cikgu itu lagi.

Gadis itu tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih. "Nama saya Damiya. Cadangan saya... Apa kata kita bawa akak-akak ni pergi bilik tersorok yang ada buku ajaib tu? Sebab, isi kandungannya tidak pernah pula dibaca oleh orang. Tahu-tahu je dah terbuka." Cadangnya. Mereka semua yang berada di situ ternganga.

Aisyah memandang gadis itu dengan penuh curiga. "Bagaimana kamu tahu?" Aisyah menyoal.

Gadis itu ketawa kecil. "Itu bukan masalahnya. Sekarang ni, kita fokus dulu macam mana nak bina semula kubah pelindung tu." Katanya dengan mesra. Tangannya sentiasa bergerak-gerak kerana teruja.

Tuan Ramli serta Cikgu Fazleenda seperti berfikir-fikir. Aineen, Yazmin, Hanie dan Niysa pula sedang berbincang sesama sendiri.

"Aku tak boleh lihat masa lampau dia." Gumam Aisyah perlahan dengan geram.

........  

Aisyah melihat sahabat-sahabatnya seorang demi seorang. Pelik, boleh pula dia lihat masa lampau mereka.

"Ini mesti sama kes dengan Zulhelmi." Bisiknya sambil memegang kepala. Dia pening.

Yazmin menepuk bahu Aisyah dengan kuat. "Adakah anda masih bernyawa?" Soalnya.

"Ya, saya masih bernyawa." Balas Aisyah yang juga mengikut rentak Yazmin.

Seorang pelajar lelaki menghampiri mereka berlima. "Assalamualaikum." Salam diberikan olehnya.

"Waalaikumussalam." Jawab mereka berlima serentak. Masing-masing tertanya-tanya akan kehadiran pelajar itu.

"Maaf menganggu tapi, ustazah minta kamu semua untuk tidur. Jangan bising-bising lagi." Tutur pelajar lelaki tersebut dengan sopan.

"Kami bising ya?" Soal Yazmin.

"Ya." Balas lelaki itu.

"Mana ada bising."

"Ada."

"Tak adalah."

"Adalah."

"Entah-entah awak yang bising."

"Kalianlah yang bising!" Suara pelajar lelaki tersebut bergema di seluruh ruang dewan. Tempat mereka menjadi tumpuan ramai.

Kedengaran suara seorang guru menegur dari jauh. "Farhan, perlahankan suara awak. Awak yang bising sekarang ni."

Pelajar lelaki yang bernama Farhan itu menahan malu dengan menutup wajahnya menggunakan songkok. Sebagai ketua pengawas, dia berasa amat malu.

Dia menjeling Yazmin. "I'll get you someday." Ujarnya sebelum berlalu pergi.

Tanpa memandang pelajar lelaki itu, Yazmin menjerlirkan lidah. "We'll see."

Aisyah dan Aineen saling berpandangan lalu tersenyum bersama sambil menjongketkan kening mereka berkali-kali. Niysa hanya ketawa kecil setelah melihat pemergian pelajar lelaki itu. Hanie pula tersenyum. Satu tali yang bewarna merah melintasi gadis kecil itu.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now