Bab 2

2.6K 238 0
                                    

Pintu dikuak lalu dihempas kuat. Kelima-lima gadis itu berlari masuk ke dalam bilik ketua pelajar.

"Ketua pelajar!" Jerit Aisyah. Dia menerpa ke arah seorang gadis.

Hanie merenung Aisyah. "Aisyah, itu bukan ketua pelajar. Itu penolong ketua pelajar. Kan nampak dia tu perempuan." Ujarnya tiba-tiba.

Aisyah membantu gadis itu untuk berdiri. "Ya, saya tahu. Tiba-tiba je saya tercakap tadi."

Keadaan menjadi tenang. Mereka semua duduk di atas kerusi yang berada di dalam bilik tersebut.

"Penolong ketua pelajar, apa jadi tadi?" Soal Yazmin lalu mengambil tempat di sebelah penolong ketua pelajar.

Penolong ketua pelajar itu menoleh ke arah Yazmin. Dia tersenyum. "Panggil sahaja saya Kak Irda. Nama penuh saya Irdawati." Balasnya.

Niysa mendekati Irdawati. "Apa jadi kak? Mana ketua pelajar?"

"Bukan apa, saya terlihat sesuatu memasuki bilik ini sambil melompat. Saya pun terlanggarlah pasu bunga yang ada dekat tingkap tu." Jawab Irdawati dengan tangan yang menggeletar kerana ketakutan.

Gadis-gadis itu menarik nafas bising. Tidak sangka pula makhluk-makhluk tersebut sudah mula bertindak.

Tap, tap, tap!

Kedengaran derapan kaki seseorang yang sedang berlari dan menuju ke arah bilik ketua pelajar. Mereka semua menoleh ke arah pintu.

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan seorang jejaka sedang berdiri di muka pintu dengan nafas yang turun naik. Dia membuka mulut.

"Irda! Izzat dah hilang dan kini terdapat dua orang pelajar perempuan dah hilang!"

Semua membatu di tempat duduk masing-masing.

Aineen berdiri dengan drastik. "Kita kena selesaikan hal ini secepat mungkin." Ujarnya lantang dengan tangan yang diangkat ke udara.

Hanie pula berdiri. Wajah tidak puas hati ditayangkan. "Tak boleh! Bagaimana kita hendak selesaikan hal ini sedangkan ketua pelajar kita, abang Izzat telah hilang?" Tukasnya, laju.

Aisyah mengangkat punggung lalu berdiri dengan tegak. "Kalau tak cuba, macam mana nak tahu?" Potongnya.

"Betul! Kita kena cuba!" Yazmin menjerit tiba-tiba.

Niysa memberikan arahan kepada sahabat-sahabatnya. "Oleh itu, kita semua kena bertindak sekarang!"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now