Bab 29

2K 184 6
                                    

Maya, Umi dan Syahirah memandang lima orang gadis yang terbaring lesu di hadapan mereka itu. Wajah mereka yang pucat amat jelas kelihatan. Sudah lima hari mereka tidak menyedarkan diri.

"Ya Allah, selamatkanlah mereka." Itu sahaja doa yang mampu mereka ungkapkan setiap kali menjenguk Aineen, Hanie, Aisyah, Niysa dan Yazmin di hospital.

Pada setiap malam pula, Ahnaf sentiasa bermunajat kepada Allah agar diperkenankan doanya. Fazli pula sentiasa berteleku di lantai biliknya sambil berzikir kepada Allah pada setiap petang kerana waktu itu, dia bebas daripada melakukan apa-apa.

Para guru pula sering berasa kurang semangat untuk mengajar kerana perlindungan  yang diberikan kepada mereka ini bukanlah daripada mereka namun, daripada anak-anak murid mereka yang sepatutnya dilindungi.

*****

Tuan Ramli mundar-mandir di dalam pejabatnya. Ibu bapa gadis-gadis itu telah dihubungi olehnya. Sangkanya, ibu bapa mereka akan menengking kerana dia tidak menjaga anak mereka dengan sehabis baik, tetapi sangkaannya meleset apabila ibu bapa mereka kedengaran tenang. Mereka tahu bahawa gadis-gadis itu telah berkorban ke arah yang benar dan Allah menjadikan mereka perantara untuk semuanya.

"MasyaAllah." Ucap Tuan Ramli, terharu. Sudah berapa kali dia mengalirkan air mata tatkala teringat akan gadis-gadis itu.

Dia mencapai jaketnya lalu mula melangkah keluar. Seraya itu, dia memanggil Cikgu Hanaz, Ustazah Maisarah dan Cikgu Fazleenda bagi menemaninya. 

*****

Setiap hari, pasti ada pelajar yang akan menziarahi Hanie, Aineen, Niysa, Aisyah dan Yazmin. Kadangkala, ada juga yang membawa buah tangan seperti buah-buahan dan manisan. Pada suatu ketika, hampir seorang pun tidak menziarahi mereka kerana sibuk akan peperiksaan yang bakal menjelang.

Kini, sudah hampir sebulan gadis-gadis itu tidak sedarkan diri. Tuan Ramli sering bertanya kepada doktor atau jururawat tentang keadaan anak-anak muridnya. Mereka memberitahu bahawa keadaan mereka tidak parah cuma badan mereka seperti terlalu lemah dan otot-otot mereka masih tidak boleh digerakkan. 

"Mungkin, mereka boleh mendengar apa yang kalian katakan namun, kekuatan otot untuk membuka mata mereka masih belum boleh dikawal. Jangan risau, dengan kuasaNya, mereka akan pulih jika tuan dan para pelajar sering berdoa kepada Allah yang Maha Esa." Pesan doktor yang kacak itu. Tuan Ramli serta guru-guru yang berada di belakangnya mengangguk perlahan.

Kesemua guru yang berada di situ saling berpandangan lalu mengangguk serentak.

"Baiklah, pada malam ini akan kita adakan solat hajat beramai-ramai untuk anak-anak murid yang telah menyelamatkan sekolah kita. InysaAllah, dengan doa kita, mereka akan sedar dan dapat belajar seperti sedia kala. Baiklah semua guru, jangan lupa beritahu para pelajar yang lain."

"Baiklah!"

~Tamat~

Cop, cop, cop. Jangan marah. Nanti saya tambahlah cerita-cerita mini nanti.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now