Bab 20

1.9K 183 16
                                    

Aineen, Aisyah, Yazmin dan Niysa berpisah dan berjalan di setiap lorong sekolah yang telah ditetapkan untuk masing-masing. Mereka tidak membawa lampu suluh dan bersedia walau apa pun yang akan terjadi. Pakaian mereka yang serba hitam pada malam itu membuatkan mereka tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

"Saya takutlah.." Gumam Aineen. Tangannya terketar-ketar apabila dia melangkah ke koridor tingkat dua. Cahaya bulan yang samar-samar hanya mampu memberikan pertolongan yang sedikit kepada mereka berempat.

Yazmin yang terdengar suara Aineen melalui alat komunikasinya, berkata. "Ya, saya pun takut juga. Tapi tidak mengapa, Allah itu ada. Awak doa banyak-banyak." Aineen yang berada di hujung talian mengangguk perlahan walaupun dia tahu perbuatannya itu tidak dapat dilihat oleh Yazmin.

Keadaan kembali sunyi. Selepas beberapa minit, kedengaran suara jeritan Aisyah yang bergema di dalam bangunan. Aineen, Niysa dan Yazmin sudah mula berjaga-jaga.

"Nampaknya, Aisyah sudah ditangkap. Sedia semua." Ucap Niysa pada alat komunikasi. Kemudian, mereka menyambung perjalanan masing-masing.

"Ahh!" Jeritan Yazmin pula kedengaran.

Aineen menarik nafas bising kemudian berkata kepada Niysa. "Yazmin pun sudah ditangkap."

"Hei, saya belum tertangkaplah. Saya ternampak cicak sahaja tadi." Balas Yazmin di hujung talian. Selepas itu, dia dimarahi oleh Niysa dan Aineen.

Suasana yang gelap itu mengundang rasa takut pada hati Aineen. Dia berhenti berjalan lalu menyandarkan dirinya pada pagar koridor. Matanya meliar bagi melihat keadaan koridor yang gelap gelita serta sunyi itu.

"Kalian, saya terlihat sesuatu yang bewarna putih sedang bertenggek pada pagar koridor di blok D." Beritahu Yazmin dengan suara yang pura-pura ketakutan.

Aineen terkedu lalu memerhatikan segenap ruang. Dia berasa geram lalu bersuara. "Yazmin, itu pantulan cahaya bulan ke baju saya. Baju saya kan kain licin!"

"Oh, yakah? Maafkan saya, Aineen. Niysa awak okey? Hello? Hello?" Kata Yazmin yang mula kerisauan. "Saya rasa Niysa sudah diambil. Senyap sahaja." Sambungnya lagi.

"Tidak mengapa, kita teruskan perjalanan." Jawab Aineen perlahan.

Mereka berdua memulakan langkah lalu bersiar-siar di sekeliling bangunan sekolah. Derapan tapak kaki yang didengari oleh mereka menyebabkan langkah mereka semakin laju. Akibat tidak memandang ke hadapan, mereka berdua berlanggaran antara satu sama lain.

Aineen membuka matanya setelah mendapat impak yang kuat pada kepalanya. Kelihatan Yazmin sedang menggosok kepalanya yang berdenyut.

"Hey, mengapa awak ada di bangunan saya?" Tegur Aineen.

Yazmin ketawa kecil. "Maafkan saya, saya ke tandas sebentar tadi." Pohonnya.

Aineen mencebik lalu mereka berdua ketawa bersama. Selepas beberapa minit, mereka akhirnya terdiam setelah terlihat sesuatu yang berada di luar jangkaan.

"Yazmin..." Aineen bersuara.

"Aineen..." Yazmin pula bersuara.

"Apa benda dekat belakang awak tu?" Soal mereka berdua, serentak.

Belum sempat soalan dijawab, pandangan mereka menjadi gelap gelita.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now