Bab 4

2.6K 226 16
                                    

Maya, Hana, Hanani, Umi dan Syahirah keluar dari dewan tanpa diketahui sesiapa. Mereka berjalan keluar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, niat untuk membantu kelima-lima gadis itu terbantut tatkala terlihat sesuatu yang sepatutnya ghaib.

"Aaah!!" Mereka semua menjerit lalu berlari ke dalam dewan semula. Jeritan mereka tidak kedengaran kerana telah ditenggelami suara-suara pelajar yang berbual.

Hana memukul bahu Hanani. "Awak punya pasal lah ni. Tengok, kan dah kena kacau." Marahnya.

Hanani menayangkan wajah blur. "Hello, kita semua keluar sebab akak Maya yang ajak untuk tolong akak-akak tu. Kenapa awak salahkan saya?"

"Saya keluar sebab awak keluar." Balas Hana, selamba.

Di suatu sudut, Maya yang sedang memeluk lutut jelas kelihatan. Umi dan Syahirah mendekati Maya.

"Maya, awak okey? Tak jadi ke nak tolong gadis berlima tu?" Tanya Umi. Dia memegang bahu Maya yang menggigil kerana ketakutan.

Maya menoleh ke arah Umi dengan perlahan-lahan. Wajahnya tak ubah seperti mayat hidup. Namun, senyuman masih juga cuba untuk dipamerkan.

"Tak apa. Saya okey." Jawabnya.

Umi dan Syahirah berdiri. "Baguslah tu... Baiklah, kami pergi dulu, ya. Kami nak pergi jumpa kawan sekejap."

Maya membalas dengan anggukan. Selepas Umi dan Syahirah berlalu pergi, dia kembali mendiamkan diri.

•••••

Malam itu, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari dorm selepas pukul sembilan malam dan hanya dibenarkan keluar selepas pukul lima pagi.

"Aku nak kencing!" Suara seseorang bergema di dalam dorm.

"Mana boleh keluar. Tidurlah dulu!" Jawab satu suara lagi.

Hana dan Hanani menutup telinga mereka dengan bantal. Nak pergi tandas pun kena jerit-jerit.

"Saya suka penghuni dorm kita yang dulu. Yang sekarang ni kecoh dan bising." Rungut Hana, perlahan.

Hanani mengiring ke arah kembarnya itu kemudian mengangguk. "Yalah, itu dulu. Mestilah kita ditempatkan bersama Kak Maya, Kak Umi dan Kak Syahirah sebab kita baru masuk. Kini, kita ditempatkan dengan orang yang sama umur dengan kita." Jelasnya.

Hana mencebik. Dia menutup telinganya menggunakan bantal. "Ish! Bisinglah!" Gumamnya.

Hihihihi...

(Adoi, dahlah aku tulis benda ni pukul tiga pagi..) -Author

Satu suara kedengaran di hujung dorm. Dorm menjadi senyap. Rintihan ketakutan oleh penghuni dorm mula kedengaran.

Hana seperti hendak ketawa. 'Padan muka. Kan dah kena kacau.'

•••••

Maya berkelubung di dalam selimutnya. Dorm yang gelap membuatkan dia menggigil ketakutan. Secara tiba-tiba, terdapat satu sentuhan di bahunya.

"Eek!!" Maya terjerit. Dia menutup wajahnya menggunakan bantal.

"Maya? Awak okey?" Soal satu suara. Dia membuka tutupan wajah. Rupa-rupanya Ameerah yang menepuk bahunya itu.

Maya bangkit dari perbaringan. Ameerah pula duduk disebelahnya.

"Terkejut saya tau!" Tegur Maya, geram. "Jangan buat lagi tau!" Sambungnya lagi.

Ameerah hanya menganggukkan kepala sambil menayangkan sengihan. Kemudian, dia berkata. "Kalau awak takut, boleh tidur dengan saya. Katil saya selesa sikit sebab dia macam besar sedikit daripada katil yang lain."

Maya tersenyum senang. "Baiklah! Terima kasih!" Ucapnya.

•••••

"Ahnaf... Oh, Ahnaf."

Ahnaf bangkit lalu menoleh ke katil sebelahnya. Kelihatan Fazli sedang duduk sambil merenung ke arahnya.

"Apa awak nak, ha?!" Marah Ahnaf. Sudahlah dia mengantuk, diganggu pula malam-malam begini.

Fazli berpeluk tubuh. "Saya tak boleh tidurlah..." Rengeknya.

Ahnaf menghela nafas berat. "Habis tu nak saya buat apa? Dodoikan awak?" Dia memberi cadangan.

Fazli menggeleng dengan wajah yang merah. "What the... No! Itu adalah perkara yang sangat memalukan!" Marahnya.

"Dah tahu tu, tidur!" Marah Ahnaf semula lalu menyelimuti dirinya dengan selimut.

Fazli mengeluh perlahan.

•••••

Hanif hanya baring dengan mata yang merenung ke syiling. Dia tidak tidur kerana suara kedua-dua kembarnya itu berada di dalam kepalanya.

"Kalian ini senyaplah!!" Jeritnya tiba-tiba. Suaranya memecah kesunyian.

Seluruh penghuni dorm terjaga lalu mencari pemilik suara tersebut.

"Siapa tu?" Serentak empat orang jejaka yang terbangun itu menyoal. Hanif hanya mendiamkan diri lalu berpura-pura tidur.

•••••

Lampu di bilik kelima-lima gadis itu masih terpasang dan bilik mereka masih terang benderang.

"Apa rancangan kita?" Soal Yazmin sambil duduk bersila di atas lantai. Dia melihat sahaja gelagat sahabat-sahabatnya.

"Cari orang yang hilangkan pelindung tulah!" Ucap Aisyah sambil berjalan ke hulu dan ke hilir.

Hanie meletakkan novelnya ke tepi. "Bukan hilangkan lah... Ia cuma terbuka sahaja." Tukasnya.

Aisyah hanya mengeluh perlahan. "Yelah-yelah..."

Aineen duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja belajar. Dia berasa pelik kerana sedari tadi Niysa tidak bersuara.

Belum sempat dia menyoal, ketiga-tiga sahabatnya itu juga tersedar.

"Eh, mana Niysa?"

Nisa keluar dari tandas. "Saya pergi tandas tadi."

Sahabat-sahabatnya menoleh lalu menghela nafas lega. Sangka mereka, Niysa sudah hilang dari radar sebentar tadi.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now