Bab 22

1.7K 180 4
                                    

"Hanie, awak okey?" Soal Aineen tergesa-gesa.

Hanie ketawa kecil. "Saya okey. Cuma, saya rasa saya dah kurus sebab kebuluran."

"Tak apa, malam ni juga kami akan keluarkan awak. Bukan awak je, semua yang sudah diculik." Balas Niysa pula.

*****

Fazli tekun menekan papan kekunci. Dia masih cuba mencari jalan bagi mengeluarkan insan-insan yang telah diculik. Mengikut maklumatnya, terdapat 250 orang pelajar di tempat tersebut.

Di sebelah Fazli, kelihatan Ahnaf sudah tersengguk-sengguk. Dia sering kali merengus kerana pada waktu ini, dia sudah enak dibuai mimpi.

Maya pula duduk termenung di atas batu. Dia menongkat dagunya dengan tangannya sambil merenung ke kawasan sekolah yang hitam pekat.

Umi dan Syahirah duduk bersebelahan. Tidak lama kemudian, mereka berdua terlihat satu lembaga sedang berjalan ke arah mereka.

"Kalian, itu bukan ke.... Hantu?" Tanya Umi yang cuba beriak tenang. Sedangkan pada ketika itu, hatinya bergolak resah. Melalui kelebihannya, dia dapat merasai bahawa makhluk itu memang hantu.

Syahirah tersenyum melihat sahabatnya itu. Dia dapat mengesan ketakutan pada Umi yang sedang cuba untuk bertenang.

Ahnaf sudah terlelap manakala Fazli pula masih gigih berusaha. Maka, hanya Maya sahaja yang mendengar soalan itu.

Bibir Maya terketar-ketar. "Itu... Itu..."

Belum sempat kata-katanya dapat disambung, seorang jejaka muncul dari sebalik semak lalu menendang makhluk itu jauh dari situ.

'Hantu boleh ditendang?' Getus hati Syahirah.

Jejaka itu terduduk dihadapan mereka berlima. Dia tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Assalamualaikum. Nama awak siapa dan apa awak buat di sini?" Soal Umi, ramah.

Jejaka itu hanya memandang mereka tanpa berkelip. Apabila beberapa minti telah berlalu dan jejaka itu masih berdiam diri, Syahirah mengambil alih untuk berkata-kata.

'Nama awak siapa dan apa awak buat di sini?' Syahirah bertanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Jejaka itu tersedar lalu membalasnya semula. 'Nama saya Razif. Maafkan saya kerana tidak menjawab tadi. Saya ada masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat lagi. Oh, saya di sini kerana saya mengekori awak semua. Maaf!'

Syahirah dan Umi menganggukkan kepala mereka berkali-kali. Kemudian, Umi menerangkan perkara itu kepada Maya, Fazli dan Ahnaf yang tercengang-cengang.

Mereka mempelawa Razif untuk duduk berhampiran mereka. Selepas itu, tugas yang tergendala disambung semula.

Fazli yang sedang menatap skrin komputer riba itu mengerutkan dahinya. "Eh, apa benda tu?" Ucapnya setelah terlihat satu suhu yang berwarna putih bergeraak-gerak.

Buat beberapa ketika, dia dapat mengagak apakah benda itu. "Kalian, lari sekarang!" Arahnaya dengan kuat melalui alat komunikasi mereka.

"Lari pergi mana? Kami terperangkap!" Jerit Yazmin dan Aisyah serentak. 

*****

Aineen, Aisyah, Niysa, Yazmin dan Hanie menoleh ke arah pintu besi yang berada di dinding.

Setelah sekian lama tertutup, akhirnya pintu itu terbuka jua.



Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now