Special Episode

2.2K 137 19
                                    

Baiklah, episode kali ini menceritakan tentang 'pembaca' yang dikenali sebagai ketua kelab akhbar bulanan sekolah yang terkenal.

Dan apakah deria keenam pembaca? Deria keenam kalian adalah....

Kalian tidak mempunyai apa-apa deria keenam namun kalian teramatlah cekap dan bijak dalam melakukan sesuatu.

Bagaimana kalian dapat masuk ke sekolah ini?

Kerana tiada sesiapa yang tahu kalian tidak mempunyai deria keenam kecuali beberapa orang terpenting di sekolah.

Ehem, asal macam dalam anime pulak ni hahahaha...

Situasi ini berlaku setahun selepas kejadian tersebut dan pembaca merupakan dua tahun lebih muda daripada mereka.

Okey, mari mula cerita.

•••••••••••••

Ktak, ktak, ktak.

Jariku laju menekan papan kekunci. Kaca mata yang kupakai ini kelihatan bersinar dibias cahaya komputer yang sedang kurenungi. Haih, tak ada sensasi yang baru ke bulan ini?

"Penatnya." Aku bersandar pada kerusi. Apa? Apa yang perlu kutulis? Tak ada yang menarik pun yang terjadi.

Kbang!

"Allahuakbar!" Jeritku apabila pintu terbuka secara tiba- tiba. Kelihatan seorang gadis berkain biru cair melangkah masuk sambil tersenyum manis.

"Hehehe, Assalamualaikum (n/a)! Saya datang bawa berita." Yazmin berkata dengan ceria sambil berjalan pantas ke arahku. Helaian kertas yang bertimbun berada di tangannya.

Aku membetulkan kaca mataku sambil memandang ke arahnya. "Apa yang saya boleh lakukan untuk akak?"

"Boleh tolong tuliskan cerita ni? Hari lahir Aisyah sudah semakin hampir dan saya ingin membuatkan kejutan untuknya." Ujar Yazmin teruja.

Aku tidak tahu mahu berkata apa. Cerita yang akan kutulis haruslah benar dan tidak boleh dibawa main. Sebelum itu, aku perlu mendapat pengesahan daripada ketua kelab dahulu.

Kejap, akulah ketuanya. MashaAllah.

"Tapi kak Yazmin, saya tak pastilah boleh atau ti-"

Gbang!

"Asslamualaikum (n/a)! Saya ada cerita yang awak boleh tulis!" Niysa pula melangkah masuk sambil meletakkan helaian kertas di atas meja.

"Dengar cerita, Hanie akan dinobatkan sebagai penulis novel terkenal akademi dan Aineen pula akan menjadi pelajar contoh untuk tingkatan empat tahun ini!" Bebelnya dengan gembira.

Aku pening. Sudah, sudah. Ya Allah, walaupun aku sudah tiada idea, mengapa engkau turunkan cabaran sebegini kepadaku.

"Yazmin?" Niysa terkejut dengan kehadiran sahabatnya di situ.

"Niysa?" Yazmin turut terkejut dengan kehadiran Niysa di situ.

"Oh, apa awak buat kat sini? Saya hantar cerita dulu tau jadi saya punya cerita akan jadi muka depan."

"Eh, apa pula? Saya punya lebih menarik jadi saya punya cerita akan jadi muka depan!"

Bla, bla, bla dan bla.

Ha, bergaduh, bergaduh! Bagus sangat!

"Astaghfirullahalazim! Akak sekalian, sudahlah tu! Saya yang akan tentukan cerita siapa yang akan jadi muka depan. Jangan bergaduh boleh?"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now