Bab 10

2.1K 207 7
                                    

Petang itu, mereka berlima hanya merehatkan minda di katil masing-masing.

Niysa membaca Al-Mathurat, Yazmin melukis pemandangan yang indah, Aisyah melakar wajah, Hanie mengarang manuskrip dan Aineen pula membaca novel.

Yazmin berzikir kecil sambil mencalit cat ke atas kanvas. Dia kelihatan gembira.

Aisyah pula sibuk memegang sebuah dompet sambil melukis seseorang yang hadir di mindanya. Ternyata, dompet yang dia pegang itu adalah dompet Hanif.

"Siapa perempuan ni? Orang yang culik triplet tu ke?" Gumam Aisyah perlahan. Penselnya melorek garis-garis bagi membentuk kening.

Hanie mengarang cerita di bukunya tanpa henti. Tangan yang lenguh diurut-urut sedikit.

Aineen pula sedang leka membaca novel yang baru dipinjamnya daripada perpustakaan. Dia nampak sangat berminat dengan jalan cerita tersebut.

Click!

Satu bunyi didengari oleh penghuni seluruh bangunan maka, bangunan pun gelap.

"Blackout!" Yazmin menjerit kuat.

"Aaahhh!" Jeritan kelima-lima gadis itu bergema di dalam bilik.

Secara tiba-tiba, pintu terbuka dan suluhan cahaya terang memenuhi bilik. Bertambah kuatlah jeritan gadis-gadis itu.

"Cukup, cukup!" Suara Cikgu Fazleenda kedengaran. Gadis-gadis itu terdiam seraya menoleh ke pintu.

Mereka meluru ke pintu lalu keluar daripada bilik tersebut.

"Cikgu, cikgu. Blackout!" Niysa berkata cemas. Dia terlompat-lompat kecil.

Cikgu Fazleenda memegang bahu Niysa. "Tak apa. Tak apa. Blackout je. Dah, jom kita keluar." Ajaknya tenang.

Mereka berlima berjalan sambil berpegangan tangan. Cikgu Fazleenda pula mengetuai perjalanan bagi mencari jalan keluar dari bangunan tersebut.

Sebaik sahaja terlihat cahaya di pintu keluar bangunan, mereka berjalan dengan pantas bagi cepat menuju ke detinasi. 

"Kita dah keluar, yeay!" Aineen menjerit kegembiraan. Dia memeluk Hanie.

Hanie menoleh ke arah belakang. "Cikgu! Ramai juga ya pelajar yang berlari kelu-" Kata-katanya terhenti. Dia kaget.

"Cik- Cikgu... Cikgu mana?" Soal Aisyah yang turut menoleh ke belakang. Cikgu Fazleenda tidak pun kelihatan dimana-mana.

Mereka berlima berdiri sebaris menghadap bangunan yang mereka diami. Pelajar-pelajar yang berlari di belakang mereka tidak dihiraukan.

"Mana cikgu? Tak akanlah cikgu nak duduk dalam bangunan yang gelap ni." Yazmin memberi andaian. Dia masih tersenyum walaupun berpeluh kerana ketakutan.

Niysa mundar-mandir di hadapan pintu masuk bangunan. Dia mencari-cari kelibat Cikgu Fazleenda. 

"Maaf!" Ucap seorang pelajar perempuan kepada Niysa lalu meneruskan lariannya. Dia terlanggar Niysa ketika berlari menuju ke tapak tempat mereka berkumpul. Niysa hanya menjawab tidak apa.

Mereka berlima langsung tidak berganjak dari tempat tersebut. Masing-masing asyik berpandangan antara satu sama lain.

"Apa lagi kamu buat di situ? Lari cepat kalau kamu tak nak hilang macam orang lain! Penat cikgu cari kamu!" Jeritan Cikgu Fazleenda kedengaran dari arah belakang mereka. Kepala ditolehkan maka terlihatlah seorang guru wanita sedang berlari ke arah mereka.

"Eh?!"



Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now