Bab 7

2.3K 217 10
                                    

Dua hari kemudian...

Hari persekolahan berakhir seperti biasa. Hana, Hanani dan Hanif berlari keluar dari pagar sekolah manakala Fazli dan Ahnaf pula melangkah sambil berbual rancak.

"Amboi, rancak berbual." Ucap Umi yang berlalu di sebelah kedua-dua jejaka itu. Syahirah hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua.

Maya yang muncul bersama Yazmin turut berjalan beriringan dengan mereka. "Wah, kebetulan pula kita semua berjumpa di sini. Hello, school-mate." Ujar Maya lalu ketawa kecil.

Yazmin tersenyum kemudian berkata. "Kita je yang ada dekat sini. Saya harap nanti yang lain akan muncul."

Hanie, Aineen, Aisyah dan Niysa sedang berjalan beriringan ke arah mereka. Yazmin berlari ke arah keempat-empat gadis itu lalu menjerit. "Yeay, kalian di sini!"

Niysa tersenyum. "Jangan ketawa sangat. Di sini, banyak yang sedang memerhati." Dia memberi pesanan.

"Niysa, jangan takutkan kami!" Marah Maya. Dia bercekak pinggang.

Hanie menarik sebuah buku dari begnya lalu membaca buku tersebut sambil berjalan.

Aineen hanya melihat perbuatan sahabatnya itu lalu menggeleng. "Hanie, kalau awak terjatuh longkang saya tak tahu."

"Tak apa, nanti Ahnaf tolong dia." Ujar Yazmin lalu dia dan Aisyah ketawa bersama-sama. Ahnaf pula menyembunyikan dirinya di sebalik Fazli.

Niysa memegang bahu Aisyah dan Yazmin lalu membuat riak wajah yang menakutkan. "Kan saya dah cakap, jangan ketawa banyak-banyak ya, kawan sekalian."

Mereka semua yang berada di situ terdiam. Mereka menoleh ke arah Niysa dengan wajah pucat. Niysa hanya menayangkan sengihan.

"Niysa ni, tak payahlah!" Tegur Aineen lalu memukul tangan Niysa perlahan. Niysa menjeling Aineen lalu mengusap tangannya yang dipukul itu.

"Janganlah gaduh." Aisyah berkata kuat. Selepas itu, bunyi loceng bagi aktiviti selepas sekolah kedengaran.

Hanie menutup bukunya lalu melihat sahabat-sahabatnya. "Kalian ada aktiviti selepas ini?" Soalnya senada.

Mereka semua menggeleng.

Fazli mengangkat tangannya tinggi-tinggi. "Saya ada dengar daripada guru. Petang ni, kita boleh keluar. Pengetua beri kita pergi ke tempat yang berdekatan sahaja. Maklumlah, kita dikelilingi pokok a.k.a hutan." Ujarnya seperti memerli.

"Eh, akademi ni lebih baik daripada akademi kita tau. Jangan cakap sebarangan." Tegur Maya, geram.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang hanya melihat mereka semua yang sedang berbual di tengah jalan.

"Kita keluar sama-sama nak? Tapi, lelaki dan perempuan kena asing. Kalau kena tangkap dengan cikgu, Nauzubillah, habislah kita semua." Ajak Aineen seraya menyelitkan nasihat.

Semua mengangguk setuju, menunjukkan keterujaan.

"Saya tak boleh." Hanie berkata setelah sekian lama mendiamkan diri.

Mendengar suara itu, mereka semua terkejut. "Kenapa?"

"Saya ada aktiviti lepas ni. Dengar bunyi loceng tadi? Saya ada perjumpaan PRS." Ujar Hanie. "Dan PRS baru bernama Aisyah, mari ikut saya." Sambungnya.

Aisyah seperti baru teringat sesuatu. "Oh ya, saya pun PRS juga." Katanya. "Kalian boleh tunggu kami? InsyaAllah, tak lama pun." Sambungnya lagi. Dia membetulkan tudung.

Mereka menunjukkan isyarat bagus dengan mengangkat ibu jari. "Okey!"

Maka, Hanie dan Aisyah pun memasuki pagar sekolah semula manakala sebelas pelajar itu pula menuju ke bangunan dorm mereka.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now