Bab 14

2.3K 219 25
                                    

*Gambar di atas adalah hasil lukisan saya

"Leganya dapat merehatkan diri." Kata Yazmin sambil menyandarkan diri ke kerusi perpustakaan. Buku yang diletakkan ke atas meja dibiarkan bertaburan.

Aineen hanya melihat perlakuan sahabatnya lalu ketawa kecil. Dia mengeluarkan barang-barang daripada begnya kemudian diletakkan barang-barang tersebut ke atas meja. Buku yang banyak itu ditilik oleh Hanie satu-persatu dengan penuh minat.

"Wah! Buku awak ke ni, Aineen? Wow, siap ada buku tentang cara-cara untuk mengawal penglihatan masa hadapan!" Ujar Hanie penuh teruja sambil menyelak setiap muka surat dengan laju. Aineen hanya memberikan senyuman lalu mula membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru kelasnya.

Niysa yang baru muncul dengan majalah di tangan melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berada di sebelah Aisyah. Aisyah pula menconteng kertasnya dengan wajah bosan.

"Kalian puasa ke?" Soal Maya yang baru sahaja melangkah anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

Kelima-lima gadis itu menganggukkan kepala mereka hampir serentak. Maya mengangguk faham lalu hilang di sebalik rak-rak buku.

Selepas beberapa minit, mereka berlima menoleh lalu memandang antara satu sama lain. Wajah kehairanan ditayangkan.

"Eh? Maya? Eh? Eh?" Aisyah seperti bermimpi setelah terlihat apa yang dilihatnya tadi.

Hanie dan Aineen membuat wajah pelik. Aneh, tidak nampak pula Maya berada di dewan semalam.

Maya muncul di sebalik rak berdekatan lalu mengambil tempat di sebuah meja yang berdekatan dengan meja kelima-lina gadis itu. Satu meja hanya mampu memuatkan lima orang.

"Maya? Awak dah sembuh?" Soal Aineen bagi memulakan perbicaraan.

Maya menoleh ke arah mereka lalu mengangguk. "Ya! Saya sudah sembuh!" Jawabnya dengan penuh semangat.

"Errr... Kami tak nampak pula awak di dewan semalam. Awak berada di mana?" Akhirnya, Yazmin mula meluahkan soalan yang berada dalam benak masing-masing.

Maya seperti tersentak seketika. Kemudian, dia membalas. "Oh! Ada sebuah bilik di dalam dewan tersebut. Saya dan beberapa orang pelajar yang sakit ditempatkan di sana."

"Ooh..." Serentak kelima-lima gadis itu menjawab disertai dengan anggukan kecil daripada mereka.

Maya melihat jam di tangan. "Oh ya, saya perlu pergi ke tingkat bawah sekarang. Saya perlu jaga kaunter." Katanya lalu berdiri.

"Jaga kaunter?" Tanya Aisyah, keliru.

Maya ketawa kecil. "Jangan lupa yang saya sudah mendapat jawatan sebagai pengawas perpustakaan." Tuturnya. "Oh ya, ketua pengawas perpustakaan tu kacaklah, haha." Sambungnya lagi sebelum menuju ke tangga.

"Eiii... Budak seorang ini." Ujar Hanie, geram. Mujurlah dia seorang sahaja yang dapat melihat tali tersebut.

"Hmm... Agaknya manalah buku tu, ya? Buku yang besar tu." Tanya Aisyah sambil menongkat dagu. Kertas yang berada di hadapannya sudah koyak akibat mencontengnya dengan agresif.

Niysa menepuk dahinya. "Astaghfirullahalazim... Saya lupa kita letak di mana. Bukankah kita dah sorokkan buku tu supaya tiada sesiapa yang boleh jumpa?" Katanya dengan penumbuk yang dikepal-kepal.

Aineen dan Yazmin menoleh ke arah Niysa. Mereka menjerit serentak. "Niysa!! Kami pun lupa!"

"Senyap!" Hanie dan Aisyah berbisik separa menjerit. 

Habislah. Kedengaran bunyi tapak kaki sedang mendaki tangga ke tingkat yang sedang mereka duduki. Aineen sudah dapat melihat apa yang akan terjadi.

"Kalian berlima! Bukankah saya sudah kata jangan buat lagi? Maya, saya arahkan supaya awak menghukum mereka." Ujar Rafiq merangkap jawatan si Ketua Pengawas Perpustakaan. Maya yang turut mengekorinya hanya mengangguk faham.

"Awak yang bising sekarang ini. Saya mahu belajar. Boleh jangan bising?" Marah Farhan yang baru sahaja turun dari tingkat perpustakaan atas dengan buku di tangan.

Rafiq menoleh ke arah tangga. "Amboi. Saya marahkan mereka atas kesalahan yang mereka lakukan! Awak jangan nak sibuk." Tengkingnya.

"Sejak bilalah awak ni jadi pemarah. Semasa kami menjadi kawan baik dahulu, tidak pula awak marah-marah." Tegur Farhan dengan lembut. Dia hairan akan sikap kawannya yang seorang ini.

Rafiq meluru ke arah Farhan lalu menarik kolar baju jejaka itu. "Awak. Jangan. Masuk. Campur." Pesannya.

Mereka semua hanya melihat sahaja keadaan kedua-dua sahabat itu. Namun, Niysa perasan akan sesuatu.

"Abang Farhan, tarik dia cepat!" Arah Niysa dengan tangan yang menunjukkan isyarat supaya cepat.

Farhan terus sahaja menarik Rafiq supaya menaiki tangga. Tanpa memikirkan apa-apa, Rafiq terus sahaja melompat ke atas Farhan.

Mereka semua menjerit terkejut apabila terdapat tangan yang muncul dari lantai. Tangan tersebut tergapai-gapai seperti ingin mencapai sesuatu.

"Dia nak tarik kaki saya!" Jerit Rafiq lalu memeluk Farhan. Farhan hanya mengeluh perlahan lalu ketawa kecil.

'Tidak apalah.' Getus hati Farhan. Dia mengendong Rafiq sehingga ke tingkat bawah.

Sebaik sahaja kedua-dua jejaka itu hilang daripada pandangan, terletus tawa daripada kelima-lima gadis itu.

"Apakah?! Tak gentle langsung." Tutur Maya sambil menahan tawa.

"Ya Allah, sakit perut saya." Adu Yazmin sambil menekan perutnya berkali-kali.

Aineen dan Niysa ketawa sambil memukul Aisyah. Aisyah yang berada di antara mereka berdua hanya membiarkan sahaja perbuatan itu kerana dia juga sibuk ketawa.

Hanie muncul secara tiba-tiba dengan buku di tangan. Eh, bila masa pula dia pergi? Adakah dia sudah terlepas sesi kendong-mengendong tadi?

"Saya sudah jumpa buku ini!" Hanie berkata sambil mengangkat sebuah buku ke udara. "Jangan tanya. Saya hanya terjumpa di bawah meja ini." Sambungnya lagi.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now