Bab 1

3K 254 4
                                    

Hanie, Aineen, Niysa, Yazmin dan Aisyah berlari meninggalkan kelas mereka lalu menuju ke bilik guru. Mereka menemui Cikgu Fazleenda.

"Assalamualaikum cikgu. Apa jadi?" Soal Yazmin, kalut.

Cikgu Fazleenda menunjukkan tapak tangannya, menandakan bahawa mereka perlu menunggu sebentar. Dia menuju ke sebuah meja kemudian memasang suis mikrofon.

"Assalamualaikum warahmatullah... Kepada semua penghuni Akademi Dary, sila ke Dewan Intan Berlian sekarang. Saya ulang, semua penghuni Akademi Dary, silap ke Dewan Intan Berlian sekarang." Suaranya menggemakan seluruh bangunan akademi.

Niysa mendekati Cikgu Fazleenda. "Kenapa ni cikgu?" Soalnya.

Cikgu Fazleenda mempamerkan riak wajah yang teramat risau. "Kamu berlima perlu menolong saya. Saya perlukan pertolongan kamu!"

"Baik cikgu. Apa yang perlu kami tolong?" Balas Aineen, tenang.

•••••

Mereka berlima bergegas ke Dewan Intan Berlian. Kelihatan seluruh penghuni akademi berada di situ. Mereka menarik nafas dalam lalu mendaki pentas yang terdapat di hadapan dewan. Semua penghuni dewan memberi perhatian penuh kepada mereka.

"Assalamualaikum kepada semua pelajar serta guru. Hari ini, satu fenomena yang tidak pernah berlaku telah berlaku pada hari ini." Ucap Niysa sebaik sahaja mikrofon dihulur kepadanya.

Hanie mengambil mikrofon tersebut daripada pegangan Niysa. Dia memulakan hujah.

"Akademi Dary adalah sebuah akademi yang dilitupi oleh sebuah kubah dan kubah ini telah hilang. Entah bagaimana, kubah ini berjaya dibuka dan makhluk-makhluk larangan telah memasuki akademi ini."

Hana dan Hanani mengangkat tangan mereka. Pelajar-pelajar tingkatan dua itu menanyakan soalan.

"Kubah apa ya? Tidak pernah kami nampak pula."

Aineen menarik mikrofon bagi menjawab soalan daripada kembar tersebut. "Kubah itu merupakan pelindung kepada akademi ini. Pelindung itu telah dicipta oleh ustaz-ustaz terdahulu bagi menghalang makhluk-makhluk durjana memasuki akademi kita. Pastilah pelindung tersebut tidak dapat dilihat."

"Ooh...." Kedengaran sahutan daripada para pelajar.

Yazmin mara ke hadapan. "Oleh itu, jika kalian diapa-apakan atau diganggu, tolong beritahu guru-guru yang kamu kenali." Katanya, tanpa menggunakan mikrofon dengan lantang.

Keadaan di dalam dewan menjadi gamat dengan suara-suara pelajar. Kelima-lima gadis tersebut serta guru-guru bertugas yang berada di situ menelan air liur, risau.

•••••

Aineen, Niysa, Aisyah, Yazmin dan Hanie mula mengorak langkah bagi menuju ke bilik ketua pelajar. Dalam perjalanan, Niysa sering mengeluh sendirian.

"Niysa, kenapa?" Soal Aineen, risau. Dia memaut bahu sahabatnya itu.

Niysa menoleh ke arah Aineen. "Saya tak ada apa-apa. Cuma, kita perlu cepat tiba ke bilik ketua pelajar. Saya dah nampak macam-macam ni." Balasnya.

Yazmin, Aisyah dan Hanie yang turut mendengar menganggukkan kepala. Mereka mempercepatkan langkah.

Tiba sahaja di hadapan pintu bilik ketua pelajar, kedengaran sesuatu terhempas ke lantai dari dalam bilik tersebut.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now