Bab 18

2K 199 17
                                    

Hanie berlegar-legar di sekitar bilik tersebut, mencari-cari arah bunyi yang datang.

"Assalamualaikum. Test, wahid, isna, salasah. Hanie, hal tasmeuni? (Hanie, dengar tak?)" Satu suara yang sangat perlahan kedengaran di hujung belakang tudung Hanie. Dia mengangkat hujung tudung lalu meletakkan di telinganya.

Hanie dapat mengagak apakah yang sedang terjadi. Barangkali ciptaan baru kepunyaan Tuan Ramli yang amat bijaksana itu. Dia menyoal. "Waalaikumussalam... Niysa ke ni? Kenapa bercakap dalam bahasa Arab?"

Terdapat empat suara yang bersorak kegembiraan dapat didengari oleh Hanie. Mereka seperti gembira apabila dapat berhubung dengan gadis kecil yang baru sahaja hilang itu.

"Hanie, yarja altahaduth bil'arabiyah hatta la ya'rif al'adu ma al lazi natahadath 'anhu. (Hanie, sila berbicara dalam bahasa Arab supaya musuh tidak tahu apa yang kita katakan)." Pesan Niysa dan Hanie pun bersetuju.

Mereka menanyakan khabar Hanie dan apa yang sedang gadis itu lakukan. Hanie hanya menceritakan apa yang dilihatnya sebaik sahaja sedar daripada pengsan. Tiada satu pun makhluk hidup yang dapat dijumpai olehnya.

"Hal taraa aya silsilat hamraa? (Awak ada nampak mana-mana tali merah?)" Tanya Aineen untuk kepastian.

Hanie seperti tersedar yang dia mempunyai kebolehan yang sebegitu. Kelebihannya dibuka lalu tali merah yang berselirat mengganggu pandangannya.  Dia seperti ingin menjerit sekarang ini. "Naam, araha. (Ya, saya melihatnya.)"

"Nampaknya dia tidaklah jauh dari sini kerana akademi ini terletak agak jauh dari kawasan yang boleh dilihat manusia. Ataupun, telah ramai pelajar yang diculik disebabkan itulah dia dapat melihatnya." Suara Yazmin kedengaran sayup-sayup dari jauh. 

Suara Aisyah pula didengari oleh Hanie. "Baiklah. Kalau begitu, saya akan gunakan kelebihan saya bagi melihat kejadian tadi daripada buku ini. Jangan sampai terlihat sejarah kejadian buku ini sudah. Hahahaha..."

"Hanie, yjbu an nazhabu awlaan la tuqaliq, sanajid tariqatan liinqazik. (Hanie, kami perlu pergi dahulu. Awak jangan risau, kami akan cari cara untuk selamatkan awak.)" Niysa berkata lalu bunyi 'beep' kedengaran bagi menandakan bahawa alat itu telah terpadam.

Senyuman terukir di bibir Hanie. Dia hanya berdoa dan berserah kepada Allah.

Namun, ada seseorang sedang memerhati setiap perbuatannya tanpa diketahui oleh sesiapa.

*****

Kelima-lima pelajar itu berlegar-legar di kawasan sekolah. Setiap kali terserempak dengan mana-mana guru, pasti wajah mereka disorokkan.

"Habislah kita kalau kena tangkap sebab ponteng kelas." Bisik Fazli. Maya mengangguk setuju.

"Eh, awak semua buat apa di sini?" Satu suara hinggap di cuping telinga masing-masing.

Segera Maya, Ahnaf, Fazli, Umi dan Syahirah terlompat ke belakang. Terkejut barangkali.

"Ha, itu pun awak. Macam mana sekarang? Dah okey?" Soal Maya tersekat-sekat. Gerun pula dia melihat wajah serius sekumpulan gadis itu.

Aisyah dan Yazmin tersengih lalu mengangkat ibu jari mereka menandakan mereka sudah selamat daripada ancaman Xyphea Cressent itu.

Ahnaf memegang bahu Fazli lalu menjengketkan kakinya. "Emm... Mana Hanie?" Soalnya, ingin tahu. Terus sahaja perhatian semua insan di situ diperolehnya.

Aisyah dan Yazmin ketawa bersama-sama di belakang Aineen dan Niysa. Maya sudah mengangkat keningnya berkali-kali. Umi dan Syahirah pula menekup mulut masing-masing.

Fazli juga turut menanyakan soalan yang sama seperti Ahnaf. Dia merehatkan lengannya di bahu sahabatnya itu.

"Hanie, dia..."

Satu kepulan asap muncul di hadapan mereka semua. Seorang wanita muncul dengan sebatang tongkat yang panjang.

"Hmm... Nama itu, ya? Hanie, dia bersama aku. Jika engkau semua menginginkan dia semula carilah aku, datanglah ke markasku. Jangan berbalah, jangan makan hati. Sesiapa yang salah, gadis itu akan mati. Hahahaha!" Katanya lalu hilang begitu sahaja. 

Kesemua pelajar di situ membuntangkan mata. Termasuklah pelajar-pelajar yang belum lagi memasuki kelas mereka. Tidak mengapa, mereka bukanlah watak utama. Oleh itu, mereka tidak penting.

"Aisyah, mengapa ini?" Soal Arisa yang baru sahaja berlari ke arah Aisyah. Dia inginkan penjelasan.

"Ia adalah satu teka-teki dan laluan yang harus kita selesaikan. Ayuh, kita ke Dewan Askara sekarang!" Ajak Aisyah dengan bersemangat.




























"Tapi, kelas macam mana? Tak akanlah nak ponteng sekolah? Kalau kena tangkap macam mana?" Soal Yazmin bertalu-talu.

Jelingan tajam diberikan kepadanya lalu mereka meneruskan perjalanan untuk ke luar sekolah.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now