Bab 19

1.9K 186 2
                                    

"Kasihan Hanie. Kita dah tinggalkan dia selama tiga hari baru nak hubungi dia. Tidak terasakah dia?" Soal Yazmin sambil mengemas barang-barangnya lalu memasukkan barang-barang tersebut ke dalam beg.

Niysa menggalas begnya yang diisi penuh. "Suaranya seperti serak sedikit semalam. Dia berasa gembira kerana kita menelefonnya. Namun, dia seperti tidak bermaya." Jawabnya mengenai Hanie.

Malam itu sungguh sunyi. Kini, mereka sudah kembali ke dorm masing-masing setelah bekalan elektrik telah dapat dikembalikan. Ya, malam itulah operasi dan misi mereka akan dijalankan. Berdoalah, semoga perjalanan mereka berjalan dengan lancar.

Aineen duduk di birai katilnya sambil memejamkan mata. Wajahnya kelihatan amat tegang.

"Aineen, apa yang cuba awak lakukan?" Soal Aisyah kepada Aineen. Aineen menyapu wajahnya sebelum menjawab. "Saya cuba melihat masa depan. Ia sedikit sukar tapi kemungkinan kita dapat melakukannya dengan lancar."

*****

Keempat-empat gadis itu berlari ke arah pagar akademi dengan pantas. Setibanya di situ, terdapat lima orang pelajar sedang menunggu ketibaan mereka dengan sabar.

"Baiklah. Ini barang-barangnya." Tutur Niysa lalu memberikan begnya kepada Maya. Aineen memberikan begnya kepada Fazli, Aisyah memberikan begnya kepada Umi dan Yazmin pula memberikan begnya kepada Ahnaf. 

Mereka menyambutnya dengan wajah kelat. Sesungguhnya, ,mereka kelihatan tidak setuju dengan rancangan gadis-gadis itu.

Maya menghampiri keempat-empat gadis itu dengan riak wajah yang risau. "Betul ke awak semua nak buat ni? Bahaya tau. Berani ke awak semua nak jalan seorang-seorang ni?" Soalnya dengan suara yang bergetar.

Gadis-gadis itu berpandangan lalu memeluk Maya, Umi dan Syahirah. Ahnaf dan Fazli pula hanya melihat dengan pandangan sayu.

"Doakan kami selamat pulang."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now