Bab 25

1.9K 174 5
                                    

Para pelajar yang belum sempat meloloskan diri dari lubang tersebut terpelanting ke udara. Namun, dengan kuasa Allah, sebilangan daripada mereka hanya terluka sedikit kerana kebanyakannya jatuh dengan selamat. Rumput yang rimbun di sekeliling kawasan dewan tersebut telah menyambut mereka dengan senang hati.

Guru-guru wanita serta pelajar-pelajar perempuan menjerit ketakutan manakala guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki pula berdiri di barisan hadapan bagi menunjukkan kegagahan. Lelaki, mana boleh takut!

"Lelaki sejati perlu lindungi wanita!" Jerit Izzat lalu disambut dengan teriakan semangat daripada para pelajar.

Keadaan menjadi berdebu dan menghalang pandangan semua insan yang berada di situ. Sedikit demi sedikit, debu yang berterbangan semakin berkurangan.

Kelihatan lima orang gadis muncul di sebalik debu yang menghiasi pandangan.

"Huh, perempuan pun kuatlah." Ujar Yazmin sambil mengelap darah yang berada di bibirnya. Wah, nampak cool sangat!

Aineen dan Aisyah pula sedang berjalan sambil memapah Hanie yang kelemahan. Hanie yang asalnya tertunduk lemah mengangkat kepalanya lalu mencari kelibat seseorang. Setelah terlihat kelibat itu, dia berkata. "Ahnaf, awak okey?"

Ahnaf mengangguk kemudian terjerit kecil kerana kepala Hanie dipukul secara tiba-tiba.

"Niysa, kenapa pukul saya?" Marah Hanie lalu mengusap kepalanya yang berdenyut.

Niysa menjeling Hanie. "Amboi awak, tu pula perkara pertama yang dia tanya kat buah hati dia." Katanya, sinis.

"Mana ada!"

"Dah, dahlah tu..." Ujar Fazli dan Maya serentak lalu memandang satu sama lain. Umi, Hana dan Hanani ketawa mengekek.

Tanpa melengahkan masa, seorang jejaka bersongkok dan berbaju biru mara ke hadapan kemudian memusingkan badannya menghadap ke arah semua orang manakala kelima-lima gadis itu pula berada di belakangnya. Mengikut kedudukan sekarang, dia berdiri betul-betul di hadapan Yazmin.

"Bismillah, Assalamualaikum semua. Kalian tak perasan ke yang wanita sihir tadi sudah menghilang? Baik kita mulakan bacaan zikrullah serta surah-surah dan ayat-ayat ruqyah. Kita tidak pasti dia berada di mana sekarang." Lantang Farhan bersuara dengan bersemangat. Para pelajar yang lain bersorak kuat kerana mendapat semangat baru daripada ketua pengawas itu.

Yazmin yang berada di belakangnya mencebik. "Hish! Awak melindungi saya daripada pandangan orang. Boleh ke tepi sikit?" Tegurnya dengan nada marah. Farhan ketawa sinis kerana dia memang ingin membalas dendam terhadap Yazmin akibat perkara lepas yang telah terjadi di Dewan Askara. Dia menjelirkan lidah sebelum berlalu pergi.

"Aku potong lidah kau nanti." Gumam Aisyah, geram kerana sahabatnya dipermainkan. Kemudian, dia dicubit oleh Aineen kerana berkata sedemikian.

Niysa hanya melihat sahaja adegan yang terjadi antara Yazmin dan Farhan kemudian tertawa kecil. Hanie pula hanya tersenyum setelah satu tali bewarna merah melintas di hadapan matanya. Eh, rahsia mana boleh beritahu.

Farhan berlari ke arah Rafiq, ketua pengawas perpustakaan merangkap sahabat baiknya. "Cool tak saya tadi?" Soalnya kepada Rafiq sambil mengangkat tangannya ke udara. Mereka berdua berada di sini kerana sibuk mengekori para guru yang sedang meronda daripada belakang.

Rafiq hanya ketawa lalu meletakkan tangannya ke bahu Farhan. Dia menunjukkan thumbs up. "Cool sangat."

Selepas itu, mereka berdua ketawa bersama. 

*****

Bacaan ayat-ayat suci kedengaran di setiap tempat. Para guru yang duduk mengelilingi pelajar telah bersiap-sedia terhadap apa pun yang akan berlaku. Mujurlah, pelajar yang selebihnya berada di dorm masing-masing. Tidaklah menganggu situasi tegang mereka ini.

"Cikgu-cikgu!" Kedengaran jeritan seorang pelajar daripada jauh. Semua pandangan ditumpukan ke arah kelibat seorang gadis bertudung oren yang sedang berlari-lari anak ke arah mereka semua.

"Xyphea Cressent hilang, seorang pelajar pula muncul? Apa ni, tebusan ke?" Gumam Tuan Ramli dengan kata-katanya yang mengarut itu.

Gadis itu terbongkok-bongkok menarik nafas sebelum dia berdiri tegak semula. Bacaan ayat-ayat suci semakin perlahan dan suasana malam di hutan Dewan Askara itu menjadi sunyi. Tumpuan kini berada pada gadis itu.

"Akademi terbakar!!"

"APA?!"

------

Tak ingat Farhan dan Rafiq? Rujuk bab 12, 13 dan 14.





Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now