Bab 16

1.9K 188 2
                                    

Cikgu Fazleenda berbual bersama Ustazah Maisarah dengan riang. Mereka berdua dalam perjalanan untuk ke kelas masing-masing. Apabila berasa gembira, beg yang berat pun tidak dihiraukan. Koridor sekolah dilalui dengan senang hati.

Sehinggalah, tibanya lima orang pelajar yang baru sahaja berlari seperti dikejar hantu.

"Cikgu- Ta- Tadi-"

"Ad- Ada- Han-"

"Pastu Di- Dia-"

"Sudah-sudah. Apa yang kamu semua ingin cakap ni? Tercungap-cungap. Cuba beritahu elok-elok." Tegur Ustazah Maisarah sambil melihat seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Kelima-lima gadis itu menundukkan badan bagi melepaskan lelah buat seketika. 

Niysa berdiri dengan tegak lalu mula berkata. "Tadi ada..." Maka, cerita pun bermula.

Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah ternganga besar. Mereka berdua membelakangi kelima-lima gadis itu lalu mula berbisik-bisik. Bagi mengisi waktu sementara menunggu perbincangan guru-guru itu, mereka membuat aktiviti masing-masing. Aineen, Aisyah dan Yazmin sedang bermain permainan 'Cikupang'manakala Niysa hanya menonton mereka bertiga. 

Niysa berasa pelik dengan keadaan sekeliling yang terlalu sunyi lalu mula peka dengan keadaan sekeliling. Kelihatan Hanie sedang asyik membaca novelnya di sudut dinding bagi menghilangkan rasa takut pada dirinya mengenai peristiwa tadi. Secara tiba-tiba ada sepasang tangan muncul daripada bawah lantai dan kemudian menarik pelajar-pelajar yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut. Buat seketika, Niysa terkejut apabila terlihat pelajar-pelajar tersebut lenyap begitu sahaja.

Sehinggalah...

"Hanie, hati-hati!" Jerit Niysa lalu cuba untuk mencapai tangan sahabatnya itu. Tanpa berlengah lagi, sepasang tangan tersebut menarik Hanie dengan pantas sehingga hilang daripada pandangan.

Niysa terpempan. Dia berdiri di situ dengan lama sehingga air matanya mengalir keluar.

Selepas beberapa minit, Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah pun berpaling semula. Yazmin, Aineen dan Aisyah mula memberikan tumpuan.

"Baiklah semua. Perkara ini akan kami bawa- Eh, Niysa! Kenapa kamu berdiri je dekat situ? Marilah sini." Panggil Cikgu Fazleenda sambil menggamit Niysa.

"Dan, mana Hanie?" Soal Ustazah Maisarah dengan perasaan ingin tahu.

Niysa tersedar lalu menoleh dengan wajah yang sembab.

"Hanie... Dia..."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now