Bab 5

2.5K 222 9
                                    

Selepas subuh, kelima-lima gadis itu menghabiskan masa mereka di perpustakaan.

"Hmm... Hari sabtu memang membosankan, ya?" Soal Yazmin sambil bermain dengan alat tulisnya.

Niysa yang sedang membaca buku, mengeluh perlahan. "Jangan mengeluh, Yazmin. Kita kena selesaikan benda ni cepat. Kalau tak, Tuan Hipster Raver akan marah." Tegurnya.

Aineen yang berada di sebalik rak buku muncul secara tiba-tiba. "Tuan Hipster Raver? Siapa tu?" Soalnya.

Aisyah ketawa besar. "Seriously Niysa? Awak ingat lagi pasal benda tu?" Soalnya sambil mengesat air mata akibat ketawa.

"Apa dia? Bagitahulah saya..." Rungut Aineen.

Yazmin ketawa lalu berkata. "Alah, pasal tahun lepas punya kod tu. Kod tuan pengetua kan 'Hipster Raver'."

Secara tiba-tiba, angin yang kuat melintasi mereka. Berdesup Hanie berlari ke arah mereka berlima.

"Why Hanie why?" Soal Aisyah. Dia terkejut kerana Hanie kelihatan tergesa-gesa.

Hanie menjulang sebuah buku tebal yang besar ke udara. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

"Eh? Macam kenal je buku tu? Awak jumpa dekat mana?" Aineen merampas buku itu dari tangan Hanie. Dia meletakkan buku itu ke atas meja lalu menyelak setiap helaian.

"Bu- Buku ni!" Niysa menjerit dengan kuat. Aineen, Hanie, Yazmin dan Aisyah membuntangkan mata ke arahnya kerana terkejut. "Niysa!" Jerit mereka, marah.

Seorang jejaka tinggi yang berbaju ungu menuju ke arah meja gadis-gadis itu setelah mendengar jeritan mereka. Habislah!

Kelima-lima gadis itu hanya memandang jejaka tersebut.

"Jangan. Bising. Lagi. Okey?" Kata jejaka itu dengan senyuman. Kelima-lima gadis itu mengangguk patuh.

Jejaka itu berlalu pergi selepas memberikan jelingan tajam kepada mereka. Dia menuju ke kaunter hadapan semula.

Hanie menoleh ke arah Niysa. "Kan dah kena marah dengan ketua pengawas perpustakaan. Dia tu dahlah bahaya!" Bisiknya.

Yazmin memandang Hanie. "Kenapa bahaya?" Soalnya.

"Dengar cerita, dia pernah gunakan kelebihan dia untuk mendenda orang." Balas Aineen pula.

Aisyah yang tidak tahu juga menyampuk. "Cuba cerita. Nak tahu juga."

"Saya tak tahu cerita penuh. Siapa tahu?" Tutur Aineen.

Niysa mengangkat tangannya. Dia menyuruh sahabat-sahabatnya mendekatkan diri ke arahnya supaya senang untuk dia bercerita.

"Kelebihan dia ialah dia mampu untuk berkata-kata dengan haiwan. Dia menggunakan kelebihan komunikasi dia itu untuk menakutkan-nakutkan pelajar. Jadi, haiwan-haiwan yang dia minta pertolongan itu sentiasa menganggu pelajar-pelajar yang degil. Terutamanya nyamuk." Ceritanya.

Aisyah mengerutkan dahinya. "Saya pula pernah dengar cerita tentang seorang pengawas perpustakaan ni, dia mampu melihat tali jodoh orang. So, dia gunakan kelebihan dia untuk putuskan tali tu." Ulasnya dengan penuh semangat.

"Ha? Mana ada orang yang boleh buat macam tu. Kan Hanie?" Soal Aineen. Semua menoleh ke arah Hanie yang dari tadi mendiamkan diri.

Hanie yang sedang membelek buku besar itu tersentak. Dia mengalihkan pandangan. "Hmm? Siapa tahu..." Jawabnya seperti menyembunyikan sesuatu.

"Ha?!" Sahabat-sahabatnya ternganga. Mereka tidak puas hati dengan jawapan Hanie.

Yazmin memegang bahu Hanie. Dia merenung mata Hanie dalam-dalam. "Bagitahu saya. Awak ada merahsiakan apa-apa daripada kami?"

Hanie hanya menutup mulut dengan mata yang memandang ke arah lain. Kemudian, dia berkata. "Eh, mana ada apa-apa."

Mereka berempat memberikan gadis bertubuh kecil itu satu renungan tajam. Satu aura menakutkan dapat dirasakan oleh Hanie.

"Eh! Tak akan kalian tak ingat pasal buku ni? Buku yang kita jumpa di Akademi Robin Hood. Eh maksud saya, akademi yang semua pelajar biasa tu." Hanie berkata dengan kuat sambil mengangkat buku itu. Dia tertawa janggal.

Segera perhatian sahabat-sahabatnya itu teralih. Dia menghela nafas lega.

"Oh... Patutlah macam kenal." Ucap Yazmin. Dia mengusap dagunya.

Aisyah menyandarkan dirinya ke kerusi. "Jadi cik Hanie, awak ada jumpa apa-apa?" Soalnya.

Hanie menggelengkan kepala. Dia hanya berpura-pura membaca buku itu dari tadi kerana cuba mengelak daripada pelbagai soalan.

Aineen menarik buku besar itu lalu meletakkan buku tersebut di hadapannya dan Niysa. Mereka berdua membaca muka surat yang tebuka itu dengan tekun.

"Saya rasa, saya dah jumpa sesuatu."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now