Bab 21

1.8K 184 4
                                    

"Assalamualaikum. Kalian di mana?" Satu suara menerpa ke telinga mereka.

Yazmin, Niysa, Aineen dan Aisyah membuka mata mereka dengan serentak lalu menarik nafas dalam. Mereka melihat keadaan sekeliling yang mana hanya dihiasi dengan dinding putih serta pintu besi. 

 Di sebuah kawasan lain, bertempatnya tiga orang gadis dan dua orang jejaka.  

"Assalamualaikum. Hello? Hello?" Suara Maya kedengaran resah.

"Waalaikumussalam. Saya tak tahu kami di mana tapi, kami telah terpisah dan ditempatkan ke dalam sebuah bilik." Niysa bersuara bagi mengurangkan kegelisahan Maya.

Maya terkejut. Dia melihat Ahnaf, Fazli, Umi dan Syahirah yang sedang mengelilinginya. Mereka turut mendengar suara Niysa melalui alat komunikasi.

Di hujung talian, terdengar suara Yazmin yang ketawa kecil. "Saya rasa seperti perisik pula apabila memakai pakaian dan alat yang sebegini." Katanya.

Aisyah turut ketawa kemudian berkata. "Benar. Tapi kita baru sahaja mencuri peralatan milik pengetua, awak tahu?" 

Mereka ketawa bersama walaupun tidak dapat bertemu kerana dipisahkan dek dinding.

Aineen merasa sakit pada badannya. Dia bertindak dengan berkata. "Maya, kesan kami di mana sekarang. Saya dapat merasakan bahawa tenaga kami diserap dari luar."

"Baiklah." Jawab Maya lalu mengeluarkan sebuah komputer riba dari beg yang diberikan oleh Niysa. Laptop tersebut diberikan kepada Fazli.

Fazli mengambil komputer riba itu dengan bersemangat. Dia mula menceroboh algoritma yang dijumpainya. Alat pengesan yang dibawa oleh keempat-empat gadis itu dapat dikesan olehnya. Satu gambaran suhu terpapar pada skrin komputer riba itu.

"Oh." Itu sahaja yang mampu dikatakan olehnya. Riak kagum tidak dapat dibendung lagi.

Setelah melihat gambaran itu, Ahnaf segera berkata. "Hahaha... Tempat yang kita cari selama ini adalah dibahagian bawah tanah Dewan Askara. Tidak sangka pula."

"Lagi satu, mengikut gambaran suhu ini, kalian berlima berada berdekatan." Sambung Umi pula. Syahirah yang berada di sebelahnya menganggukkan kepala.

"Berdekatan? Maksud awak?" Soal Aineen sambil mengetuk dinding yang berada di sebelah kirinya.

"Saya tidak tahu siapa yang berada di bilik sebelah kiri Niysa tetapi, saya sudah dapat mengecam kedudukan kamu semua. Di sebelah kanan Niysa adalah Yazmin. Di sebelah kiri Aineen adalah Aisyah." Ujar Fazli pula.

Keempat-empat gadis itu mengerutkan dahi mereka.

"Jika sebelah kanan saya ialah Yazmin dan di sebelah kiri Aineen ialah Aisyah... Jadi, siapakah yang berada di sebelah kanan Yazmin dan di sebelah kiri Aisyah?" Soal Niysa yang kian pening.

Ahnaf tersenyum sinis lalu duduk di atas batu yang berada di bawahnya. "Kalian rasa?"

Aineen, Aisyah, Niysa dan Yazmin duduk sambil menyandarkan diri mereka pada dinding. Tanpa mereka sedari, satu bayangan wajah muncul di pemikiran masing-masing.

"Hanie!!" Jerit mereka berempat serentak.

"Tak payahlah jerit." Marah Maya sambil menggosok telinganya yang terasa bingit.

Mereka semua mula merancang jalan keluar melalui algoritma yang dapat dijumpai oleh Fazli. Dia tampak gembira kerana berjaya menyelesaikan halangan-halangan yang berada di hadapan mereka. Nampaknya, Xyphea Cressent yang dianggap ahli sihir oleh mereka itu hanyalah menggunakan teknologi masa kini.  

Selepas beberapa minit, keadaan menjadi sunyi semula sehinggalah,

Satu suara yang kedengaran amat lemah menyapa pendengaran mereka.

"Assa... Assalam... Assalamualaikum."

"Hanie??!!"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now