Bab 27

1.8K 171 2
                                    

Aksi Hanie yang seperti menarik sesuatu daripada jari Xyphea Cressent mengundang kejutan terhadap semua orang. Sebaik sahaja Hanie tersenyum puas, wanita yang berada di dalam pegangan mereka sudah kaku terbaring, tidak bergerak.

"Dia... Sudah tidak bernyawa." Kata Fazli. Dia tergamam manakala Ahnaf pula mengintai kejadian itu daripada belakang.

Hanie ketawa sendiri. Kemudian, sebuah tamparan yang kuat hinggap di pipinya. 

"Aisyah, kenapa awak tampar saya?" Hanie bagaikan tersedar. Aisyah pula kelihatan seperti hendak menangis.

"Awak buat apa dekat perempuan tu?" Soal Aineen, pasrah.

Hanie terdiam. Dia menggigil ketakutan sebelum perlahan-lahan melihat jari telunjuknya yang menyentuh jari ibunya. Kelihatan satu tali yang sudah lain warnanya berada pada tangannya.

"Sa- Say- Saya- Saya tak buat! Tak!! Saya tak bunuh orang!" Jerit Hanie sekuat hati. Semua pelajar yang berkebolehan untuk melihat tali jodoh seseorang terdiam. Mereka sedar, apa yang gadis kecil itu buat adalah salah.

Secara tiba-tiba, seorang jejaka menerpa ke arah mereka berlima. Ketua pengawas perpustakaan yang ditakuti ramai itu sudah mula ingin beraksi. Tidak ingat khabar angin berkenaan deria keenam miliknya?

"Jangan dekat dengan saya!" Marah Hanie apabila Aineen dan Niysa cuba untuk memeluknya. Dia menangis tersedu-sedan.

Jejaka itu berhenti di sebelah Hanie. "Hanie." Serunya.

Hanie tersentak lalu menoleh ke sebelahnya dengan perlahan-lahan. Wajah Rafiq yang serius itu menakutkannya. Belum sempat Hanie membuka bicara, Rafiq sudah melutut di sebelah Hanie terlebih dahulu.

"Hanie, jangan risau, jangan takut. Saya tahu, saya juga pernah melakukan perkara ini. Pegang tangan dia dan letak semula tali tersebut seraya membaca ayat ini..." Rafiq berkata dengan tenang lalu mula mengajar Hanie tentang cara yang dipelajarinya. Hanie yang kian tenteram mula mendengar penjelasan jejaka itu satu persatu.

Aineen, Aisyah, Yazmin dan Niysa mula mengelilingi Hanie. Walaupun keadaan mereka yang serba bercahaya, namun pergerakan dan percakapan masih boleh dikawal dengan sempurna.

"Tuan, apakah perbuatan Hanie itu salah?" Soal Maya kepada Tuan Ramli. Tuan Ramli hanya menjongketkan bahunya.

Keadaan kembali tenang apabila Xyphea Cressent seperti bernafas semula. Wanita itu diikat oleh Irdawati dan sahabat-sahabatnya yang lain. Kini, Xyphea Cressent akan dikenakan hukuman akibat menganggu para penghuni akademi.

Kelima-lima gadis itu tersenyum lega sebelum satu kejadian aneh mula berlaku.

"Ap- Apa ni?"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now