Bab 8

2.2K 227 1
                                    

Mereka menuju ke luar pagar akademi bersama dengan pelajar-pelajar yang ingin keluar pada petang itu.

"Kita terawal ke?" Soal Hanie. Mereka berlima kini sedang berdiri di sebelah pagar keluar bagi menunggu ketibaan sahabat-sahabat mereka yang lain.

Aisyah memegang bahu Yazmin yang sedang menari kecil di sisinya. Segera Yazmin menghentikan tarian TAPOPS-nya itu.

"Yalah, kita punya bangunan lebih dekat dengan pagar. Mereka pula di bahagian belakang." Balas Yazmin lalu membetulkan kedudukan tudungnya.

Niysa yang sedang membaca buku Bahasa Melayu berasa terganggu. "Ish, lambat pula mereka ni."

"Sabar Niysa, sabar." Pujuk Aineen.

"Bukan apa, ada something sibuk menyondol dekat saya ni. Menyampah pula." Jawabnya, bersahaja. Beraninya!

Aineen, Aisyah, Hanie dan Yazmin terus sahaja menutup mulut. Takut pula mereka.

"Sekarang sudah jarang kita dapat melihat benda-benda ghaib tu." Ujar Aineen apa yang terbuku di hatinya.

Niysa menggelengkan kepala. "Untunglah kalian. Tapi tidak untuk saya."

Mereka berempat hanya ketawa kerana berasa bersalah.

Secara tiba-tiba, Irdawati muncul di hadapan mereka berlima. "Assalamualaikum adik-adik."

"Waalaikumussalam." Jawab kelima-lima gadis itu serentak sambil menghadiahkan senyuman.

"Kak Irda nak keluar juga ke?" Soal Aineen, mesra.

Irdawati mengeluh perlahan sebelum berkata. "Terpaksa. Memandangkan Ketua Pelajar hilang, saya yang kena ganti tempat dia. Saya nak kena pantau budak-budak yang keluar."

"Kak Irda jangan risau. InsyaAllah, jumpalah tu. Lagipun, ustazah dah hantar pasukan mencari." Ujar Hanie, yakin.

Yazmin menepuk bahu Aisyah dengan kuat sebelum memberi cadangan yang bernas. "Apa kata kita siasat tempat terakhir Ketua Pelajar pergi dan awak boleh lihat masa lampau dia."

Aisyah memetik jarinya sambil tersenyum lebar. "Ha'ahlah! Pandai awak!" Pujinya.

Aineen menoleh ke arah Irdawati. "Tapi kan, bukan ke Kak Irda ada kelebihan yang sama macam Aisyah?" Soalnya.

Irdawati seperti direnjat elektrik. "Oh ya, saya terlupa. Tapi, saya tak suka guna kelebihan yang ada."

"Sama macam saya!" Yazmin berkata sambil mengangkat tangan kanannya.

Niysa mengeluh perlahan. "Tapi Kak Irda, apa gunanya kelebihan yang Allah bagi tu kalau tak guna?" Soalnya dengan keras.

Irdawati seperti terkena renjatan elektrik sekali lagi. "Astagfirullahalazim... Betul juga kata kamu tu."

Apabila keadaan menjadi sunyi, bunyi larian dapat didengari dari jauh. Kelihatan Umi dan Syahirah sedang berlari sambil memapah Maya.

Niysa membuka mulut. "Kenapa-"

Belum sempat gadis itu menyoal, Ahnaf dan Fazli pula muncul dalam keadaan yang sama.

"Kenapa ni?" Soal Hanie dan Aineen serentak. Aisyah, Niysa dan Yazmin pula berlari mendapatkan Umi, Syahirah dan Maya.

"Hanif hilang!" Jerit Ahnaf. Fazli pula mengalihkan songkoknya daripada kepala lalu rambutnya diserabutkan.

Umi dan Syahirah meletakkan Maya ke atas rumput. Mereka kelihatan amat penat.

"Kenapa?" Soal Aisyah dan Niysa pula. Yazmin pula hanya berjalan lalu berdiri di sebelah Irdawati.

Umi mengambil nafas sebelum memulakan kata. "Hana dan Hanani hilang!"

"Maya ni kenapa pula?" Soal Fazli, cemas. Dia cuba untuk mendekati Maya namun Ahnaf menghalang perbuatannya itu.

Syahirah membantu Umi yang sedang mencari nafas dengan menunjukkan bahasa isyarat kepada mereka semua.

Irdawati yang memahami isyarat tersebut menganggukkan kepalanya kemudian berkata. "Sebelum Syahirah dan Umi pergi menemui Maya, Hana dan Hanani di tempat yang dijanjikan, dia dapat merasakan satu aura ketakutan yang sangat kuat. Apabila tiba sahaja di tempat tersebut, Hana dan Hanani sudah hilang manakala Maya pula meracau-racau di atas tanah."

Syahirah menganggukkan kepalanya berkali-kali menandakan kata-kata Irdawati itu benar.

"Ini dah kes sihir ni." Ujar Niysa. Sahabat-sahabatnya mengiyakan.

"Jadi macam mana?" Soal Fazli.

"Mari bawa dia ke surau." Ajak Aisyah.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now